BismiALLAH

Tuesday, December 29, 2009

Saya Masih Berfikir..


30 Disember 2009

Sehari lagi kita akan menyambut tahun baru masihi. Bertambahnya usia, adakah bertambahnya amal kita?tepuk dada tanya iman. Seiring dengan tahun baru hijri saya masih lagi berfikir..

Kelas bahasa Melayu saya seperti biasa dengan kehadiran Cikgu Faridah yang tegas tetapi kelakar. Isnin yang lalu kami diajar mengenai tajuk  Asas Komunikasi. Selepas beberapa minit belajar, secara tidak langsung Cikgu saya bercerita tentang pengalaman beliau ketika masih belajar.

Cikgu saya berpesan pada kami bahawa niat datang ke sekolah/kolej/IPTA/IPTA/luar negara niat cuma hanya SATU iaitu datang belajar adalah kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan "A" semata-mata. Apabila kita mendahulukan Allah dalam setiap perkara insyaAllah "A" itu akan mengikut seiring dengan niat kita. ALLAH is the ONE!!

Saya tidak nafikan, mungkin pada mulanya kita memang berniat datang belajar kerana Allah dan mendapat ilmu, akan tetapi kadang2 kita tidak sedar niat kita adakalanya tersasar. Contohnya kita belajar disitu kerana tempat yang cantik, dapat elaun, dapat pergi melancong atau sebagainya. Dalam tidak sedar, disebabkan perkara kecil sebegitu, kemungkinan Allah akan menguji kita lambat untuk dapat pekerjaan, berbulan2 'tanam anggur' atau kita susah nak dapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Dari sudut lain, mungkin Allah ingin menguji hamba-Nya sentiasa bersabar.

Ya, perbuatan kita pada hari ini adalah masa depan kita. Saya pasti niat ibu bapa kita menghantar kita belajar dalam negara atau luar negara adalah untuk melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat. Paling penting adalah redha ibu bapa dan Allah. Seiring itu, bertawakkallah kepada Allah kerana DIA lah yang menentukan segalanya. Dan, sekali lagi saya tidak memaksa kalian untuk bersetuju dengan saya. Saya mengikut kata hati saya yang berbisik ingin berubah kepada perkara yang baik. Wallahua'alam

P/S: Sorry for the simple posting from me.

Tuesday, December 22, 2009

Kenapa Harry Potter??


24 Disember 2009

Saya akhirnya diberi peluang untuk menulis selepas beberapa hari ini kesihatan saya agak terganggu menyebabkan saya terpaksa 'ponteng' kelas. Hmm, agak memalukan juga. Tapi itulah fitrah manusia, Allah menguji saya dengan kesakitan dan memberi 'qisas' kafarah dosa pada saya.

Hari ini saya berminat untuk menceritakan tentang  'Harry Potter'. Sekarang ini saya hampir mengumpul kesemua buku Harry Potter karangan oleh J.K Rowling. Ini adalah satu cerita yang menarik perhatian saya selama mana saya menelaah buku beliau. Mungkin pada pandangan anda, kenapa saya tidak membaca buku ilmiah sebagai panduan dan baca pula buku yang dikarang oleh orang barat lebih2 lagi buka bersifat ilusi semata2??

Mungkin ada dikalangan anda ada yang berminat untuk membaca buku2 seperti ini dan ada juga mengatakan hanya membuang masa membaca buku berkisarkan tentang ahli sihir dan mungkin bagi anda ia 'mengarut'. Tapi bagi saya, terdapat tema di dalam cerita tersebut sedikit sebanyak boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita.Ops, saya bukan mengajar anda untuk menjadi ahli sihir, tapi sentiasalah beringat " yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'

Pertamanya, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita Harry Potter, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter_(watak).  Sesaat saya terfikir bahawa J.K Rowling mempunyai imaginasi yang tinggi ketika mereka cerita sebegini. Dengan plot yang menarik dan tersusun memudahkan pembaca membacanya. Akhirnya saya berjaya dapat mengumpulkan beberapa tema yang dapat kongsikan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Kasih sayang
* Kekurangan kasih sayang disebabkan kematian kedua ibunya bapanya ketika berumur setahun, menjadikan dia seorang berani, cekal dan tabah. Tetapi kadangkala tidak dapat mengawal emosi. Dia tidak dibesarkan dengan kasih sayang oleh keluarga Dursley disebabkan mereka menganggap Harry seorang yang pelik dan anak yatim dan dia juga sering diejek dan dihina. Tetapi, kehadiran keluarga sahabatnya Ron, menjadikan dia gembira kerana keluarga Ron sentiasa menganggapnya seperti ahli keluarga dan paling mengagumkan adik-beradik Ron juga turut menyenangi kehadirannya. Mereka sentiasa menerima Harry walaupun Harry seorang anak yatim dan tidak pernah memperlakukan seperti orang luar jauh sekali menghina.

Setia berkawan
* Sepanjang saya membaca ketujuh2 buku Harry Potter, saya tak nafikan kesetiaan kedua sahabatnya Ron dan Hermione sepanjang mereka bersekolah Hogwart ( Sekolah Sihir) selama 6 tahun. Sanggup meniti susah dan senang, walaupun bahaya didepan mata. Salah satu sikap Harry yang saya kagumi, dia sanggup berkorban terhadap sahabatnya ketika bahaya mendatang. Andai kita ditempatnya, adakah kita akan setia untuk berkorban menyelamatkan sahabat2 ketika dalam bahaya? dan mungkin dalam tidak sedar andai kita berada dalam situasi bahaya kita akan menjadi salah seorang sahabat yang mementingkan diri. Siapa tahu?

Kawalan emosi
* Dalam satu slot dalam filem kelima Harry Potter ( The Order of Phoenix), ketika mana Harry Potter mangalami mimpi ngeri tentang Kuasa Jahat ( Lord Voldemort) yang sentiasa menguasai mindanya, guru posyennya, Severus Snape telah menyuruhnya untuk mengawal emosi kerana Harry sentiasa dikawal dengan emosi marah. Apabila kita marah, control your mind/yourself . Bagi seorang muslim pastilah kita tahu apabila kita marah, syaitan akan sentiasa mengambil peluang 'mencucuk' hati kita supaya lebih marah dan marah.Api lawannya air.Maka berwuduklah atau basuhlah muka kita andai marah mencengkam jiwa kita.

Saya pasti ada dikalangan mempunyai pendapat masing2 berkenaan cerita Harry Potter ni. Saya tidak memaksa untuk bersetuju dengan pandangan saya. Ini sekadar pemerhatian saya dimana saya telah membaca ketujuh2 buah buku karangan J.K Rowling dan ia menambat hati saya.Bukan buku melayu tidak hebat, tapi saya membuka pemikiran saya supaya sebagai mahasiswa kita seharusnya lebih teliti dan terbuka minda membaca buku2 berkaitan imaginasi dan ilusi (jangan jadi gila sudahlaa) supaya kita lebih banyak berfikir dan mengkaji. Wallahu'alam

Nantikan post terbaru saya akan datang tentang pandangan " 9 Nyawa"-Ramlee Awang Mursyid

Tuesday, December 15, 2009

" Merawat Hatiku "


16 November 2009

HATI saya perlu dirawat..begitulah luahan hati saya setiap kali saya membuat kesilapan. Andai bukan hari ini, kenapa perlu esok?Esok mana mungkin saya dapat menentukan jangka hayat adakah saya akan hidup untuk hari esok..Ya, saya mesti merawat HATI saya sebelum ia menjadi lebih parah..

Merawat hati ( ROHANI) memerlukan kesungguhan bukan hanya sekadar 'angan2 mat jenin'. Merawat penyakit hati telah banyak dihurai dan diperjelaskan oleh para ulama' dalam karya2 mereka.Sabda Rasulullah " Hati itu akan berkarat sepertimana berkaratnya hati. Maka apakah cara menggilapnya?

Ulama’ mengatakan bahawa hati yang keras dapat dirawat dengan:

1) Membaca Al-Qur’an dan zikrullah

Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca al-qur’an. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur’an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.

2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah

Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat al-qur’an yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu selayaknya seorang yang sangat memerlukan diri-NYA.

3) Menghadiri majlis ilmu

Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.

4) Mengingati mati

Para ulama berkata, ”Zikrul maut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya.”

Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.Menyaksikan sakaratul maut
Para ulama juga berkata, ”Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah.
Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.

6) Menziarahi kubur
Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.
Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata.

Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.

Teliti dan perhatikanlah. Yakinlah bahawa apa yang telah dia alami akan engkau alami. Setelah itu, singkirkan tipu daya dunia dari dirimu dan rajinlah beramal untuk akhiratmu.

Al;hamdulillah.HATI saya semakin sembuh..Bagaimana pula dengan HATI anda??

Merujuk kepada buku:
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Karangan:
Dr A’idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya’qub dan Dr Muhammad A.R.Al-Uraifi
Terbitan:
Darul Nu’man.

Sunday, December 13, 2009

Membawa Seribu Harapan...


