BismiALLAH

Saturday, August 8, 2009

Berakhirlah sebuah memori di sini...


9 Ogos 2009

Teringat aku kali pertama menjejaki ke Darul Quran pada 14 Mei 2006, dengan rasa teruja ingin menyambung pelajaran ke peringkat diploma tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, dengan rasa teruja juga aku bernekad ingin mengulang Al-Quran yang sememangnya telah dihafaz dari form 1-5. Alhamdulillah.

Berjumpa dengan sahabat2 yang juga baru menjejakkan kaki di DQ, membuatkan aku terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana, kerenah dan sebagainya. Di tahun pertama di DQ, fikiran nakal aku sering berkata " bilalah nak abes blaja kat sini, bila nak jadi senior plak" (kadang2 bila diingatkan agak kelakar juga) hehe.

Dalam sedar tak sedar, semalam (8 ogos 2009), aku sudah menjadi graduan Diploma. Rasa tidak percaya pula. Sukur ke hadrat Allah kerana memberi aku kesempatan memberi kegembiraan kepada mak dan abah, dan secara tidak langsung membalas jasa mereka selama ni. Serasa baru semalam aku menjaga gerai di tapak konvo meraikan senior2 yang berkonvo. Ya Allah, cepatnya masa belalu.

Siapa sangka, sahabat2 seperjuangan ada yang sudah terbang membelah awan, ada yang di Syria dan Madinah. Dan, tidak lama lagi bakal ke Indonesia, Jordan dan Mesir. Tidak lupa juga menyambung pengajian di dalam negara, UKM, UIA, UDM, UPSI, UM dan DQ. Sekalung tahniah kepada kalian. Semoga apa yang kita belajar dahulu, dapat dimanfaatkan. InsyaAllah.

Buat sahabat2 ku, " Mengenali kalian adalah suatu kenangan indah yang amat bermakna dalam hidupku. Jika ditakdirkan aku pergi dulu, maafkan segala kesilapanku yang mungkin ada mengguris hati dan perasaan kalian,"

Terima Kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan mereka kepada aku.

Tuesday, August 4, 2009

Ramadhan oh Ramadhan..


5 Ogos 2009

Pejam celik pejam celik, tidak lama lagi kita akan berada di bulan Ramadhan..Dan, seiring dengan itu umur semakin bertambah. Persoalan dihati juga, cukupkah amalan aku selama ini. Setiap tahun azam dan matlamat kita tetap sama, ingin menjadi manusia dan muslim yang terbaik.

Tapi, jika sekadar azam dan matlamat tanpa usaha, jadilah kita manusia yang hanya sekadar bermimpi di siang hari bahkan berangan2 seperti Mat Jenin. Adakah mati itu lebih baik daripada berterusan melakukan dosa. Wallahu'alam.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat dirahmati Allah SWT,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang akan datang ini, kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Dan Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wallahua'alam...

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008