BismiALLAH

Tuesday, December 29, 2009

Saya Masih Berfikir..


30 Disember 2009

Sehari lagi kita akan menyambut tahun baru masihi. Bertambahnya usia, adakah bertambahnya amal kita?tepuk dada tanya iman. Seiring dengan tahun baru hijri saya masih lagi berfikir..

Kelas bahasa Melayu saya seperti biasa dengan kehadiran Cikgu Faridah yang tegas tetapi kelakar. Isnin yang lalu kami diajar mengenai tajuk  Asas Komunikasi. Selepas beberapa minit belajar, secara tidak langsung Cikgu saya bercerita tentang pengalaman beliau ketika masih belajar.

Cikgu saya berpesan pada kami bahawa niat datang ke sekolah/kolej/IPTA/IPTA/luar negara niat cuma hanya SATU iaitu datang belajar adalah kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan "A" semata-mata. Apabila kita mendahulukan Allah dalam setiap perkara insyaAllah "A" itu akan mengikut seiring dengan niat kita. ALLAH is the ONE!!

Saya tidak nafikan, mungkin pada mulanya kita memang berniat datang belajar kerana Allah dan mendapat ilmu, akan tetapi kadang2 kita tidak sedar niat kita adakalanya tersasar. Contohnya kita belajar disitu kerana tempat yang cantik, dapat elaun, dapat pergi melancong atau sebagainya. Dalam tidak sedar, disebabkan perkara kecil sebegitu, kemungkinan Allah akan menguji kita lambat untuk dapat pekerjaan, berbulan2 'tanam anggur' atau kita susah nak dapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Dari sudut lain, mungkin Allah ingin menguji hamba-Nya sentiasa bersabar.

Ya, perbuatan kita pada hari ini adalah masa depan kita. Saya pasti niat ibu bapa kita menghantar kita belajar dalam negara atau luar negara adalah untuk melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat. Paling penting adalah redha ibu bapa dan Allah. Seiring itu, bertawakkallah kepada Allah kerana DIA lah yang menentukan segalanya. Dan, sekali lagi saya tidak memaksa kalian untuk bersetuju dengan saya. Saya mengikut kata hati saya yang berbisik ingin berubah kepada perkara yang baik. Wallahua'alam

P/S: Sorry for the simple posting from me.

Tuesday, December 22, 2009

Kenapa Harry Potter??


24 Disember 2009

Saya akhirnya diberi peluang untuk menulis selepas beberapa hari ini kesihatan saya agak terganggu menyebabkan saya terpaksa 'ponteng' kelas. Hmm, agak memalukan juga. Tapi itulah fitrah manusia, Allah menguji saya dengan kesakitan dan memberi 'qisas' kafarah dosa pada saya.

Hari ini saya berminat untuk menceritakan tentang  'Harry Potter'. Sekarang ini saya hampir mengumpul kesemua buku Harry Potter karangan oleh J.K Rowling. Ini adalah satu cerita yang menarik perhatian saya selama mana saya menelaah buku beliau. Mungkin pada pandangan anda, kenapa saya tidak membaca buku ilmiah sebagai panduan dan baca pula buku yang dikarang oleh orang barat lebih2 lagi buka bersifat ilusi semata2??

Mungkin ada dikalangan anda ada yang berminat untuk membaca buku2 seperti ini dan ada juga mengatakan hanya membuang masa membaca buku berkisarkan tentang ahli sihir dan mungkin bagi anda ia 'mengarut'. Tapi bagi saya, terdapat tema di dalam cerita tersebut sedikit sebanyak boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita.Ops, saya bukan mengajar anda untuk menjadi ahli sihir, tapi sentiasalah beringat " yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'

Pertamanya, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita Harry Potter, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter_(watak).  Sesaat saya terfikir bahawa J.K Rowling mempunyai imaginasi yang tinggi ketika mereka cerita sebegini. Dengan plot yang menarik dan tersusun memudahkan pembaca membacanya. Akhirnya saya berjaya dapat mengumpulkan beberapa tema yang dapat kongsikan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Kasih sayang
* Kekurangan kasih sayang disebabkan kematian kedua ibunya bapanya ketika berumur setahun, menjadikan dia seorang berani, cekal dan tabah. Tetapi kadangkala tidak dapat mengawal emosi. Dia tidak dibesarkan dengan kasih sayang oleh keluarga Dursley disebabkan mereka menganggap Harry seorang yang pelik dan anak yatim dan dia juga sering diejek dan dihina. Tetapi, kehadiran keluarga sahabatnya Ron, menjadikan dia gembira kerana keluarga Ron sentiasa menganggapnya seperti ahli keluarga dan paling mengagumkan adik-beradik Ron juga turut menyenangi kehadirannya. Mereka sentiasa menerima Harry walaupun Harry seorang anak yatim dan tidak pernah memperlakukan seperti orang luar jauh sekali menghina.