14 November 2009

Pertemuan kembali setelah hampir seminggu saya 'membiarkan' blog saya disapa angin lalu. Permulaan semester baru benar2 telah menguji saya supaya terus cekal dengan suasana disini. Yes, there are no accident!. Permulaan semester ini saya telah mengambil kelas bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk Kerjaya. Saya agak cemburu melihat sahabat2 saya yang telah menyambung pelajaran di luar negara yang sudah pastinya dapat menguasai bahasa Arab dengan mudah.

Seminggu yang lalu, saya mengikuti kelas bahasa Arab dan ternyata lidah saya agak janggal bila berbicara dengan lecturer.Mana tidaknya semester yang lepas saya hanya mengambil kelas bahasa Inggeris dan ternyata setiap kali bercakap bahasa Arab, pasti juga akan terkeluar bahasa Inggeris tidak pun bahasa Melayu.hehe.

Semasa saya di DQ dulu, tidak dinafikan hampir semua subjek saya belajar dalam bahasa Arab. Tetapi, saya masih tidak dapat mem'praktikkan' apa yang di belajar lebih2 lagi bab2 speaking arab ni. Ternyata saya begitu lemah dalam penguasaan bahasa tersebut. Masih ada 3 bulan lagi untuk saya cuba mengusai bahasa Arab.InsyaAllah dalam bulan 4 nanti saya akan menghadapi exam semester kedua, jika ditakdirkan saya examted, saya akan memulakan kehidupan baru (alam kuliah) yang sebenar.

Sekadar selingan...

Buat semua sahabat2, jika ada kelapangan pada 16 Disember 2009 ini akan diadakan  " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert"  di IIUM, Gombak bertempat di Cultural Activity Centre ( CAC ). Bayaran hanya RM5 ( IIUM Student), RM 7 ( Others) dan kanak2 dibawah umur 12 tahun RM 2.50 sahaja.Duit tersebut insyaAllah akan didermakan untuk membina sebuah madrasah. Artis nasyid yang akan hadir In-Team, Nice dan Algebra.

Bagi yang berminat, datanglah beramai2 untuk memeriahkan " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert" tersebut..

Sunday, December 6, 2009

Kembali Menulis...


7 November 2009

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis kembali blog yang sudah lama tidak di’update’. Jangka masa 2 minggu di rumah membuatkan saya seakan-akan terlupa untuk memberi sedikit pengisian lebih-lebih lagi seminggu yang lalu saya terlibat dengan program yang dianjurkan oleh UIA dibawah Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli (JASA) di Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Saya bersama 72 peserta berpeluang mengikuti program tersebut dan saya ditaklifkan sebagai sub-committee catering dan ia membuatkan saya seakan ‘melupakan’ dunia blog. Tarikh kelahiran saya juga kebetulan jatuh pula pada hari kedua hari raya haji yang lalu dan pada hari itu juga saya perlu bersiap sedia untuk pulang ke UIA untuk mengemas apa yang perlu memandangkan barang2 catering lah yang paling banyak antara semua.

Pada mulanya saya agak ragu juga adakah program ini akan berjalan seperti biasa @ dibatalkan memandangkan keadaan negeri di pantai Timur mengalami musim tengkujuh. Selepas diberitahu bahawa cuaca disana tidaklah seteruk yang diisangka, akhirnya program ini diteruskan selepas kami membuat solat hajat berjemaah.

Kami bertolak dari UIA  pada 30 November pada jam 10.15  malam dengan dua buah bas dan lori (barang2 unit)dan sampai di Sg. Berua lebih kurang pada pukul 8 pagi selepas kami berhenti solat subuh di Masjid dan makan di rumah salah seorang peserta di sana. Walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meredah hujan yang kadangkala renyai2 dan lebat. Nasib baik juga setiap peserta diperingatkan agar membawa payung  dari UIA.

Saya tidak dapat mengikuti secara keseluruhan program yang dianjurkan kerana ‘terpaksa’ menghadap kuali, pisau, bawang, periuk dan sebagainya di dapur.hehe.Desakan masa yang menuntut untuk memasak makanan mengikut jadual membantutkan keinginan unit catering untuk terus leka dari masa yang ditetapkan. Naseb baik juga unit catering mempunyai ramai sub-committee maka tidaklah terlalu penat kerana masing2 memberikan kerjasama dan komited dengan tugas masing2.


Selama 5 hari disana, keadaan masih tetap sama. Hujan kadangkala berhenti dan dengan tiba2 pula hujan dengan lebatnya. Unit sport pula bertungkus lumus untuk ‘melancarkan’ suka hari keluarga bersama orang asli. Nasib mereka baik apabila pada pagi Hari Keluarga, tiada hujan dan Alhamdulillah melancarkan gerak kerja mereka. Akan tetapi sedang mereka berseronok bermain sukan bersama orang2 asli, hujan turun dengan lebatnya membuatkan semua para peserta yang berada di padang berlari2 mencari tempat berteduh memandangkan mereka tidak membawa payung kerana mereka menyangka hujan takkan turun.

Lebih memeranjatkan kami, anak2 orang asli dengan selamba bermain hujan tanpa menghiraukan hujan yang semakin lama semakin lebat. Mujur juga tiada guruh dan kilat, kalau tidak kami tak tahulah apa yang akan terjadi. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda dan aktiviti berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum kami pulang ke UIA, kami mengadakan kenduri bagi menjamu orang2 kampung. Alhamdulillah keadaan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya kami agak sukar mengawal keadaan anak2 orang asli. Majlis berakhir hampir pukul 12 malam dan seperti biasa unit saya terpaksa mengemas dan menyimpan barang2 yang tidak digunakan untuk dibawa pulang ke UIA. Kami bertolak dari Sungai Berua pada hari sabtu lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di UIA tepat jam 7 malam. Bas yang saya naiki sempat singgah di kemaman untuk makan tengahari dan membeli sedikit sebanyak kepok lekor untuk dibawa pulang.

Tuesday, November 17, 2009

Saya dan Matematik


18 November 2009

Matematik..penting ke dalam hidup saya? Ketika di sekolah tadika, saya hanya tahu mengira dari nombor 1 hingga 20 dan seterusnya. Bila menginjak umur, saya semakin mahir menulis nombor yang lebih besar. Seiringan itu, minda saya berkembang memikirkan perkara-perkara berkaitan nombor lebih-lebih lagi melibatkan duit.hehe. Di sekolah rendah, mak selalu memberikan saya RM2 untuk sekolah kebangsaan dan agama pagi dan petang. Waktu itu, RM2 wang yang cukup besar bagi saya.

Minat pada matematik bermula ketika saya dipaksa oleh abah untuk menghafal sifir1 hingga 12. Teringat saya ketika mana saya malas untuk menghafal sifir yang saya rasakan ketika itu amat membosankan. Abah hampir merotan saya jika tidak dapat hafal sifir sehingga sempurna. Ketika itu, abah menyuruh saya menghafal sambil menghadap sifir yang ditampal di dinding. Sambil menghafal, air mata saya berjurai-juraian. Kelakar juga bila diingatkan kembali. Atas berkat di'paksa' oleh abah, saya jadi minat matematik sehingga kini. Terima kasih abah!

Menginjak dewasa, baru saya terfikir bahawa matematik merupakan asas kepada pelbagai bidang ilmu di dunia ini. Tanpa matematik, bagaimana agaknya hidup kita. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.


Ilmu matematik berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Saya dan matematik sangat rapat. Bagaimana pula dengan anda??

Monday, November 16, 2009

Berimaginasi seperti ' Kungfu Panda'


16 November 2009

Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, saya banyak membaca buku-buku berunsurkan motivasi. Tidak kira siapa pengarangnya, saya akan tetap membelinya. Sejak saya mengikuti program SPIES selama 2 kali berturut-turut, saya lebih bersemangat dan berimaginasi (bukan angan2 kosong) hehe untuk 'membina' consultant saya sendiri insyaAllah.


Teringat saya akan cerita-cerita kartun yang saya tonton ketika kecil dulu. Doraemon, Power Rangers, Spiderman dan sekarang mungkin Kungfu Panda. Apa yang saya ingin huraikan setiap animasi yang dipertontonkan sedikit sebanyak menyumbang kepada proses imaginasi saya. Saya ingin menjadi 'DORAEMON' kerana dapat mengeluarkan 'alat-alat' elektronik yang canggih2 dari poket ajaib. Imaginasi ini mendorong saya mencapai matlamat suatu hari nanti. Ya, insyaAllah ingin menjadi seorang pakar motivasi!.


Setiap kali saya melihat filem Kungfu Panda, tidak kering gusi dibuatnya. Bayangkan dengan telatah panda yang 'chubby' yang menyeronokkan membuatkan saya menonton filem itu berkali2 tanpa rasa jemu. Mesej dan themes yang disampaikan dalam filem tersebut turut menarik hati saya dan apa yang saya dapat lihat, ia berkisarkan tentang kasih sayang, imaginasi (matlamat), kreativiti dan motivasi.


Panda yang berimaginasi ingin menjadi seorang 'master', bermotivasi tinggi dan tidak pernah putus asa walaupun terdapat cabaran dari pihak keluarga untuk meraih gelaran 'MASTER' dalam kungfu. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai manusia, kita percaya bahawa setiap dari kita mempunyai mehnah dan tribulasi sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Seandainya anda diberi tekanan negatif dari pihak keluarga (jika ada) dimana mereka tidak percaya akan kemampuan anda, buktikan pada mereka bahawa tekanan yang mereka berikan tidak sesekali meruntuhkan semangat anda. (berfalsafah la pulak).


