BismiALLAH

Tuesday, November 17, 2009

Saya dan Matematik


18 November 2009

Matematik..penting ke dalam hidup saya? Ketika di sekolah tadika, saya hanya tahu mengira dari nombor 1 hingga 20 dan seterusnya. Bila menginjak umur, saya semakin mahir menulis nombor yang lebih besar. Seiringan itu, minda saya berkembang memikirkan perkara-perkara berkaitan nombor lebih-lebih lagi melibatkan duit.hehe. Di sekolah rendah, mak selalu memberikan saya RM2 untuk sekolah kebangsaan dan agama pagi dan petang. Waktu itu, RM2 wang yang cukup besar bagi saya.

Minat pada matematik bermula ketika saya dipaksa oleh abah untuk menghafal sifir1 hingga 12. Teringat saya ketika mana saya malas untuk menghafal sifir yang saya rasakan ketika itu amat membosankan. Abah hampir merotan saya jika tidak dapat hafal sifir sehingga sempurna. Ketika itu, abah menyuruh saya menghafal sambil menghadap sifir yang ditampal di dinding. Sambil menghafal, air mata saya berjurai-juraian. Kelakar juga bila diingatkan kembali. Atas berkat di'paksa' oleh abah, saya jadi minat matematik sehingga kini. Terima kasih abah!

Menginjak dewasa, baru saya terfikir bahawa matematik merupakan asas kepada pelbagai bidang ilmu di dunia ini. Tanpa matematik, bagaimana agaknya hidup kita. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.


Ilmu matematik berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Saya dan matematik sangat rapat. Bagaimana pula dengan anda??

Monday, November 16, 2009

Berimaginasi seperti ' Kungfu Panda'


16 November 2009

Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, saya banyak membaca buku-buku berunsurkan motivasi. Tidak kira siapa pengarangnya, saya akan tetap membelinya. Sejak saya mengikuti program SPIES selama 2 kali berturut-turut, saya lebih bersemangat dan berimaginasi (bukan angan2 kosong) hehe untuk 'membina' consultant saya sendiri insyaAllah.


Teringat saya akan cerita-cerita kartun yang saya tonton ketika kecil dulu. Doraemon, Power Rangers, Spiderman dan sekarang mungkin Kungfu Panda. Apa yang saya ingin huraikan setiap animasi yang dipertontonkan sedikit sebanyak menyumbang kepada proses imaginasi saya. Saya ingin menjadi 'DORAEMON' kerana dapat mengeluarkan 'alat-alat' elektronik yang canggih2 dari poket ajaib. Imaginasi ini mendorong saya mencapai matlamat suatu hari nanti. Ya, insyaAllah ingin menjadi seorang pakar motivasi!.


Setiap kali saya melihat filem Kungfu Panda, tidak kering gusi dibuatnya. Bayangkan dengan telatah panda yang 'chubby' yang menyeronokkan membuatkan saya menonton filem itu berkali2 tanpa rasa jemu. Mesej dan themes yang disampaikan dalam filem tersebut turut menarik hati saya dan apa yang saya dapat lihat, ia berkisarkan tentang kasih sayang, imaginasi (matlamat), kreativiti dan motivasi.


Panda yang berimaginasi ingin menjadi seorang 'master', bermotivasi tinggi dan tidak pernah putus asa walaupun terdapat cabaran dari pihak keluarga untuk meraih gelaran 'MASTER' dalam kungfu. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai manusia, kita percaya bahawa setiap dari kita mempunyai mehnah dan tribulasi sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Seandainya anda diberi tekanan negatif dari pihak keluarga (jika ada) dimana mereka tidak percaya akan kemampuan anda, buktikan pada mereka bahawa tekanan yang mereka berikan tidak sesekali meruntuhkan semangat anda. (berfalsafah la pulak).