Setia berkawan
* Sepanjang saya membaca ketujuh2 buku Harry Potter, saya tak nafikan kesetiaan kedua sahabatnya Ron dan Hermione sepanjang mereka bersekolah Hogwart ( Sekolah Sihir) selama 6 tahun. Sanggup meniti susah dan senang, walaupun bahaya didepan mata. Salah satu sikap Harry yang saya kagumi, dia sanggup berkorban terhadap sahabatnya ketika bahaya mendatang. Andai kita ditempatnya, adakah kita akan setia untuk berkorban menyelamatkan sahabat2 ketika dalam bahaya? dan mungkin dalam tidak sedar andai kita berada dalam situasi bahaya kita akan menjadi salah seorang sahabat yang mementingkan diri. Siapa tahu?

Kawalan emosi
* Dalam satu slot dalam filem kelima Harry Potter ( The Order of Phoenix), ketika mana Harry Potter mangalami mimpi ngeri tentang Kuasa Jahat ( Lord Voldemort) yang sentiasa menguasai mindanya, guru posyennya, Severus Snape telah menyuruhnya untuk mengawal emosi kerana Harry sentiasa dikawal dengan emosi marah. Apabila kita marah, control your mind/yourself . Bagi seorang muslim pastilah kita tahu apabila kita marah, syaitan akan sentiasa mengambil peluang 'mencucuk' hati kita supaya lebih marah dan marah.Api lawannya air.Maka berwuduklah atau basuhlah muka kita andai marah mencengkam jiwa kita.

Saya pasti ada dikalangan mempunyai pendapat masing2 berkenaan cerita Harry Potter ni. Saya tidak memaksa untuk bersetuju dengan pandangan saya. Ini sekadar pemerhatian saya dimana saya telah membaca ketujuh2 buah buku karangan J.K Rowling dan ia menambat hati saya.Bukan buku melayu tidak hebat, tapi saya membuka pemikiran saya supaya sebagai mahasiswa kita seharusnya lebih teliti dan terbuka minda membaca buku2 berkaitan imaginasi dan ilusi (jangan jadi gila sudahlaa) supaya kita lebih banyak berfikir dan mengkaji. Wallahu'alam

Nantikan post terbaru saya akan datang tentang pandangan " 9 Nyawa"-Ramlee Awang Mursyid

Tuesday, December 15, 2009

" Merawat Hatiku "


16 November 2009

HATI saya perlu dirawat..begitulah luahan hati saya setiap kali saya membuat kesilapan. Andai bukan hari ini, kenapa perlu esok?Esok mana mungkin saya dapat menentukan jangka hayat adakah saya akan hidup untuk hari esok..Ya, saya mesti merawat HATI saya sebelum ia menjadi lebih parah..

Merawat hati ( ROHANI) memerlukan kesungguhan bukan hanya sekadar 'angan2 mat jenin'. Merawat penyakit hati telah banyak dihurai dan diperjelaskan oleh para ulama' dalam karya2 mereka.Sabda Rasulullah " Hati itu akan berkarat sepertimana berkaratnya hati. Maka apakah cara menggilapnya?

Ulama’ mengatakan bahawa hati yang keras dapat dirawat dengan:

1) Membaca Al-Qur’an dan zikrullah

Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca al-qur’an. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur’an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.

2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah

Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat al-qur’an yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu selayaknya seorang yang sangat memerlukan diri-NYA.

3) Menghadiri majlis ilmu

Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.

4) Mengingati mati

Para ulama berkata, ”Zikrul maut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya.”

Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.Menyaksikan sakaratul maut
Para ulama juga berkata, ”Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah.
Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.

6) Menziarahi kubur
Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.
Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata.

Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.

Teliti dan perhatikanlah. Yakinlah bahawa apa yang telah dia alami akan engkau alami. Setelah itu, singkirkan tipu daya dunia dari dirimu dan rajinlah beramal untuk akhiratmu.

Al;hamdulillah.HATI saya semakin sembuh..Bagaimana pula dengan HATI anda??

Merujuk kepada buku:
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Karangan:
Dr A’idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya’qub dan Dr Muhammad A.R.Al-Uraifi
Terbitan:
Darul Nu’man.

Sunday, December 13, 2009

Membawa Seribu Harapan...


14 November 2009

Pertemuan kembali setelah hampir seminggu saya 'membiarkan' blog saya disapa angin lalu. Permulaan semester baru benar2 telah menguji saya supaya terus cekal dengan suasana disini. Yes, there are no accident!. Permulaan semester ini saya telah mengambil kelas bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk Kerjaya. Saya agak cemburu melihat sahabat2 saya yang telah menyambung pelajaran di luar negara yang sudah pastinya dapat menguasai bahasa Arab dengan mudah.

Seminggu yang lalu, saya mengikuti kelas bahasa Arab dan ternyata lidah saya agak janggal bila berbicara dengan lecturer.Mana tidaknya semester yang lepas saya hanya mengambil kelas bahasa Inggeris dan ternyata setiap kali bercakap bahasa Arab, pasti juga akan terkeluar bahasa Inggeris tidak pun bahasa Melayu.hehe.

