BismiALLAH

Monday, September 14, 2009

11 September Dulu dan Hari Ini


15 September 2009

SIRI PERTAMA

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ni semenjak pulang dari bercuti. Saya tiba2 tertarik untuk menulis kerana tarikh 11 september ini telah memberi memori duka yang akan kami kenang sampai bila-bila.

Al-kisahnya…

11 September 2001

Dahulu, dunia digemparkan dengan keruntuhan bangunan WTC (World Trade Centre) di Amerika syarikat. Keruntuhan tersebut disebabkan oleh pesawat yang ‘membalun’ bangunan tersebut. Dan…

11 September 2009 (Jumaat)

11.54 pagi

Sebuah pesawat jenis Pilatus P-C 7 MKII generasi kedua keluaran syarikat Switzerland berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas untuk membuat membuat sesi latihan lencong.

12.20 Tengahari

Pesawat tersebut terhempas kira2 90 meter dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum terbakar. 2 juruterbang maut yang dikenali sebagai Mejar Mohd. Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd. Roszaini Mohd. Mustafa, 37.

2.00 Petang..di rumah saya

Tritt..tritt..

Panggilan telefon berdering diminta untuk diangkat. Saya mengangkat malas kerana ketika itu saya sibuk memasukkan kuah kari di dalam plastik untuk dijual di bazar nanti.

“ Assalammualaikum,” Saya memulakan salam.

“ Waalaikumussalam. Lina, ni mak long ni, Boleh tak tolong panggil mak lina sekejap, mak long nak cakap,”

“ Oh Mak Long, ok. Jap eh,” saya memanggil mak yang ketika itu berada didapur sedang mamasak. “ Mak Long?xpenah2 mak long telefon waktu tengahari ni, selalunya waktu malam.Mesti ade ape2 yang xbaik ni”, Wajah mak kelihatan gelisah. Sambil saya menghulurkan ganggang kepada mak, mak sedaya upaya untuk kelihatan tenang.

“ Ye Long, ade ape ni? Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni, nak dekat raya dah ni?bila?Astaghfirullah,” saya lihat mak sudah mengalirkan air mata sambil meletakkan ganggang. Mak saya terus terduduk ditangga. Saya ketika itu sudah memikirkan perkara yang tidak baik. “ kenapa mak?,”saya bertanya. “ Abang zul dah meninggal, pesawat dia terhempas kat Langkawi,”.

“ Innalillahiwainnailaihiraji’un…saya meraup muka kerana terkejut. Bukan sekadar terkejut tapi airmata aku menitik tanpa sedar. Mana tidaknya saya mula terbayang raut wajah arwah abang Zul yang juga boleh dikatakan rapat dengan keluarga kami. Dia adalah suami kepada kakak sepupu saya sebelah mak.

" Ya Allah, besar dugaan Kau berikan kepada keluarga kami,kami redha Ya Allah,” Saya mula terbayang raut wajah kakak sepupu saya, K.Suzi atau panggilan yang diberikan keluarga K.Ju@K.Long serta anak-anak saudara saya yang masih kecil, yang belum mengenal lagi erti kehidupan.

8 Malam ( Jumaat)

Berita Utama di TV3 memaparkan berita mengenai pesawat yang dinaiki Abang Zul serta rakan sejawatnya terhempas di lapangan terbang Antarabangsa Langkawi ketika mana mereka ingin membuat latihan lencong.

Luluh dan sebak hati kami ketika itu.Hati mana yang tidak sedih, kematian abg Zul adalah kematian tragis dimana seminggu lagi kami akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tiada makna hari raya sekiranya hati ini dirundung sebak yang menggunung. Hanya mampu pasrah dan redha.

Teringat aku pada tahun sebelum2 ini, kita dikejutkan juga dengan kejadian yang serupa oleh juruterbang2 dari TUDM yang terbunuh. Dikala itu, kita hanya mampu berdoa semoga keluarga mereka terus tabah dalam mengharungi kehidupan. Dan hari ini…kami sendiri yang mengalaminya, ternyata ia amat sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bersambung…

2 comments:

::ibnulislam:: on September 15, 2009 at 3:05 AM said...

innalillahiwainnailahirajiun....juruterbang tu ahli kluarga nti rupanya...i'Allah,moga Allah tempatkan dia kalangan orang2 beriman...banyakkan berdoa,sebab doa ahli kluarganya antara yang berterusan sehingga kiamat...

hasanhusaini on September 16, 2009 at 10:21 AM said...

innalillah...bersabar dgn ujian..dan ganjaran bg sabar itu tidak lain adalah nikmat yg bernama syurga..

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008