Situasi tersebut pernah terjadi kepada rakan saya semasa sekolah rendah dulu. Dia ketika itu seorang yang jika dikategorikan seorang yang agak lemah dalam semua mata pelajaran. Keluarga yang agak sederhana, mempunyai ramai adik-beradik dan masalah kewangan kadangkala membuatkan dia hampir berputus asa (bukan menyalahkan takdir) dan dia hampir2 berhenti sekolah dan berhasrat untuk bekerja memandangkan dia anak yang sulung. Tetapi, mempunyai imaginasi dan matlamat yang tinggi dan ingin menjadi seorang yang 'versatile' dalam semua bidang dan dikagumi. Kawan2 yang rapat dengan beliau hanya menggelengkan kepala dan ketawa mendengar angan2 yang mereka pasti tidak akan tercapai.

10 tahun kemudian, saya dikejutkan berita bahawa rakan saya tersebut kini menjadi 'orang penting' dalam organisasi di kolej. Bukan itu sahaja, malah berjaya mengekalkan anugerah dekan setiap tahun dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.SubhanaAllah, saya tertanya-tanya apa rahsia yang menyebabkan beliau berjaya sampai ke tahap itu. Saya sempat bertemu dengannya awal tahun lalu dan bertanya mengenai rahsianya.Rahsianya cuma satu iaitu ' IMAGINASI + DOA + TAWAKKAL'. Berbekalkan imaginasi beliau selama 10 tahun, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dan dikagumi.

Ya, saya ingin menjadi seperti dia. Saya ingin mengambil semangat yang dia. Dan Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami dan menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi, saya pasti Allah akan menguji setiap hamba-Nya dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan hamba tersebut. Yang pasti saya akan terus berimaginasi +doa+tawakkal seperti sahabat saya dan insyaAllah.

Thursday, November 12, 2009

Kuasa Imaginasi dan Kreativiti


13 November 2009

Imaginasi adalah alat menjana kreativiti seseorang individu. Seseorang yang kreatif menggunakan imaginasi mereka dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Kita akan menggunakan otak kanan untuk merealisasikan imaginasi yang kita impikan.

Imaginasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional ( kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang bukan-bukan dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Contohnya, mereka akan berlagak seperti pemandu F1, superman, spiderman atau doraemon. Secara logiknya, orang dewasa akan ketawa apabila melihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil tersebut menolak logik. Tetapi ramai yang lupa bahawa si dewasa dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.

Dalam prinsip Brainstorming, perkara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Ini kerana logik akan membunuh kreativiti dan akan menghalang lahirnya idea yang unik dan luar biasa. Oleh itu, ibu bapa, jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil kerana ia secara tidak langsung menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.

Imaginasi bukan hanya kepada kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga perlu berimaginsi.Kuasa imaginasi ini sangat penting untuk merealisasikan setiap perbuatan kita. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al-Fateh secara tidak langsung telah menggunakan imaginasi (minda separa sedar) untuk menawan Kota Konstantinople. Pelbagai cara dan langkah dilakukan bagi memastikan Kota Konstantinople tersebut jatuh ke tangan orang Islam. Menurut sejarah, Al-Fateh juga telah mengalami 27 kali kegagalan ( kalau salah, tolong betulkan) dalam menawan kota tersebut. Itu sudah fitrah manusia mengalami kesusahan dahulu sebelum kesenangan. Dalam firman Allah dalam surah " 'Alam Nasyrah"  ayat 5 dan 6 mafhumnya " Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan". Jika kita baca dan lihat bahawa Allah telah mentakqidkan 2 kali berturut-turut dalam ayat 5 dan 6 bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Berbalik kepada imaginasi Al-Fateh, beliau sentiasa menanamkan azam dan cita-cita untuk "berjaya'" menawan kota Konstantinople. Apabila sentiasa consistent berfikir tentang "kejayaan" secara tidak langsung minda separa sedar akan menerima lalu merealisasikan imaginasi yang kadang-kala tidak logik pada orang sekeliling. Contohnya, membawa 70 buah kapal melalui daratan yang berbukit-bukau selama 1 malam sahaja. Akhirnya selepas berjuang habis-habisan selama 53 hari, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya juga menawan kota tersebut. Mungkin pada kita agak mustahil untuk dilakukan, tetapi percayalah bahawa jika kita selalu menanamkan azam, insyaAllah akan dipermudahkan.

Perlu kita tahu bahawa akal kita agak terbatas untuk menjangkaui perkara-perkara yang lebih besar kerana akal kita sangat kompleks. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkata ghaib di luar jangkaun pemikiran kita. Dan, kita perlu sedari bahawa setiap hari kita mencipta pelbagai program dalam minda separa sedar. Dan, Lebih baik kita berfikir kepada perkara baik dan positif. Wallahua'alam

Tuesday, November 10, 2009

Anjakan Paradigma..


11 November 2009

Semalam petang saya dan sahabat2 lain baru pulang dari DQ (tempat istimewaku) untuk berjumpa dengan adik2 serta pensyarah2 yang sudah lama kami tidak temui. Sudah lama saya tidak menjejak kaki disana, rasanya baru semalam saya berada disana sebagai pelajar semester 1 yang masih lagi bertatih mencari pengalaman serta tarbiyah.

Kebetulan, pelajar ijazah (K.Fatimah, K.Afrida dan K.Kinah) ingin datang ke UIA dan bermalam disana untuk menemani saya yang kesunyian kerana roomate saya sudah pun pulang bercuti seminggu yang lalu walaupun keesokkannya mereka akan menghadapi exam. Tajuk exam pun bg ana agak "menakutkan" dan memerlukan pengorbanan yang besar.hehe



Nampak pada luaran, tampak agak menarik.Mungkin ada dikalangan kita akan beranggapan mungkin buku tersebut berkenaan multiculture @ budaya2 di negara kita.so, don't evaluate this book by its cover. Apa yang dapat saya kaitkan, buku tersebut memberi motivasi kepada saya (promote sikit ye).

Sebaik diberi penerangan serba sedikit daripada K.Fatimah tentang buku tersebut, rupa2nya selama 51 tahun negara kita merdeka, perlembangan negara kita masih lagi terikat dengan penjajah. Alangkah 'dasyatnya' pihak penjajah dahulu menggubal perlembagaan sehinggakan diguna pakai sampai sekarang. Tidak nampakkah kalian cara dan strategi mereka?

Secara tidak langsung, buku tersebut memberi semangat dan motivasi kepada saya untuk menyelami dan mencipta strategi bagaimana cara untuk menggubal semula perlembagaan(angan2 xpasti bila akan tercapai) kerana yang pasti corner sane sini pon, tetap akan berpegang semula pada perlembagaan. Dan, perlembaan merupakan kuasa veto yang memaksa kita untuk bekerja keras untuk 'memilikinya'.

Untuk maklumat lanjut, ana syorkan sahabat2 baca buku tersebut. Bagi sape2 yang tidak memilikinya, pinjam2lah dengan ijazah DQ-USIM ke....hehe(promote lagi)..InsyaAllah ia akan membangkitkan semangat kalian semua. Terutama kepada mahasiswa dan pejuang muda seperti kita InsyaAllah .

Saturday, November 7, 2009

Detik Itu..


8 November 2009

Tepat jam 10.30 pagi saya telah selesai ber'perang' dengan subjek bahasa Melayu. Nampak agak senang, rupa-rupanya soalan tersebut benar-benar menguji jiwa saya. Selama 3 hari saya diberi peluang untuk mengkhatamkan buku BM yang agak merumitkan dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.hehe.. 


3 hari sebelum peperiksaan BM menjelang, saya dikejutkan dengan berita datuk saya terjatuh dan dimasukkan ke hospital. Ya Allah, nasib baik kebetulan saya baru balik, bolehlah juga untuk saya pulang ke kampung, walaupun saya akan menghadapi exam terakhir 3 hari lagi. Saya berdoa dalam hati, moga apa yang saya lakukan ini, dipermudahkan segala urusan. 


Saya, abah dan mak bertolak ke kampung selepas asar dan Selama 5 jam perjalanan dari Rawang- Johor, saya dan abah bergilir-gilir memandu memandangkan abah penat menguruskan kedai makan pada sebelah pagi hingga tengah hari. Kami selamat tiba di Segamat, Johor lebih kurang pada jam 10 malam.
Keadaan datuk yang sakit, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya. Keadaan bilik hospital yang diduduki kebanyakkan dari mereka dari kalangan golongan orang tua, memberi keinsafan pada saya. Mana tidaknya masing2 memakai tiub pernafasan kerana sukar untuk bernafas secara normal. "Ya Allah, andainya aku yang masih sihat ini ditarik nyawa secara tiba2, cukupkah segala amalan aku?"


Pulang dari Johor, saya teringat kata2 datuk sebelum kami pulang melawat dia di hospital. " Atuk doakan semoga lulus dalam peperiksaan dan berjaya di dunia dan akhirat" Ya Allah, ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Dalam keadaan datuk saya yang sakit, masih lagi mendoakan kejayaan saya. Terima kasih Atuk!