Semasa saya di DQ dulu, tidak dinafikan hampir semua subjek saya belajar dalam bahasa Arab. Tetapi, saya masih tidak dapat mem'praktikkan' apa yang di belajar lebih2 lagi bab2 speaking arab ni. Ternyata saya begitu lemah dalam penguasaan bahasa tersebut. Masih ada 3 bulan lagi untuk saya cuba mengusai bahasa Arab.InsyaAllah dalam bulan 4 nanti saya akan menghadapi exam semester kedua, jika ditakdirkan saya examted, saya akan memulakan kehidupan baru (alam kuliah) yang sebenar.

Sekadar selingan...

Buat semua sahabat2, jika ada kelapangan pada 16 Disember 2009 ini akan diadakan  " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert"  di IIUM, Gombak bertempat di Cultural Activity Centre ( CAC ). Bayaran hanya RM5 ( IIUM Student), RM 7 ( Others) dan kanak2 dibawah umur 12 tahun RM 2.50 sahaja.Duit tersebut insyaAllah akan didermakan untuk membina sebuah madrasah. Artis nasyid yang akan hadir In-Team, Nice dan Algebra.

Bagi yang berminat, datanglah beramai2 untuk memeriahkan " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert" tersebut..

Sunday, December 6, 2009

Kembali Menulis...


7 November 2009

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis kembali blog yang sudah lama tidak di’update’. Jangka masa 2 minggu di rumah membuatkan saya seakan-akan terlupa untuk memberi sedikit pengisian lebih-lebih lagi seminggu yang lalu saya terlibat dengan program yang dianjurkan oleh UIA dibawah Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli (JASA) di Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Saya bersama 72 peserta berpeluang mengikuti program tersebut dan saya ditaklifkan sebagai sub-committee catering dan ia membuatkan saya seakan ‘melupakan’ dunia blog. Tarikh kelahiran saya juga kebetulan jatuh pula pada hari kedua hari raya haji yang lalu dan pada hari itu juga saya perlu bersiap sedia untuk pulang ke UIA untuk mengemas apa yang perlu memandangkan barang2 catering lah yang paling banyak antara semua.

Pada mulanya saya agak ragu juga adakah program ini akan berjalan seperti biasa @ dibatalkan memandangkan keadaan negeri di pantai Timur mengalami musim tengkujuh. Selepas diberitahu bahawa cuaca disana tidaklah seteruk yang diisangka, akhirnya program ini diteruskan selepas kami membuat solat hajat berjemaah.

Kami bertolak dari UIA  pada 30 November pada jam 10.15  malam dengan dua buah bas dan lori (barang2 unit)dan sampai di Sg. Berua lebih kurang pada pukul 8 pagi selepas kami berhenti solat subuh di Masjid dan makan di rumah salah seorang peserta di sana. Walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meredah hujan yang kadangkala renyai2 dan lebat. Nasib baik juga setiap peserta diperingatkan agar membawa payung  dari UIA.

Saya tidak dapat mengikuti secara keseluruhan program yang dianjurkan kerana ‘terpaksa’ menghadap kuali, pisau, bawang, periuk dan sebagainya di dapur.hehe.Desakan masa yang menuntut untuk memasak makanan mengikut jadual membantutkan keinginan unit catering untuk terus leka dari masa yang ditetapkan. Naseb baik juga unit catering mempunyai ramai sub-committee maka tidaklah terlalu penat kerana masing2 memberikan kerjasama dan komited dengan tugas masing2.


Selama 5 hari disana, keadaan masih tetap sama. Hujan kadangkala berhenti dan dengan tiba2 pula hujan dengan lebatnya. Unit sport pula bertungkus lumus untuk ‘melancarkan’ suka hari keluarga bersama orang asli. Nasib mereka baik apabila pada pagi Hari Keluarga, tiada hujan dan Alhamdulillah melancarkan gerak kerja mereka. Akan tetapi sedang mereka berseronok bermain sukan bersama orang2 asli, hujan turun dengan lebatnya membuatkan semua para peserta yang berada di padang berlari2 mencari tempat berteduh memandangkan mereka tidak membawa payung kerana mereka menyangka hujan takkan turun.

Lebih memeranjatkan kami, anak2 orang asli dengan selamba bermain hujan tanpa menghiraukan hujan yang semakin lama semakin lebat. Mujur juga tiada guruh dan kilat, kalau tidak kami tak tahulah apa yang akan terjadi. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda dan aktiviti berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum kami pulang ke UIA, kami mengadakan kenduri bagi menjamu orang2 kampung. Alhamdulillah keadaan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya kami agak sukar mengawal keadaan anak2 orang asli. Majlis berakhir hampir pukul 12 malam dan seperti biasa unit saya terpaksa mengemas dan menyimpan barang2 yang tidak digunakan untuk dibawa pulang ke UIA. Kami bertolak dari Sungai Berua pada hari sabtu lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di UIA tepat jam 7 malam. Bas yang saya naiki sempat singgah di kemaman untuk makan tengahari dan membeli sedikit sebanyak kepok lekor untuk dibawa pulang.
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008