BismiALLAH

Sunday, April 26, 2009

“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”


Akhirnya hari ni dapat jugak ana memegang keyboard laptop walaupun utk seketika cuma. Ana ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada sahabat2 yg skrg ni berusaha dan mencuba menjadi seorang pendidik (bukan cikgu@ustaz, ustazah semata2)

Dengan kalimat......

“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”

Apa perbezaan yang ingin diketengahkan oleh cikgu ana dulu??

Begini. Seorang cikgu akan mengajar mengikut silibus buku dan memahamkan muris sekadar ilmu yang terdapat dalam silibus buku sahaja. Manakala seorang pendidik/pengasuh* pula mengajar murid2 untuk belajar di dalam suasana asuhan/ couching, di mana akhirnya para murid akan mengembangkan pemahaman mereka bukan sekadar di dalam buku teks saje tetapi mengaplikasikannya terhadap persekitaran dan kehidupan seharian. Mereka menjadikan pelajar semua berminat kepada matapelajaran tersebut. Keinginan utk mendalami itu timbul secara semulajadi dari pelajar.

Malah beliau juga berperanan sebagai "batu loncatan" untuk para pelajar lebih mendalami subjek tersebut bukannya subjek tersebut berhenti setakat apa yang di ajar sahaja. Ini diistilahkan di dalam bahasa arab sebagai " Tarbiyyah"

Itulah kelebihan yang dipunyai oleh cikgu ana. Sifat seorang pendidik. Malangnya, tidak semua yang menyukai metod beliau. Sesetengah mereka merasakan apa yg dibincangkan, yg mana kadang2 di luar topik silibus adalah membazir masa. Bagi mereka, cukuplah sekadar mengajar di dalam buku.

Sayang sekali, mereka yg berfikiran begini...Kerana, mereka sendiri punca utama tidak berkembangnya kefahaman sendiri. Senang cerita, pendidik ini bertanggungjawab terhadap keseronokan ana belajar sains. Keseronokkan menjumpai ilmu2 baru (The pleasures of finding things out). Mungkin juga kerana kami bersekolah agama, maka beliau selalu mengaitkan antara sains dan Islam. Memang terasa zupp apabila setiap kali ketika cikgu ana mengajar, bukan kerana apa, ia adalah kerana nilai yang amat berharga yg hanya diperoleh apabila seorang guru itu ikhlas mendidik... Dan setiap kali itulah mata ana sentiasa bersinar ketika beliau mengajar..

Jika ada anugerah " Best Teacher Award "... Maka, beliau lah yg layak memegang title tersebut.

" Duhai para pendidik, anak didikmu ini sekarang telah berjaya ke menara gading hasil didikan kalian..Terima kasih atas segala ilmu yang di curahkan.."

"Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dunia dan akhirat"

Tidak kiralah siapa anda, walaupun sekadar seorang bapa/ibu kepada seorang anak, sama2 lah kita berusaha menjadi bukan sekadar guru/cikgu, tetapi sebagai pendidik/pengasuh kepada anak didik kita kelak!

----------------------------------------------

* Ana fikir perkataan pengasuh lebih sesuai untuk istilah ini, tetapi kerana mungkin di Malaysia apabila disebut pengasuh, terus terbayang " Taman Asuhan Kanak2", dalam erti kata lain perkataan pengasuh lebih digunakan kepada kanak2, maka cikgu ana menggunakan perkataan pendidik.

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008