Sekembali dari kampung, barulah saya membelek buku BM yang sudah agak lama tidak disentuh. Agaknya buku ni pun dah merajuk dengan saya. Apa-apapun saya mendoakan yang terbaik buat sahabat2 yang masih lagi dalam fatrah exam. Percayalah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Ingatlah janji Tuhan.


Sunday, November 1, 2009

Lamaran kali kedua...


 1 November 2009

Tangan saya ligat membuka inbox handset yang menandakan mesej datang dari 'seseorang' masuk. Teruja..gembira..keliru..Lama saya membaca mesej daripada 'bro Ihsan' ( gelaran si dia). Biar betul dia nak lamar??

Pasti kalian turut teruja bukan? Sebenarnya, jangan salah faham terhadap saya, bukan lamaran peminangan tetapi ini mesej dari bro Ihsan adalah untuk me'lamar' saya serta alumni SPIES pada fasa pertama dahulu untuk join program pada 31 okt hingga 1 Nov ini. Pada mulanya tarikh yang diberikan antara minggu ini dan pada 19-20 Dis 2009. Tetapi saya membuat keputusan untuk pergi pada minggu ini walaupun dalam fatrah exam kerana saya gusar pada tarikh 19-20 dis nanti saya mungkin ada terlibat dengan aktiviti lain ,memandangkan pada tarikh itu, pelajar2 sudah mula memasuki semester baru. Tentu agak sibuk. Lagipun saya ingin mendapatkan sedikit motivasi disebabkan beberapa hari ini saya agak berserabut.

Kali ini, saya berada dalam SPIES fasa kedua untuk group pertama yang diadakan di Excel Training Resorts Sdn. Bhd, Broga, Beranang dimana ia dimiliki oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Aktiviti untuk fasa kedua lebih menjurus kepada aktiviti outdoor disamping masih mengekalkan Role play yang mantap2 serta berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Paling mengujakan saya, saya sempat bertemu dan berbual dengan kak khadijah yang merupakan isteri kepada Ustaz Ramadhan Fitri yang kebetulan beliau menjadi salah seorang fasilitator di sana. Kami sempat bertukar2 cerita dan saya amat terkilan kerana tidak sempat bergambar dengan beliau. Semoga saya dapat bertemu dengan beliau jika diizinkan.

Di antara games yang diadakan adalah seperti bermain rakit (sape paling cepat), JBA( Jom Buat Air-semua group WAJIB basah)hehe.., dan Formula 1. Walaupun permainan tersebut seperti agak keanak-anakan tetapi objektif yang ingin disampaikan ternyata amat bermakna dan boleh kita gunakan pada masa akan datang. Antara objektif yang ingin dikongsikan ialah..:

1)      If we stay in one team or organization, we must always give more CONNECTION
-          Sentiasa untuk menerima kelebihan dan kekurangan rakan. Kekurangan dan kelebihan itu saling lengkap-melengkapi.

2)      If we LOVE to talk…
-          Do the presentation, so that the people know about you. Think positive that you have self-confident and good achievement.

3)      Look at yourself
-          If you think that you are smaller than others, you will always think you’re smaller. So,when you want to change yourself to be an achiever?- use your skills..WAKE UP man!!

4)      The important thing is…work together
-          REMEMBER..Teamwork will have to survive and actuate with each others..




Thursday, October 29, 2009

Belajarlah dari Pengalaman yang Lalu..Learning About The Past


30 Oktober 2009

Ada pepatah yang mengatakan " Pengalaman adalah guru yang terbaik"

Saya tertarik untuk membincangkan isu ini kerana sebahagian manusia kurang menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.Pengalaman lalu merupakan guru bagi kita kerana apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesuatu, kita akan mula berfikir kerana apa Allah titipkan pengalaman itu kepada kita.Adakah kerana saja2??Sudah semestinya TIDAK.


Pengalaman lalu mengajar kita agar lebih matang menyusuri onak duri kehidupan pada masa akan datang. Pengalaman lalu juga menjadikan kita sentiasa berhati2 dan tidak mengulangi semula kesalahan yang kita telah lakukan dahulu.Cukuplah hanya sekali. Dan, kita sebagai manusia sentiasa berusaha menjadi yang terbaik kerana di dalam firman Allah mafhumya " Kita adalah sebaik2 ummah"

" Scientists say that the personal experience has greater impact on person. People learn how to analyze their mistakes, makes conclusions and next time try to avoid them" 

Janganlah meremehkan kesalahan yang kecil mahupun besar akan tetapi kesalahan yang besar adalah karana kesalahan yang kecil itu 'disimpan' sehinggalah menjadi besar. Belajar dari kesalahan dan pengalaman merupakan hal yang positif untuk diri kita mencapai perkara yang baik sehingga kita boleh mengetahui semua perkara yang kita boleh pelajari dari kesalahan dan pengalaman diamana ia memberikan kita sesuatu benda yang tidak ternilai harganya.

Marilah kita belajar dan berusaha menjadikan kita sebagai orang yang berguna dimana belajar dari kesalahan dan pengalaman adalah untuk memperkaya serta membangunkan diri dan juga sebagai modal kita untuk terus menjadikan kita sebagai seorang yang berguna dan bermanfaat pada masyarakat. Paling penting adalah kita jangan takut untuk melakukan kesalahan tapi yang perlu kita takuti adalah kita tidak boleh cuba untuk memperbaiki dari kesalahan yang dibuat. Berani kerana benar, takut karana salah. Wallahua'alam.

Wednesday, October 28, 2009

Menunggu Hari...


29 Oktober 2009

Semalam, kaka saya telah selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Putrajaya tepat jam 4 petang. Pada waktu yang sama, saya baru menyelesaikan tugas (homework) yang masih belum diselesaikan. Sebaik sahaja menerima panggilan daripada abah yang menyatakan tentang kelahiran tersebut, fikiran saya tiba2 berasa lapang."Alhamdulillah, saya dapat anak saudara baru" Baru sebentar tadi fikiran saya agak kusut dan berserabut mengenangkan exam yang hampir menjelang, berita gembira tersebut akhirnya berjaya me'neutral'kan kembali fikiran saya.Alhamdulillah.

Dalam gembira, saya gementar untuk menunggu detik untuk menghadapi exam pada hari esok.erm, speaking examination.Ya, pejam celik pejam celik, saya sudah hampir menginjak ke semester 2. Masih baru untuk menimba pengalaman dan ilmu. Nasib saya agak baik kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa menyokong serta memberi semangat dikala susah dan senang.

Saya juga turut mendoakan kalian yang berada di luar negara ( Timur Tengah) berjaya dengan apa yang dicitakan. InsyaAllah!!

Monday, October 26, 2009

Andainya Ada Waktu Lagi...


26 Oktober 2009

Andainya masa dapat diputarkan kembali, saya ingin kembali ke masa silam dimana saya masih menikmati zaman kanak-kanak saya serta dapat bertemu kembali dengan arwah abang saya yang ke-3, mungkin juga ingin bertemu dengan sahabat2 lama saya. Sedar tak sedar saya semakin menginjak dewasa, sudah kenal pahit maung kehidupan dan masih dalam proses memperbaiki kelemahan diri. Ya, andainya masa dapat diputar kembali.....!!

Hari ini, hati saya terasa ingin memberi kata puisi buat sahabat2 semua yang mengenali diri ini. Andai ditakdirkan saya pergi dahulu, maafkanlah diri ini...

Dulu,
Kita sentiasa meluangkan waktu bersama,
Saling berkongsi rasa,
Saling bertukar cerita,
Walau kita tahu setiap pertemuan itu perpisahan akhirnya.

Sekarang,
Ketika kau terpaksa memilih,
Antara kemahuan dan ketetapan,
Kau akur pada ketetapan,
Yang inginkan kau pergi jauh dari sini,
Demi sebuah cita-cita.

Hari esok,
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dikau,
Walaupun aku tidak lagi berada disisi,
Untuk berkongsi cerita suka dan duka,
Doaku tetap bersamamu,
Agar kau sihat di tempat baru.

Friday, October 23, 2009

Salam Imtihan Buat Sahabatku..


23 Oktober 2009

Buat sahabat2 ku yang akan menghadapi peperiksaan yang akan menjelma tidak lama lagi, disini saya ingin mengambil kesempatan memohon beribu2 kemaafan andai saya ada tersalah kata atau terkasar bicara. Saya doakan kita akan dipermudahkan segala urusan dan mudah untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

Buat sahaba2t di UIA, ana mendoakan kita semua lulus dan lepas dari lingkungan CELPAD..Bagi yang bukan dari lingkungan CELPAD juga, ana turut mendoakan kalian. Cepat benar rasa nak exam. Masih saya teringat pertemuan pertama memasuki alam universiti bersama teman2. Sekarang, saya akan menduduki peperiksaan yang secara tidak langsung saya akan memasuki semester yang ke-2.

Apa2 pun, doakan kami semua ya..

