BismiALLAH

Tuesday, November 17, 2009

Saya dan Matematik


18 November 2009

Matematik..penting ke dalam hidup saya? Ketika di sekolah tadika, saya hanya tahu mengira dari nombor 1 hingga 20 dan seterusnya. Bila menginjak umur, saya semakin mahir menulis nombor yang lebih besar. Seiringan itu, minda saya berkembang memikirkan perkara-perkara berkaitan nombor lebih-lebih lagi melibatkan duit.hehe. Di sekolah rendah, mak selalu memberikan saya RM2 untuk sekolah kebangsaan dan agama pagi dan petang. Waktu itu, RM2 wang yang cukup besar bagi saya.

Minat pada matematik bermula ketika saya dipaksa oleh abah untuk menghafal sifir1 hingga 12. Teringat saya ketika mana saya malas untuk menghafal sifir yang saya rasakan ketika itu amat membosankan. Abah hampir merotan saya jika tidak dapat hafal sifir sehingga sempurna. Ketika itu, abah menyuruh saya menghafal sambil menghadap sifir yang ditampal di dinding. Sambil menghafal, air mata saya berjurai-juraian. Kelakar juga bila diingatkan kembali. Atas berkat di'paksa' oleh abah, saya jadi minat matematik sehingga kini. Terima kasih abah!

Menginjak dewasa, baru saya terfikir bahawa matematik merupakan asas kepada pelbagai bidang ilmu di dunia ini. Tanpa matematik, bagaimana agaknya hidup kita. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.


Ilmu matematik berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Saya dan matematik sangat rapat. Bagaimana pula dengan anda??

3 comments:

Siapa Maryam Nabeelah? on November 17, 2009 at 10:58 PM said...

Tak suka matematik :(

mohamad redha on November 18, 2009 at 2:13 AM said...

bgus juga ye informasi ini..
tapi saya lemah mate..huk3

فاطمة بنت محمد نور on November 18, 2009 at 6:10 AM said...

x suka math jugak....

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008