Situasi tersebut pernah terjadi kepada rakan saya semasa sekolah rendah dulu. Dia ketika itu seorang yang jika dikategorikan seorang yang agak lemah dalam semua mata pelajaran. Keluarga yang agak sederhana, mempunyai ramai adik-beradik dan masalah kewangan kadangkala membuatkan dia hampir berputus asa (bukan menyalahkan takdir) dan dia hampir2 berhenti sekolah dan berhasrat untuk bekerja memandangkan dia anak yang sulung. Tetapi, mempunyai imaginasi dan matlamat yang tinggi dan ingin menjadi seorang yang 'versatile' dalam semua bidang dan dikagumi. Kawan2 yang rapat dengan beliau hanya menggelengkan kepala dan ketawa mendengar angan2 yang mereka pasti tidak akan tercapai.

10 tahun kemudian, saya dikejutkan berita bahawa rakan saya tersebut kini menjadi 'orang penting' dalam organisasi di kolej. Bukan itu sahaja, malah berjaya mengekalkan anugerah dekan setiap tahun dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.SubhanaAllah, saya tertanya-tanya apa rahsia yang menyebabkan beliau berjaya sampai ke tahap itu. Saya sempat bertemu dengannya awal tahun lalu dan bertanya mengenai rahsianya.Rahsianya cuma satu iaitu ' IMAGINASI + DOA + TAWAKKAL'. Berbekalkan imaginasi beliau selama 10 tahun, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dan dikagumi.

Ya, saya ingin menjadi seperti dia. Saya ingin mengambil semangat yang dia. Dan Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami dan menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi, saya pasti Allah akan menguji setiap hamba-Nya dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan hamba tersebut. Yang pasti saya akan terus berimaginasi +doa+tawakkal seperti sahabat saya dan insyaAllah.

Thursday, November 12, 2009

Kuasa Imaginasi dan Kreativiti


13 November 2009

Imaginasi adalah alat menjana kreativiti seseorang individu. Seseorang yang kreatif menggunakan imaginasi mereka dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Kita akan menggunakan otak kanan untuk merealisasikan imaginasi yang kita impikan.

Imaginasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional ( kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang bukan-bukan dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Contohnya, mereka akan berlagak seperti pemandu F1, superman, spiderman atau doraemon. Secara logiknya, orang dewasa akan ketawa apabila melihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil tersebut menolak logik. Tetapi ramai yang lupa bahawa si dewasa dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.

Dalam prinsip Brainstorming, perkara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Ini kerana logik akan membunuh kreativiti dan akan menghalang lahirnya idea yang unik dan luar biasa. Oleh itu, ibu bapa, jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil kerana ia secara tidak langsung menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.

Imaginasi bukan hanya kepada kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga perlu berimaginsi.Kuasa imaginasi ini sangat penting untuk merealisasikan setiap perbuatan kita. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al-Fateh secara tidak langsung telah menggunakan imaginasi (minda separa sedar) untuk menawan Kota Konstantinople. Pelbagai cara dan langkah dilakukan bagi memastikan Kota Konstantinople tersebut jatuh ke tangan orang Islam. Menurut sejarah, Al-Fateh juga telah mengalami 27 kali kegagalan ( kalau salah, tolong betulkan) dalam menawan kota tersebut. Itu sudah fitrah manusia mengalami kesusahan dahulu sebelum kesenangan. Dalam firman Allah dalam surah " 'Alam Nasyrah"  ayat 5 dan 6 mafhumnya " Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan". Jika kita baca dan lihat bahawa Allah telah mentakqidkan 2 kali berturut-turut dalam ayat 5 dan 6 bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Berbalik kepada imaginasi Al-Fateh, beliau sentiasa menanamkan azam dan cita-cita untuk "berjaya'" menawan kota Konstantinople. Apabila sentiasa consistent berfikir tentang "kejayaan" secara tidak langsung minda separa sedar akan menerima lalu merealisasikan imaginasi yang kadang-kala tidak logik pada orang sekeliling. Contohnya, membawa 70 buah kapal melalui daratan yang berbukit-bukau selama 1 malam sahaja. Akhirnya selepas berjuang habis-habisan selama 53 hari, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya juga menawan kota tersebut. Mungkin pada kita agak mustahil untuk dilakukan, tetapi percayalah bahawa jika kita selalu menanamkan azam, insyaAllah akan dipermudahkan.