Positive..Positive And Positive


19 Oktober 2009

Pada tarikh 17-18 Oktober '09 saya dan sahabat2 dari UIA telah dijemput untuk menyertai satu seminar yang dinamakan program SPIES ( Spiritual. Pysical. Intellectual. Emotional. Social) dibawah kerajaan negeri Selangor ( Dun Subang Jaya) yang bertempat di Hotel Blue Wave, Shah Alam. Boleh dikatakan program tersebut lebih kepada motivasi. Sesampai saya disana, kebanyakkan student datang dari pelbagai IPT, pelajar peringkat menengah dan tak terlepas juga cikgu sekolah yang diketogorikan berpangkat ibu2 kita. Tapi, yang paling ramai dari UIA la.hehe. Fasilitotor hanya mensasarkan hanya 80 orang, dan tanpa disangka peserta yang datang pada ketika itu seramai 120 orang.

Slot dikelolakan oleh K.Mas

Apa yang ingin saya katakan, sepanjang saya mengikuti seminar tersebut, reaksi pertama saya..SubhanaAllah..bestnya program ni.

Semua fasi ketika itu semuanya pandai menarik minat peserta untuk terus tidak 'menutup' mata semasa slot. Tak kering gusi kami dibuatnya dengan lawak spontan mereka. Walaupun bergelak ketawa tetapi seiring itu, kami diberikan tips2 motivasi yang pasti berkesan dihati. Hadiah dan cenderamata diberikan kepada setiap peserta yang memberikan pandangan mereka terhadap sesuatu slot.(even hadiah tersebut berupa kopi radix, keropok, coklat dan gula2), tetapi masing2 diberi peluang untuk memberikan pendapat masing2 walau ia salah sekalipun. Saya ingin memberi sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari program tersebut...

Antaranya :

1) Sentiasa berfikiran POSITIF


2) Yakin pada diri sendiri

3) Bersangka baik pada Allah- Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..maka setiap musibah yang berlaku, sentiasalah mengucapkan Alhamdulillah @ This is GOOD

4) Berbuat kebajikan kepada saudara walau ia kebajikan yang sangat kecil

5) Jika anda datang dari broken family, jangan terus menyalahkan ibu bapa. Seharusnya kita perlu buat yang terbaik untuk masa depan

6) Tidak meninggalkan solat dan bersolatlah di awal waktu

7) Sentiasa berkata " ok.Dan.." tapi jangan berkata "ok.Tapi.."-maksudnya jika terdapat perbincangan sesama kita, seharusnya kita mendengar dahulu apa yang diucapkan sahabat kita, sentiasalah menjadi good listener. Setiap buah fikiran yang dilontarkan sahabat, seharusnya kita jadikan sesuatu yang lebih kreatif walaupun kita kurang setuju dengan pendapatnya.

8) Jangan menyakiti orang lain kerana setiap apa yang kita lakukan akan menimbulkan parut dan luka- seperti kita mengetuk paku di dinding, apabila dicabut semula, ia akan menimbulkan bekas..begitulah perumpamaan kepada hati. Cubalah untuk menampal@ memperbaiki semula bekas tersebut, nescaya tidak akan sama seperti yang dulu.. Ingatlah.. Batu apabila dilontar...tidak kembali kata apabila dilontar..tidak dapat ditarik semula.. Masa yang berlalu..tidak akan berulang.. Kini dan selamanya...berusahalah untuk membuat yang terbaik pada diri dan orang lain

Pada hari terakhir disana, setiap dari kami diberi peluang untuk mengucapkan sepatah dua kata dari apa yang kami dapat melalui slot2 yang dibentangkan selama sehari disana. Kami diminta untuk menyatakan apa perubahan yang akan kami lakukan bermulanya pada hari tersebut...Setiap apa yang dikatakan oleh sahabat2 kami, kami akan turut meng'ameenkan' harapan serta doa mereka agar dipermudahkan serta dimakbulkan.


semasa menunggu slot seterusnya..rehat dulu..



Bersama pengurus restoran cina Hotel Blue Wave, En.Amirul



Bersama anak2 kacukan melayu-Inggeris


Buat fasi, K.Mas, K.Yder, K.Ima, K.Wani, Abg Ihsan, Abg Nadi dan Abg Romzi..Terima Kasih diatas segalanya..Program ini sedikit sebanyak telah membuka hati saya cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran positif, lebih menghargai orang disekeliling dan insyaAllah akan cuba ..cuba dan cuba untuk menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat.

So, saya juga mengharapkan sahabat2 semua, dari setiap apa yang kita lakukan...sentiasalah berfikiran positif...positif dan positif..

Wednesday, September 30, 2009

Permulaan Hari Baru..


1 Oktober 2009

Permulaan baru bagi diri saya..Sudah agak lama saya tidak meng'update' blog kerana terdapat masalah2 teknikal yang dihadapi. Dan, sekarang saya diberi peluang untuk menulis dan menyambung kembali tinta yang belum dihabisi.

Tertarik ana untuk mengupas tentang persaudaraan sesama Islam. Apakah kita sudah kenal erti persaudaraan sesama Islam? Di zaman ini, kita bagaikan manusia yang hanya mengenal orang dengan berdasarkan wangnya, pangkat dan kehormatan serta keturunannya. Hilang sudah rasa persaudaraan apabila terdapat sedikit khilaf, benci dan dendam menumpuk di dalam hati bila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Apatah lagi, harta yang banyak telah menenggelamkan mata hati untuk membantu jiran yang susah di kanan kiri.

Persaudaraan sesama teman dan sahabat kian menjurang kerana kita tidak cuba hendak mengenali. Kita tidak ingin merasakan kesukaran yang dihadapi oleh saudara kita, tetapi sambil mengerling (tahu rasa bersalah) terus melangkah kaki pergi dari kesukaran itu. Dan di dalam minda berkata "Mengapa aku perlu bersusah payah memikir kesusahan orang lain dengan diri aku yang sudah sedia susah". ALlahu ALlah.... beginilah keadaan umat Islam.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bersatu teguh bercerai roboh, "Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama diratah".

Entah, siapa lagi yang ingin memerhatikan ibarat di atas?

Saya ingin memberi sedikit kisah Rasulullah tentang persaudaraan sesama Muslim.

Gambaran kerja kaum Muslimin dalam usaha menggali kubu, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Al Barra' r.a dengan katanya : "Di hari pakatan barisan musyrik dalam peperangan Khandaq, aku telah melihat baginda rasuluLLah s.a.w memunggah pasir dari kubu-kubu hingga tertutup kulit perut baginda RasuluLLah s.a.w. Aku lihat perut baginda penuh dengan debu-debu dan diriwayatkan dari Anas r.a bahawa kaum Ansar dan Muhajirin bertaruh dengan masa mereka menggali kubu dengan memikul tanah-tanahnya dengan kata mereka. "Kami dengan Muhammad bersumpah setia kekal dengan Islam sepanjang usia. RasuluLLah s.a.w menjawab pertaruhan mereka dengan katanya :

"Ya ALlah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat. Oleh itu, berkatilah kaum Ansar dan Muhajirin"

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam hadith sahihnya dari Jabir r.a telah berkata di hari menggali kubu: :

"Kamu telah direntangi oleh seketul batu pejal, sahabat-sahabat bertemu RasuluLLah s.a.w lalu menceritakan: "Ada batu pejal ya RasuluLLah yang merintangi penggali kubu". Jawab RasuluLlah s.a.w : Nanti aku pecahkannya", kemudian baginda terus bangun sedangkan perut baginda diikat dengan batu (untuk menahan lapar). "Tiga hari berturut-turut kami tidak menjamah makanan". RasuluLLah s.a.w mengambil pemecah batu (Al Ma'ul sejenis cangkul) lalu dicangkulnya batu hingga menjadi hancur, Kemudian aku berkata :

"Ya RasuluLLah 'alaihi wasssalam, izinkanlah kepadaku untuk pulang ke rumah, lepas itu aku berkata kepada isteriku: "Aku lihat RasuluLLah S.a.w sudah tidak boleh sabar lagi. Apakah engkau ada sesuatu untuk dimasak? Jawabnya: "Aku ada biji-biji bali dan seekor kambing betina". "Aku pun menyembelih kambing dan mengisar biji-biji bali kemudian aku masakkan kambing di dalam periuk. Setelah itu aku datang menemui RasuluLLah s.a.w sedangkan tepung yang diuli sudah merekah manakala periuk di atas tungku lagi tadi hampir-hampir masak.

Aku berkata kepada RasuluLLah s.a.w : Saya ada sedikit makanan, ayuh RasuluLLah s.a.w dengan seorang dua lagi. Kemudian RasuluLlah s.a.w bertanya: "Banyak mana makanan itu?" Aku pun menceritakan kepada RasuluLLah s.a.w. Kata RasuluLLah s.a.w : Itu banyak, lagi baik. Katakan kepada isterimu jangan angkat turun periuk dan juga roti, biarkan di atas dapur hingga aku tiba.

Kemudian RasuluLlah s.a.w berseru kepada sekalian Muhajirin dan sekalian Ansar: "Ayuh bangun dari tempat kamu". Di tengah jalan pula RasuluLLah melaung: "Wahai penggali-penggali kubu, ini dia Jabir telah menghidang makanan! Ayuh kesemua kamu, Bila Jabir masuk ke dalam rumah lalu berkata : Apa kata kamu, RasuluLlah telah datang bersama-sama Muhajirin dan Ansar dan orang lain." Berkata isterinya :"Adakah RasuluLLah s.a.w telah bertanyakan tentang makanan itu?. Jawab Jabir :"Ya!". Jawab isteri Jabir : "ALlah dan RasulNya lebih mengetahui".

