BismiALLAH

Tuesday, May 12, 2009

Permata untuk isteri Fitnah untuk suami...


12 Mei 2009

Pada suatu ketika, Khalifah Uthman bin Affan telah mengutus seorang utusan ke negara jiran untuk menjalinkan hubungan dua hala.Mengambil kesempatan daripada pemergian utusan itu, isteri khalifah Uthman bin Affan iaitu Ummu Kalthum meminta utusan tersebut membawakan sekali bingkisan hadiah darinya berupa minyak wangi sebagai cenderamata untuk isteri raja berkenaan.

Tidak lama kemudian, utusan itu pun kembali ke Madinah. Selain membawa pesanan dari raja negara jiran tadi, utusan tersebut turut membawa bingkisan hadiah balasan daripada isteri raja negara jiran itu untuk Ummu Kalthum. Apabila dibuka, didapati bingkisan itu berisi intan dan permata.

Khalifah Utman terkejut melihat hadiah tersebut. Lantas Khalifah Uthman menahan hadiah itu dan memasukkan ke dalam baitulmal untuk menjadi milik negara. " Kalau engkau bukan isteri khalifah, tidak mungkin engkau akan menerima hadiah ini,"kata khalifah Uthman kepada isterinya. Ummu Kalthum tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya" Yang kuterima ini adalah balasan daripada isteri raja"."Aku menghadiahkan minyak wangi, dan dia membalasnya dengan bingkisan ini"

Khalifah Uthman tetap tidak bersetuju. Beliau tetap bertegas dengan keputusannya dengan memasukkan hadiah tersebut ke dalam baitulmal. Kata Khalifah " Benar kata-katamu tadi, tapi engkau telah menggunakan kemudahan milik negara!"

Ummu Kalthum membantah, hadiah itu terlalu kecil untuk dikatakan sebagai membebankan dan menggunakan kemudahan negara. Lagipun ia bertujuan mengeratkan lagi persahabatan serta kemesraan antara kedua-dua negara.

Akhirnya bagi menghindari fitnah dan konflik, khalifah Uthman dan Ummu Kalthum sepakat untuk menyelesaikan pertikian itu melalui mahkamah. Maka bingkisan dan hadiah itu diserahkan kepada hakim. Setelah melalui persidangan yang agak panjang, maka hakim telah mengesahkan bingkisan itu sah menjadi milik peribadi Ummu Kalthum.

Khalifah Uthman menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Amirul Mukminin itu menyerahkan hadiah berkenaan kepada isterinya dan memberitahunya sejak awal-awal lagi dia menjangkakan akan kalah dalam pertikaian tersebut.


Ummu Kalthum terkejut. " Kalau begitu, mengapa engkau mahu membawa masalah ini dihadapan hakim?"tanya Ummu Kalthum semula.

"Sebab, jika tidak diselesaikan dengan hukum Al-Quran, aku khuatir ia akan menjadi fitmah".kata Amirul Mukiminin tersebut."Fitnah yang bagaimana" Ummu Kalthum bertanya.

"Nanti orang akan berkata, lihat itu isteri khalifah menggunakan peluang dan kemudahan negara untuk kepentingan peribadi. Selain itu, aku khuatir kalau tindakanmu itu diikuti olah isteri pembesar yang lain," jawab khalifah Uthman.

Ummu Kalthum terdiam. Dia menyedari kebenaran kata-kata suaminya itu. Setelah diteliti sedalam-dalamnya, Ummu Kalthum mendapat kekhuatiran Khalifah Uthman memang berasas. Atas kesedarannya sendiri, malam itu juga Ummu Kalthum menyerahkan kembali bingkisan tadi ke baitulmal untuk menjadi milik negara.

Pembaca sekalian, alangkah indahnya jika kita mempunyai pemimpin yang mulia akhlaknya seperti khalifah Uthman dan isterinya pula tau menjaga nama baik suami seperti Ummu Kalthum.Fikir2 kanlah...

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008