Perlu kita tahu bahawa akal kita agak terbatas untuk menjangkaui perkara-perkara yang lebih besar kerana akal kita sangat kompleks. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkata ghaib di luar jangkaun pemikiran kita. Dan, kita perlu sedari bahawa setiap hari kita mencipta pelbagai program dalam minda separa sedar. Dan, Lebih baik kita berfikir kepada perkara baik dan positif. Wallahua'alam

Tuesday, November 10, 2009

Anjakan Paradigma..


11 November 2009

Semalam petang saya dan sahabat2 lain baru pulang dari DQ (tempat istimewaku) untuk berjumpa dengan adik2 serta pensyarah2 yang sudah lama kami tidak temui. Sudah lama saya tidak menjejak kaki disana, rasanya baru semalam saya berada disana sebagai pelajar semester 1 yang masih lagi bertatih mencari pengalaman serta tarbiyah.

Kebetulan, pelajar ijazah (K.Fatimah, K.Afrida dan K.Kinah) ingin datang ke UIA dan bermalam disana untuk menemani saya yang kesunyian kerana roomate saya sudah pun pulang bercuti seminggu yang lalu walaupun keesokkannya mereka akan menghadapi exam. Tajuk exam pun bg ana agak "menakutkan" dan memerlukan pengorbanan yang besar.hehe



Nampak pada luaran, tampak agak menarik.Mungkin ada dikalangan kita akan beranggapan mungkin buku tersebut berkenaan multiculture @ budaya2 di negara kita.so, don't evaluate this book by its cover. Apa yang dapat saya kaitkan, buku tersebut memberi motivasi kepada saya (promote sikit ye).

Sebaik diberi penerangan serba sedikit daripada K.Fatimah tentang buku tersebut, rupa2nya selama 51 tahun negara kita merdeka, perlembangan negara kita masih lagi terikat dengan penjajah. Alangkah 'dasyatnya' pihak penjajah dahulu menggubal perlembagaan sehinggakan diguna pakai sampai sekarang. Tidak nampakkah kalian cara dan strategi mereka?

Secara tidak langsung, buku tersebut memberi semangat dan motivasi kepada saya untuk menyelami dan mencipta strategi bagaimana cara untuk menggubal semula perlembagaan(angan2 xpasti bila akan tercapai) kerana yang pasti corner sane sini pon, tetap akan berpegang semula pada perlembagaan. Dan, perlembaan merupakan kuasa veto yang memaksa kita untuk bekerja keras untuk 'memilikinya'.

Untuk maklumat lanjut, ana syorkan sahabat2 baca buku tersebut. Bagi sape2 yang tidak memilikinya, pinjam2lah dengan ijazah DQ-USIM ke....hehe(promote lagi)..InsyaAllah ia akan membangkitkan semangat kalian semua. Terutama kepada mahasiswa dan pejuang muda seperti kita InsyaAllah .

Saturday, November 7, 2009

Detik Itu..


8 November 2009

Tepat jam 10.30 pagi saya telah selesai ber'perang' dengan subjek bahasa Melayu. Nampak agak senang, rupa-rupanya soalan tersebut benar-benar menguji jiwa saya. Selama 3 hari saya diberi peluang untuk mengkhatamkan buku BM yang agak merumitkan dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.hehe.. 


3 hari sebelum peperiksaan BM menjelang, saya dikejutkan dengan berita datuk saya terjatuh dan dimasukkan ke hospital. Ya Allah, nasib baik kebetulan saya baru balik, bolehlah juga untuk saya pulang ke kampung, walaupun saya akan menghadapi exam terakhir 3 hari lagi. Saya berdoa dalam hati, moga apa yang saya lakukan ini, dipermudahkan segala urusan. 