Kemudian datanglah RasuluLLah dan baginda berkata: "Ayuh masuk dan jangan teragak-agak." RasuluLLah s.a.w mematah-matahkan roti dan meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti masih bertambah bila diambil sehingga sekalian yang datang kenyang dan banyak bakinya lagi. RasuluLLah s.a.w berkata kepada isteri Jabir: "Engkau makanlah hidangan yang baki kerana manusia ditimpa kelaparan."

Dalam riwayat yang lain pula kata Jabir : Aku bersumpah demi ALlah, mereka telah memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar tetapi periuk kami masih penuh seperti mula lagi dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi."

SubhanaLlah, RasuluLlah tidak tega melihat dirinya sahaja di dalam kekenyangan sedangkan sahabat-sahabatnya yang lain menekan perut di dalam kelaparan. Bahkan RasuluLLah sendiri terlibat dengan penggalian parit. Jika difikirkan tentu sahaja orang yang semulia RasuluLLah tidak perlu membuat kerja, berehat dan memerhatikan sahaja sambil bersenang lenang di pembaringan.

Berbeza sungguh sifat kepimpinan baginda yang sanggup turun membantu orang Islam. Memecah batu, memberi makanan sendiri kepada sahabatnya.

Dan begitulah, sejarah selalu menjadi panduan kepada orang yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran agar dapat bermuhasabah diri.

Jika seorang susah, kami turut merasakan kesusahannya

Menurut riwayat lain (diceritakan oleh Dr Yusof al Qardhawy dalam kitabnya Iman dan Kehidupan), pernah terjadi dalam suatu peperangan, antara Muslimin dan musuhnya terbentang sebuah sungai. Mereka diperintahkan oleh panglimanya, supaya menyeberangi sungai. Semua patuh kepada perintah dan terjun ke dalam sungai. Sedang musuh melihat mereka dari jauh dengan penuh kegentaran.

Sampai di pertengahan sungai, melihat mereka semua hilang dalam air, seolah-olah tenggelam dan serentak terapung kembali di permukaan air. Musuh mengetahui apa sebabnya kejadian serupa itu. Diketahuinya bahawa salah seorang di antara mereka (tentera Muslimin) jatuh piringnya ke dalam air, lantas berteriak mengatakan : "piringku...piringku...!" Lalu mereka menyelam semuanya mencari piring yang jatuh itu sampai dapat.

Musuh yang memerhatikan hal itu merasa :"Kalau mereka berbuat serupa ini mengenai satu piring yang jatuh kepunyaan salah seorang di antara mereka, apa gerangannya yang akan mereka perlakukan, kalau kita membunuh salah seorang dari mereka!". Akibatnya musuh menyerah kalah kepada tentera kaum Muslimin.

ALlahu..ALlah.. inilah dia persaudaraan Islam yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu.. Bagaimanakah persaudaraan Islam yang kita tunjukkan sekarang ini? ..

Tuesday, September 29, 2009

11 September...Hari Ini


12 September 2009

SIRI KEDUA

" Mak Ngah, Zul dah takde. Selama ni Zul jaga Jue baik sangat Mak Ngah. Tak sangka dia pergi dulu. Dia baru je bercadang, sebelum balik kampung, singgah dulu rumah Mak Ngah," K.Jue memeluk erat mak saya. Kedua-duanya menangis. Saya ketika itu tidak mengikuti rombongan menziarah keluarga abang Zul kerana menjaga anak-anak saudara, hanya mendengar mak saya bercerita kembali. Entah beberapa kali airmata saya mengalir.

Pada malam hari raya pertama, K.Jue mengunjungi rumah nenek saya di Felda Kemelah, Segamat. Kunjungan K.Jue serta anak-anaknya mengundang sayu dihati apatah lagi dia terus saja menagis ketika menyalami tangan nenek saya ( Atok Mak

Ayah saya terus memberi perangsang dan nasihat kepada K.Jue agar terus tabah dan paling menggembirakan saya, wasiat arwah adalah ingin melihat anaknya yang sulung ke sekolah tahfiz seperti saya dan adik.

Apa yang saya lihat, walaupun anak sulung K.Jue, yang kami gelar Muhammad baru berusia 11 tahun, dia kelihatan matang ketika berbicara. Tidak mudah menangis dan tenang ketika ditanya mengenai bapanya." Ya A;llah, mudah-mudahan dia dapat menjadi anak yang baik kepada ibu serta abang yang penyayang kepada adik-adiknya"

Apa yang saya lihat walaupun anak sulung K.Ju, Muhammad Adua Ehsad baru berusia 11 tahun, dia kelihatan matang ketika berbicara. Tidak mudah menangis dan tenang ketika ditanya mengenai bapanya.” Ya Allah, mudah-mudahan dia dapat menjadi anak yang baik kepada ibu serta abang yang penyayang kepada adik-adiknya

InsyaAllah saya dan keluarga akan mengadakan kenduri tahlil di Alor Setar, Kedah pada hari sabtu (3 Oktober ’09) di atas permintaan K.Ju sendiri.Doakan kami selamat sampai disana

Monday, September 14, 2009

11 September Dulu dan Hari Ini


15 September 2009

SIRI PERTAMA

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ni semenjak pulang dari bercuti. Saya tiba2 tertarik untuk menulis kerana tarikh 11 september ini telah memberi memori duka yang akan kami kenang sampai bila-bila.

Al-kisahnya…

11 September 2001

Dahulu, dunia digemparkan dengan keruntuhan bangunan WTC (World Trade Centre) di Amerika syarikat. Keruntuhan tersebut disebabkan oleh pesawat yang ‘membalun’ bangunan tersebut. Dan…

11 September 2009 (Jumaat)

11.54 pagi

Sebuah pesawat jenis Pilatus P-C 7 MKII generasi kedua keluaran syarikat Switzerland berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas untuk membuat membuat sesi latihan lencong.

12.20 Tengahari

Pesawat tersebut terhempas kira2 90 meter dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum terbakar. 2 juruterbang maut yang dikenali sebagai Mejar Mohd. Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd. Roszaini Mohd. Mustafa, 37.

2.00 Petang..di rumah saya

Tritt..tritt..

Panggilan telefon berdering diminta untuk diangkat. Saya mengangkat malas kerana ketika itu saya sibuk memasukkan kuah kari di dalam plastik untuk dijual di bazar nanti.

“ Assalammualaikum,” Saya memulakan salam.

“ Waalaikumussalam. Lina, ni mak long ni, Boleh tak tolong panggil mak lina sekejap, mak long nak cakap,”

“ Oh Mak Long, ok. Jap eh,” saya memanggil mak yang ketika itu berada didapur sedang mamasak. “ Mak Long?xpenah2 mak long telefon waktu tengahari ni, selalunya waktu malam.Mesti ade ape2 yang xbaik ni”, Wajah mak kelihatan gelisah. Sambil saya menghulurkan ganggang kepada mak, mak sedaya upaya untuk kelihatan tenang.

“ Ye Long, ade ape ni? Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni, nak dekat raya dah ni?bila?Astaghfirullah,” saya lihat mak sudah mengalirkan air mata sambil meletakkan ganggang. Mak saya terus terduduk ditangga. Saya ketika itu sudah memikirkan perkara yang tidak baik. “ kenapa mak?,”saya bertanya. “ Abang zul dah meninggal, pesawat dia terhempas kat Langkawi,”.

“ Innalillahiwainnailaihiraji’un…saya meraup muka kerana terkejut. Bukan sekadar terkejut tapi airmata aku menitik tanpa sedar. Mana tidaknya saya mula terbayang raut wajah arwah abang Zul yang juga boleh dikatakan rapat dengan keluarga kami. Dia adalah suami kepada kakak sepupu saya sebelah mak.

" Ya Allah, besar dugaan Kau berikan kepada keluarga kami,kami redha Ya Allah,” Saya mula terbayang raut wajah kakak sepupu saya, K.Suzi atau panggilan yang diberikan keluarga K.Ju@K.Long serta anak-anak saudara saya yang masih kecil, yang belum mengenal lagi erti kehidupan.

8 Malam ( Jumaat)

Berita Utama di TV3 memaparkan berita mengenai pesawat yang dinaiki Abang Zul serta rakan sejawatnya terhempas di lapangan terbang Antarabangsa Langkawi ketika mana mereka ingin membuat latihan lencong.

Luluh dan sebak hati kami ketika itu.Hati mana yang tidak sedih, kematian abg Zul adalah kematian tragis dimana seminggu lagi kami akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tiada makna hari raya sekiranya hati ini dirundung sebak yang menggunung. Hanya mampu pasrah dan redha.

Teringat aku pada tahun sebelum2 ini, kita dikejutkan juga dengan kejadian yang serupa oleh juruterbang2 dari TUDM yang terbunuh. Dikala itu, kita hanya mampu berdoa semoga keluarga mereka terus tabah dalam mengharungi kehidupan. Dan hari ini…kami sendiri yang mengalaminya, ternyata ia amat sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bersambung…

Thursday, September 3, 2009

Disiplinkan Hati


4 September 2009

Disiplin dalam atau batin atau spritual ini terbahagi kepada 3 bahagian juga iaitu:
Disiplin Hati, Disiplin Akal dan Disiplin Nafsu.

