BismiALLAH

Saturday, April 11, 2009

Berfikir Seketika...


Salam ziarah kembali kepada sahabat-sahabat semua...Rasanya dah lama sangat x men'update' blog..Alhamdulillah hari ni ana berkesempatan juga men'update' blog yang xseberapa ni..

Teringat ana ketika pulang bercuti baru2 ni..

" Jom makan kat luar" abah mengajak ana dan mak makan di kedai kegemarannya-kedai Azizi

" Wah, ni yang best ni" ana dengan gembiranya (biasalah makan kat kedai makan orang, selama ni makan kat kedai sendiri), terasa aura lain dari yang lain-

Sesampainya ana di kedai makan azizi, telinga ni ni menangkap alunan nasyid di salah sebuah gerai berhadapan kedai makan azizi..yang paling ana kagum bukan gerai sebarangan, tapi gerai orang jual burger. Lagi yang ana xsangka, abang burger tu siap nyanyi lagi lagu mawaddah kuat2 " bila tuhan x ditakuti" lepas je lagu tu, lagu kumpulan aeman pulak.

" bagusnya abang tu" tibe2 ana memuji. Bukan sekadar memuji kosong tapi yelah jarang kita dengar atau lihat anak2 muda sekarang ni minat pada nasyid. Kalau x lagu rock, mesti lagu tangkap jiwang ( bak kate orang2 muda sekarang ni) yang menjadi pilihan mereka.

Selepas makan, kami terus balik rumah. Sepanjang dalam kete, ana mula terfikir sesuatu.

ting!!

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi ana peluang untuk berfikir tentang rahmat disebaliknya..yang pasti selepas peristiwa ( dengar nasyid dari gerai burger) tu, kita sebagai manusia tidak boleh sewenang2 nya untuk meletakkan hukuman kepada manusia tu dari luaran je. Mungkin pada kita, fizikal dan luaran menggambarkan keadaan rohani seseorang. Mungkin pada kita juga mereka itu golongan yang tidak baik sedangkan pada disisiNya mereka adalah orang yang terbaik dikalangan kita.

Dalam firman Allah mafhumnya :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik

Surah Al- hujurat : 11

Oleh itu, sebagai manusia yang dianugerahkan Allah akal dan fikiran, berbuat baiklah sesama manusia kerana siapalah kita untuk menentukan siapa yang lebih terbaik. Hanya taqwa yang menentukannya.. Wallahu'alam



0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008