Saya, abah dan mak bertolak ke kampung selepas asar dan Selama 5 jam perjalanan dari Rawang- Johor, saya dan abah bergilir-gilir memandu memandangkan abah penat menguruskan kedai makan pada sebelah pagi hingga tengah hari. Kami selamat tiba di Segamat, Johor lebih kurang pada jam 10 malam.
Keadaan datuk yang sakit, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya. Keadaan bilik hospital yang diduduki kebanyakkan dari mereka dari kalangan golongan orang tua, memberi keinsafan pada saya. Mana tidaknya masing2 memakai tiub pernafasan kerana sukar untuk bernafas secara normal. "Ya Allah, andainya aku yang masih sihat ini ditarik nyawa secara tiba2, cukupkah segala amalan aku?"


Pulang dari Johor, saya teringat kata2 datuk sebelum kami pulang melawat dia di hospital. " Atuk doakan semoga lulus dalam peperiksaan dan berjaya di dunia dan akhirat" Ya Allah, ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Dalam keadaan datuk saya yang sakit, masih lagi mendoakan kejayaan saya. Terima kasih Atuk!


Sekembali dari kampung, barulah saya membelek buku BM yang sudah agak lama tidak disentuh. Agaknya buku ni pun dah merajuk dengan saya. Apa-apapun saya mendoakan yang terbaik buat sahabat2 yang masih lagi dalam fatrah exam. Percayalah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Ingatlah janji Tuhan.


Sunday, November 1, 2009

Lamaran kali kedua...


 1 November 2009

Tangan saya ligat membuka inbox handset yang menandakan mesej datang dari 'seseorang' masuk. Teruja..gembira..keliru..Lama saya membaca mesej daripada 'bro Ihsan' ( gelaran si dia). Biar betul dia nak lamar??

Pasti kalian turut teruja bukan? Sebenarnya, jangan salah faham terhadap saya, bukan lamaran peminangan tetapi ini mesej dari bro Ihsan adalah untuk me'lamar' saya serta alumni SPIES pada fasa pertama dahulu untuk join program pada 31 okt hingga 1 Nov ini. Pada mulanya tarikh yang diberikan antara minggu ini dan pada 19-20 Dis 2009. Tetapi saya membuat keputusan untuk pergi pada minggu ini walaupun dalam fatrah exam kerana saya gusar pada tarikh 19-20 dis nanti saya mungkin ada terlibat dengan aktiviti lain ,memandangkan pada tarikh itu, pelajar2 sudah mula memasuki semester baru. Tentu agak sibuk. Lagipun saya ingin mendapatkan sedikit motivasi disebabkan beberapa hari ini saya agak berserabut.

Kali ini, saya berada dalam SPIES fasa kedua untuk group pertama yang diadakan di Excel Training Resorts Sdn. Bhd, Broga, Beranang dimana ia dimiliki oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Aktiviti untuk fasa kedua lebih menjurus kepada aktiviti outdoor disamping masih mengekalkan Role play yang mantap2 serta berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Paling mengujakan saya, saya sempat bertemu dan berbual dengan kak khadijah yang merupakan isteri kepada Ustaz Ramadhan Fitri yang kebetulan beliau menjadi salah seorang fasilitator di sana. Kami sempat bertukar2 cerita dan saya amat terkilan kerana tidak sempat bergambar dengan beliau. Semoga saya dapat bertemu dengan beliau jika diizinkan.

Di antara games yang diadakan adalah seperti bermain rakit (sape paling cepat), JBA( Jom Buat Air-semua group WAJIB basah)hehe.., dan Formula 1. Walaupun permainan tersebut seperti agak keanak-anakan tetapi objektif yang ingin disampaikan ternyata amat bermakna dan boleh kita gunakan pada masa akan datang. Antara objektif yang ingin dikongsikan ialah..:

1)      If we stay in one team or organization, we must always give more CONNECTION
-          Sentiasa untuk menerima kelebihan dan kekurangan rakan. Kekurangan dan kelebihan itu saling lengkap-melengkapi.

2)      If we LOVE to talk…
-          Do the presentation, so that the people know about you. Think positive that you have self-confident and good achievement.

3)      Look at yourself
-          If you think that you are smaller than others, you will always think you’re smaller. So,when you want to change yourself to be an achiever?- use your skills..WAKE UP man!!

4)      The important thing is…work together
-          REMEMBER..Teamwork will have to survive and actuate with each others..




 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008