1.DISIPLIN HATI

Hati adalah tempat untuk rasa bertuhan, rasa kasih sayang, rasa pemurah, rasa takut, rasa gerun, rasa cemas dan ribuan lagi rasa.terlalu banyak rasa. Hati sangat sensitif, sangat seni dan di situ jugalah kita sebut “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Hatilah yang mencorakkan kehidupan manusia.

Rasulullah SAW ada menyebut, “Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati”. Kalau seorang itu, lahirnya jahat maka jahatlah hatinya. Mengapa seorang itu jadi jahat, mestilah ada sebabnya.

Bagaimana nak mendisiplinkan hati?

1.
Cara yang pertama ialah kita kenalah menajamkan Rasa Bertuhan. Apabila manusia ada rasa bertuhan, ia tidak mudah putus asa atau kecewa walaupun orang kafir, cuma lebih elok kalau dia beriman. Untuk ada rasa bertuhan kita mesti kenal Tuhan. Kalau kita tak kenal Tuhan tetapi lebih kenal kuman, batu, kayu katak dll, ini dah kira parah. Macam mana nak kenal dan percaya Tuhan? Kena belajarlah. Kita kena percaya Rukun Iman yang 6 tanpa dicelah oleh jahil, syak, zan dan waham. Orang yang digelar beriman ialah orang yang percaya dan yakin 100%.

Jahil maksudnya golongan tak tahu atau tak berilmu tentang hal-hal iman.

Syak pula golongan yang percaya dan yakin 50%, tak yakin 50%. Akhirat ini ada ke tidak? Kalau tak ada macam mana? Kita bahas ikut logik akal, bukankah elok kita buat baik di tengah manusia dan tak rugi juga sekiranya Akhirat itu tak ada. Kita mesti yakin Akhirat itu ada, dan kita juga selalu berdoa minta kebaikan untuk dunia dan akhirat. Kalau betul-betul Akhirat itu ada kita tak rugi sebab kita dah berbuat. Kita tak buat baik sebab kita rasa Akhirat itu tak ada, kemudian Akhirat itu betul-betul ada, kan kita dah rugi dan tak boleh balik ke dunia untuk buat baik lagi!

Zan pula golongan yang percaya 75%, tak yakin 25%.. dia percaya semua rukun Iman cuma dia tak yakin tentang qadak dan qadar, dia tak yakin tentang rezeki, takut masa depan yang susah, takut sakit hingga kena beli insuran dan sebagainya.

Waham pula golongan percaya 25%, tak yakin 75%. upacara nikah kahwin, kematian, naik haji, sembahyang sunat hari raya itu semua dia percaya. Tetapi dia berpendapat orang sembahyang ke tak sembahyang semua sama sahaja, tak sembahyang pun tak apa, entah Tuhan ada ke tidak!

Rukun Iman ada 6:

  1. Percaya kepada Allah. kita kena belajar ilmu ketuhanan, ilmu rasa namanya.
  2. Percaya adanya Malaikat, tentera-tentera Allah yang kita tak nampak tetapi ada. Musnah iman kita kalau kita tak percaya.
  3. Percaya kpd Kitab-kitab Allah
  4. Percaya kpd Nabi dan Rasul-Rasul dan menjadikan mereka idola dan suri tauladan kita. Kalau kita nak berjuang menegakkan kalimah Allah kenalah kita ikut mereka.
  5. Percaya kpd hari Kiamat. Kalau tak adalah hari Kiamat seperti yang disebutkan Tuhan sudah tentu beruntunglah orang-orang yang buat jahat di dunia ini.
  6. Percaya kpd Qadak dan qadar Allah.

2. Cara yg kedua untuk mendisiplinkan hati ialah menebalkan rasa kehambaan kita.

Selagi kita tak kenal kita ini hamba Allah selagi itulah kita tak mempunyai disiplin hati. Kalau kita tak rasa yang kita ini hamba sudah tentulah kita ini rasa kita ini Tuhan. ini merbahaya. Untuk merasakan kita ini hamba kenalah selalu merintih kepada Allah, mengaku yang kita selalu buat silap. Walaupun kita tak buat silap, tetapi sebagai seorang hamba kita kena faham yang Allah suka mendengar hambanya merintih.

Sebagai manusia sememangnya kita tak lepas dengan sifat lalai dari mengingati Allah dan tak terlepas dari dosa maka cepat-cepatlah kita bertaubat dan minta ampun dari Allah. Sekiranya kita tak ada sifat hamba segala yang kita buat di dunia ini kita rasa yang kita yang punya, kita rasa kita yang memiliki. Seorang manusia yang sedar dirinya hamba, dia berasa tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah. kalau Allah tak jadikan dia manalah dia boleh hidup, oksigen yang Allah beri secara percuma untuk bernafas pun kalau Allah tarik matilah kita.

3. Cara yang ketiga untuk mendisiplinkan hati ialah dengan menyucikan atau menghilangkan rasa cinta dunia. Dunia itu banyaklah. ada yang dapat, ada yang tak dapat dan ada yang terlepas. Cinta Allah itu adalah ibu segala kebaikan. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan.

4.Cara yang keempat pula ialah dengan memindahkan rasa bertuhan, rasa kehambaan ke dalam hati kita. Macam mana caranya? Katalah semasa kita sembahyang segala perbuatan yang kita lakukan adalah yang fizikal yang kena kita jaga disiplinnya juga, tetapi yang penting adalah apa yang kita rasa di dalam hati kita.

Macam mana kita nak hubungkan hati kita dengan Tuhan sewaktu itu sebab Tuhan itu bukan berketul dan tak boleh juga kita bayangkan Tuhan itu hijau atau kuning. itu semua tak boleh. Maknanya hati sewaktu sembahyang kena berdisiplin iaitu sentiasa ingat Tuhan. Ingat Tuhan itu bermacam-macam bentuk pula. ada rasa takut, sayu, sedih, rindu, malu dan bermacam-macam rasa lagi. Rasa-rasa ini sentiasa berpindah-pindah dan berubah. Macam warna langit yang sentiasa bertukar warna. kejap biru, kejap hijau, kejap kuning. Jadi sentiasalah hati itu tidak terlalai dari mengingati Allah, itulah dikatakan disiplin. Ini memang susah nak dibuat.

Katalah kita nak masukkan rasa malu di hati kita, cuba kita bayangkan segala nikmat Tuhan dalam diri, nikmat Tuhan diluar diri kita. Dia bagi kita semua anggota yang bermacam-macam, kita tak payah bayar pun. Allah beri kita rumah, isteri dan anak-anak, kereta dan bermacam-macam lagi. cuba kita tanya ini semua siapa yang punya, siapa yang bagi? Malu tak kalau hari-hari ada orang yang beri kita $10 setiap hari tanpa kita buat apa-apa. sekali dua boleh lagi tetapi kalau lebih 10 kali tentu kita naik malu. Nikmat oksigen juga dah cukup untuk membuat kita rasa malu dengan Allah. Jadi dalam nak mendisiplinkan hati kenalah dalam bentuk rasa dan pada peringkat permulaan kenalah kita menghitung-hitung.

Macam mana pula kita nak masukkan rasa takut di dalam hati kita?. Allah boleh matikan dan hidupkan kita, Dia juga boleh sakitkan kita, Allah boleh miskinkan kita, macam-macam Allah boleh buat.

Rasa cemas macam mana pula? Sembahyang yang kita buat, segala ibadah yang kita buat banyak-banyak itu adakah betul semua itu Allah terima? Adakah Allah terima taubat kita? Dosa kita dengan Allah adakah sudah diampun? Sebagai hamba Allah yang beriman kita yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun, maka kita kena yakin Allah akan ampunkan dosa-dosa kita tetapi kita juga yakin dengan sifat Qahhar dan Jabbar Tuhan yang membuat kita rasa cemas dengan hukuman Tuhan.

Inilah ada-adab atau disiplin atau seni-seni hati yang kita perlu perolehi.

Saturday, August 8, 2009

Berakhirlah sebuah memori di sini...


9 Ogos 2009

Teringat aku kali pertama menjejaki ke Darul Quran pada 14 Mei 2006, dengan rasa teruja ingin menyambung pelajaran ke peringkat diploma tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, dengan rasa teruja juga aku bernekad ingin mengulang Al-Quran yang sememangnya telah dihafaz dari form 1-5. Alhamdulillah.

Berjumpa dengan sahabat2 yang juga baru menjejakkan kaki di DQ, membuatkan aku terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana, kerenah dan sebagainya. Di tahun pertama di DQ, fikiran nakal aku sering berkata " bilalah nak abes blaja kat sini, bila nak jadi senior plak" (kadang2 bila diingatkan agak kelakar juga) hehe.

Dalam sedar tak sedar, semalam (8 ogos 2009), aku sudah menjadi graduan Diploma. Rasa tidak percaya pula. Sukur ke hadrat Allah kerana memberi aku kesempatan memberi kegembiraan kepada mak dan abah, dan secara tidak langsung membalas jasa mereka selama ni. Serasa baru semalam aku menjaga gerai di tapak konvo meraikan senior2 yang berkonvo. Ya Allah, cepatnya masa belalu.

