19 Mei 2009
Tiada apa yang ku lihat...yang ku lihat hanyalah bilik yang iada diterangi lampu.
Suara itu kedengaran lagi..makin lama makin dekat di telinga
"lina..lina..bangun cepat" suara garau itu bersuara lagi.
Ku tersentak kerana suara itu bukan dari sahabat2 smutem.Ku toleh kana, kiri dan mendapati tiada sesiapa di sekeliling. Dengan keadaan biik yang gelap, menggagalkan aku untuk melihat. dengan lebih jelas dan lebih mengejutkan suasana ketika ini bukan seperti di dalam bilik smutem.
Suara itu semakin lama..semakin dekat dan dekat.
Badanku semakin lama semakin berat untuk bangun, seolah2 di tarik nyawa saat ini. Sesak nafas dirasakan. Ku cuba menggagahkan diri untuk bangun, namun tiada kudrat untuk melawan rasa berat menghimpit dadaKu cuba menjerit meminta tolong, tetapi suaraku seolah2 tiada siapa yang mendengar dan hanya tersekat di kerongkong.
Dikala itu aku hanya mengucap dua kalimah syahadah kerana ku fikir mungkin inilah masanya hari terakhirku di bumi tuhan ini..
0 comments:
Post a Comment