Tuesday, July 28, 2009

Di Mana aku Saat ini??


28 Jun 2009

Salam perjuangan buat sahabat2 yang dirahmati Allah selalu..

Resam hidup tidak akan bermakna jika di uji..Dalam firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2 telah menyatakan mafhumnya " Adakah kamu hanya mengatakan beriman, sedangkan kamu belum lagi diuji"

Ya, aku diperantauan (gombak..em, jauh jugak la kan dari kelantan..hehe) masih lagi diuji dengan kebijaksanaan serta hikmah. Ingin aku kongsikan pengalaman semasa aku berada di Taman Budi dan Ilmu ini.

Seperti sahabatku Hana' pernah berkata bahawa dia juga diuji dengan persoalan guru bahasa melayu yang mengatakan ada kelahiran manusia lain selain Adam??Dan, secara tidak langsung guru bahasa melayu itu juga menjadi guruku( kelas aku berlainan dengan Hana')

Dan, secara kebetulan juga, didalam kelas bahasa melayu tu hanya aku seorang yang mengambil program agama, dan yang pelajar lain mengambil jurusan akademik yang kebanyakkannya pelajar lepasan mayrik UIA (dengan kata nama lain Ex-CFS).

Ya, memang tanpaku sangka, ketika sedang belajar guru BM aku, Cikgu Razman bertanya " Ustazah, betul ke ada kelahiran manusia lain sebelum Adam".hmm, sudah ku duga pasti soalan ini akan kembali berbangkit. Dengan sekadar yang aku tahu serta maklumat yang aku dapat, aku menerangkan kepada beliau.

Keadaan kelas sunyi mendengar pendengaranku. Aku gugup seketika kerana masing2 mendengar pandangan yang diutarakan. Aku bukanlah seorang yang faqih, akan tetapi percayalah sahabat2 pasti mereka2 yang tahu akan terus bertanya dan bertanya. Segala pendapat, cadangan serta lontaran suara yang dikeluarkan oleh kita.

Sahabat2..

Terasa kerdil juga diri ni, apabila apa yang kita belajar dahulu, kurang dipraktikkan kehidupan seharian. Adik2 sering merujuk untuk mendapat lebih perhatian, dan aku??kadang2 sukar menjawab persoalan mereka..Nampak soalan tu simple, tapi kita kurang mengambil berat..

Lantas aku berfikir..Dan, ya aku mesti mencari jalan penyelesaian. Allah telah memberi aku ilham bahawa manusia ini masih lagi diberi peluang. Tanpa kalian yang bertanya, mungkin aku masih lagi gagal mencari jalan penyelesaian.. Terima kasih sahabat2.Dan, Terima Kasih Ya Allah...

Wednesday, July 22, 2009

Kisah Berkat disebalik membaca Bismillah..


22 Julai 2009

Buat sahabat dan sahabiah..aku masih diberi peluang hidup lagi oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini..Secara tidak langsung memberi peluang menulis di dalam blog yang sudah lama tidak diupdate.

Syukur Alhamdulillah..Dan alkisah yang ingin diceritakan..

Terdapat seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

p/s : Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa apabila kita membaca kalimah "bismillah" ketika makan@minum, ia akan memudahkan proses pencernaan dalam perut...insyaAllah..

Saturday, July 4, 2009

Suatu Kebetulan...


5 Julai 2009

Pengalaman pertama memasuki dewan besar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuatkan kaki aku terkaku. Mana tidaknya keadaan dan suasana berbeza di Darul Quran dahulu. Pelbagai bangsa dan budaya yang dapat dilihat.

Arab

Nigeria

Thailand

Indonesia

Sana sini speaking arabic and english. Terasa diri ini kerdil dan tidak layak menuntut di Universiti yang banyak mengeluarkan penuntut2 yang berwibawa dimana berbeza dengan diri aku. Aku tiba di dewan besar UIA pada jam 1230 tengahari dimana aku menjadi orang kedua terakhir yang mendaftar. Kelakar juga dirasakan, sedangkan jarak dari rumah ke UIA tu tidaklah lama hanya mengambil masa setengah jam je.

Ketika proses menunggu nama untuk dipanggil, tiba2 datang seorang pelajar baru juga menegur aku."Awak ambil kos ape?aku hanya tersenyum lantas menjawab " usuluddin and comparative religion".."Baru sorang saya dengar yang ambil kos ni, yang lain2 semua kos yang biasa dengar"

Aku tidak hairan kerana sepanjang aku duduk di dewan tu, aku tidak nampak siapa yang kos sama dengan aku. Risau juga kerana setidak2nya adalah juga kawan untuk ke kuliah. Hanya seorang sahaja iaitu K.eLy pelajar diploma lepasan UDM.

" Awak nama siapa?"tiba2 pelajar tadi bertanyakan semula nama aku." panggil je lina,awak?"Suqma"..oh, unik betul nama dia. Aku hanya menggumam dalam hati. Tak sangka ada juga nama macam tu pada zaman sekarang. hehe

Selesai mendaftar, aku terus keluar menemui keluarga yang menunggu diluar. Selepas itu, proses mendaftar mahallah(hostel) pula. Tiba2 deringan telefon di tangan bergetar, nombor pemanggil yang tiada dalam simpanan mendesak aku untuk terus angkat.

"Assalammualaikum, lina. Ni pak cik Lan ni. kenal x?""pak cik Lan?yang mane eh?aku terus memerah otak untuk berfikir. "Pak cik ni sepupu ayah lina. pak cik nak bagitau ni, nak tak duduk satu bilik ngan anak pak cik?kalau nak pak cik tunggu kat hostel untul daftar nama lina sekali dengan anak pak cik ni."

" La yeke, anak cik Lan sape name?" aku mula berbasi2. "Suqma"...Dan ketika itu aku mula teringat ketika dalam dewan semasa aku mendaftar tadi." La..Suqma tu ana cik Lan ke, dah kenal dah kat dalam tadi, tapi xsangka die 2 pupu saya,"aku tersengih. Dunia ni kecik je upe2nya. " kalau macam tu oklah, kejap lagi saya datang"

Bagi memastikan yang aku tidak salah orang, aku serta keluarga terus pergi ke mahallah untuk mendaftar serta mendapatkan bilik. Sampai sahaja, memang tidak salah jangkaan ku bahawa Suqma yang aku kenali di dalam dewan adalah orang yang sama.

Pada mulanya gaya dan percakapan Suqma, bagi yang siapa yang baru mengenalinya pasti akan mengganggap bahawa dia seorang yang sombong dan poyo (hehe), tapi lama kelamaan, bila dah mengenali beberapa lama, dia rupanya seorang yang peramah dan rajin bercerita, tak kesahlah dengan sesiapa pun.

" Ya Allah, kenapa ye selama ni kita tak pernah jumpa, padahal ayah kita berdua selalu je jumpa" aku mula betanyakan pada Suqma. " Itulah, mungkin time famili Suqma datang umah lina, Suqma tak datang dan mungkin lina takde kat rumah time 2"hmm, mungkin juga.

Kadang2 terasa diri ni kerdil dan alpa sampaikan saudara sendiri pun aku xkenal. Betullah bak kata bidalan " tak kenal, maka tak cinta "...So, kepada sahabat2 jangan lupa untuk bertanyakan kepada ibu bapa kita siapa saudara mara kita..jangan sampai, saudara kita belajar atau bekerja di tempat yang sama pun, kita masih tidak tahu. Wallahu'alam
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008