Siapa sangka, sahabat2 seperjuangan ada yang sudah terbang membelah awan, ada yang di Syria dan Madinah. Dan, tidak lama lagi bakal ke Indonesia, Jordan dan Mesir. Tidak lupa juga menyambung pengajian di dalam negara, UKM, UIA, UDM, UPSI, UM dan DQ. Sekalung tahniah kepada kalian. Semoga apa yang kita belajar dahulu, dapat dimanfaatkan. InsyaAllah.

Buat sahabat2 ku, " Mengenali kalian adalah suatu kenangan indah yang amat bermakna dalam hidupku. Jika ditakdirkan aku pergi dulu, maafkan segala kesilapanku yang mungkin ada mengguris hati dan perasaan kalian,"

Terima Kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan mereka kepada aku.

Tuesday, August 4, 2009

Ramadhan oh Ramadhan..


5 Ogos 2009

Pejam celik pejam celik, tidak lama lagi kita akan berada di bulan Ramadhan..Dan, seiring dengan itu umur semakin bertambah. Persoalan dihati juga, cukupkah amalan aku selama ini. Setiap tahun azam dan matlamat kita tetap sama, ingin menjadi manusia dan muslim yang terbaik.

Tapi, jika sekadar azam dan matlamat tanpa usaha, jadilah kita manusia yang hanya sekadar bermimpi di siang hari bahkan berangan2 seperti Mat Jenin. Adakah mati itu lebih baik daripada berterusan melakukan dosa. Wallahu'alam.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat dirahmati Allah SWT,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang akan datang ini, kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Dan Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wallahua'alam...

Tuesday, July 28, 2009

Di Mana aku Saat ini??


28 Jun 2009

Salam perjuangan buat sahabat2 yang dirahmati Allah selalu..

Resam hidup tidak akan bermakna jika di uji..Dalam firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2 telah menyatakan mafhumnya " Adakah kamu hanya mengatakan beriman, sedangkan kamu belum lagi diuji"

Ya, aku diperantauan (gombak..em, jauh jugak la kan dari kelantan..hehe) masih lagi diuji dengan kebijaksanaan serta hikmah. Ingin aku kongsikan pengalaman semasa aku berada di Taman Budi dan Ilmu ini.

Seperti sahabatku Hana' pernah berkata bahawa dia juga diuji dengan persoalan guru bahasa melayu yang mengatakan ada kelahiran manusia lain selain Adam??Dan, secara tidak langsung guru bahasa melayu itu juga menjadi guruku( kelas aku berlainan dengan Hana')

Dan, secara kebetulan juga, didalam kelas bahasa melayu tu hanya aku seorang yang mengambil program agama, dan yang pelajar lain mengambil jurusan akademik yang kebanyakkannya pelajar lepasan mayrik UIA (dengan kata nama lain Ex-CFS).

Ya, memang tanpaku sangka, ketika sedang belajar guru BM aku, Cikgu Razman bertanya " Ustazah, betul ke ada kelahiran manusia lain sebelum Adam".hmm, sudah ku duga pasti soalan ini akan kembali berbangkit. Dengan sekadar yang aku tahu serta maklumat yang aku dapat, aku menerangkan kepada beliau.

Keadaan kelas sunyi mendengar pendengaranku. Aku gugup seketika kerana masing2 mendengar pandangan yang diutarakan. Aku bukanlah seorang yang faqih, akan tetapi percayalah sahabat2 pasti mereka2 yang tahu akan terus bertanya dan bertanya. Segala pendapat, cadangan serta lontaran suara yang dikeluarkan oleh kita.

Sahabat2..

Terasa kerdil juga diri ni, apabila apa yang kita belajar dahulu, kurang dipraktikkan kehidupan seharian. Adik2 sering merujuk untuk mendapat lebih perhatian, dan aku??kadang2 sukar menjawab persoalan mereka..Nampak soalan tu simple, tapi kita kurang mengambil berat..

Lantas aku berfikir..Dan, ya aku mesti mencari jalan penyelesaian. Allah telah memberi aku ilham bahawa manusia ini masih lagi diberi peluang. Tanpa kalian yang bertanya, mungkin aku masih lagi gagal mencari jalan penyelesaian.. Terima kasih sahabat2.Dan, Terima Kasih Ya Allah...

Wednesday, July 22, 2009

Kisah Berkat disebalik membaca Bismillah..


22 Julai 2009

Buat sahabat dan sahabiah..aku masih diberi peluang hidup lagi oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini..Secara tidak langsung memberi peluang menulis di dalam blog yang sudah lama tidak diupdate.

Syukur Alhamdulillah..Dan alkisah yang ingin diceritakan..

Terdapat seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

p/s : Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa apabila kita membaca kalimah "bismillah" ketika makan@minum, ia akan memudahkan proses pencernaan dalam perut...insyaAllah..

Saturday, July 4, 2009

Suatu Kebetulan...


5 Julai 2009

Pengalaman pertama memasuki dewan besar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuatkan kaki aku terkaku. Mana tidaknya keadaan dan suasana berbeza di Darul Quran dahulu. Pelbagai bangsa dan budaya yang dapat dilihat.

Arab

Nigeria

Thailand

Indonesia

Sana sini speaking arabic and english. Terasa diri ini kerdil dan tidak layak menuntut di Universiti yang banyak mengeluarkan penuntut2 yang berwibawa dimana berbeza dengan diri aku. Aku tiba di dewan besar UIA pada jam 1230 tengahari dimana aku menjadi orang kedua terakhir yang mendaftar. Kelakar juga dirasakan, sedangkan jarak dari rumah ke UIA tu tidaklah lama hanya mengambil masa setengah jam je.

Ketika proses menunggu nama untuk dipanggil, tiba2 datang seorang pelajar baru juga menegur aku."Awak ambil kos ape?aku hanya tersenyum lantas menjawab " usuluddin and comparative religion".."Baru sorang saya dengar yang ambil kos ni, yang lain2 semua kos yang biasa dengar"

Aku tidak hairan kerana sepanjang aku duduk di dewan tu, aku tidak nampak siapa yang kos sama dengan aku. Risau juga kerana setidak2nya adalah juga kawan untuk ke kuliah. Hanya seorang sahaja iaitu K.eLy pelajar diploma lepasan UDM.

" Awak nama siapa?"tiba2 pelajar tadi bertanyakan semula nama aku." panggil je lina,awak?"Suqma"..oh, unik betul nama dia. Aku hanya menggumam dalam hati. Tak sangka ada juga nama macam tu pada zaman sekarang. hehe

Selesai mendaftar, aku terus keluar menemui keluarga yang menunggu diluar. Selepas itu, proses mendaftar mahallah(hostel) pula. Tiba2 deringan telefon di tangan bergetar, nombor pemanggil yang tiada dalam simpanan mendesak aku untuk terus angkat.

"Assalammualaikum, lina. Ni pak cik Lan ni. kenal x?""pak cik Lan?yang mane eh?aku terus memerah otak untuk berfikir. "Pak cik ni sepupu ayah lina. pak cik nak bagitau ni, nak tak duduk satu bilik ngan anak pak cik?kalau nak pak cik tunggu kat hostel untul daftar nama lina sekali dengan anak pak cik ni."

" La yeke, anak cik Lan sape name?" aku mula berbasi2. "Suqma"...Dan ketika itu aku mula teringat ketika dalam dewan semasa aku mendaftar tadi." La..Suqma tu ana cik Lan ke, dah kenal dah kat dalam tadi, tapi xsangka die 2 pupu saya,"aku tersengih. Dunia ni kecik je upe2nya. " kalau macam tu oklah, kejap lagi saya datang"

Bagi memastikan yang aku tidak salah orang, aku serta keluarga terus pergi ke mahallah untuk mendaftar serta mendapatkan bilik. Sampai sahaja, memang tidak salah jangkaan ku bahawa Suqma yang aku kenali di dalam dewan adalah orang yang sama.

Pada mulanya gaya dan percakapan Suqma, bagi yang siapa yang baru mengenalinya pasti akan mengganggap bahawa dia seorang yang sombong dan poyo (hehe), tapi lama kelamaan, bila dah mengenali beberapa lama, dia rupanya seorang yang peramah dan rajin bercerita, tak kesahlah dengan sesiapa pun.

" Ya Allah, kenapa ye selama ni kita tak pernah jumpa, padahal ayah kita berdua selalu je jumpa" aku mula betanyakan pada Suqma. " Itulah, mungkin time famili Suqma datang umah lina, Suqma tak datang dan mungkin lina takde kat rumah time 2"hmm, mungkin juga.

Kadang2 terasa diri ni kerdil dan alpa sampaikan saudara sendiri pun aku xkenal. Betullah bak kata bidalan " tak kenal, maka tak cinta "...So, kepada sahabat2 jangan lupa untuk bertanyakan kepada ibu bapa kita siapa saudara mara kita..jangan sampai, saudara kita belajar atau bekerja di tempat yang sama pun, kita masih tidak tahu. Wallahu'alam
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008