BismiALLAH

Thursday, May 28, 2009

BERITA TERBARU!!!


28 Mei 2009

Assalammualaikum kepada sahabat2 semua...

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pihak Darul Quran telah membuka peluang bagi semua pelajar lepasan Diploma Darul Quran dan MTQN yang berminat untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana muda (ijazah DQ). Kursus yang telah ditawarkan adalah QURAN SUNNAH sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran di DQ, Sila bagi nama anda kepada pihak SMUTEM untuk memudahkan urusan. Maklumat lanjut berkenaan Ijazah DQ bolehlah menghubungi di talian :

Pejabat DQ : 03-60635333 sambungkan kepada ustazah suraidah@ustazah hayati.

Taklimat berkenaan ijazah ini akan diadakan di Darul Quran pada :

TARIKH : 4 JUN 2009
MASA : 11 PAGI
TEMPAT : DARUL QURAN, JAKIM
SASARAN : TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN
DQ DAN MTQN


Oleh yang demikian, bagi yang tertarik dan bersungguh ingin mengikuti ijazah di DQ, anda boleh memberi nama anda pada pihak SMUTEM di talian ini :


MUSLIMIN : 013-2002173 ( saudara Muhammad Ridzuan Adzemi)
MUSLIMAT :013-2911676 ( saudari Norlina Safian)

Sekian, Harap Maklum.


Tuesday, May 19, 2009

Sedang Aku...III


19 Mei 2009

Tiada apa yang ku lihat...yang ku lihat hanyalah bilik yang iada diterangi lampu.

Suara itu kedengaran lagi..makin lama makin dekat di telinga

"lina..lina..bangun cepat" suara garau itu bersuara lagi.

Ku tersentak kerana suara itu bukan dari sahabat2 smutem.Ku toleh kana, kiri dan mendapati tiada sesiapa di sekeliling. Dengan keadaan biik yang gelap, menggagalkan aku untuk melihat. dengan lebih jelas dan lebih mengejutkan suasana ketika ini bukan seperti di dalam bilik smutem.

Suara itu semakin lama..semakin dekat dan dekat.

Badanku semakin lama semakin berat untuk bangun, seolah2 di tarik nyawa saat ini. Sesak nafas dirasakan. Ku cuba menggagahkan diri untuk bangun, namun tiada kudrat untuk melawan rasa berat menghimpit dadaKu cuba menjerit meminta tolong, tetapi suaraku seolah2 tiada siapa yang mendengar dan hanya tersekat di kerongkong.

Dikala itu aku hanya mengucap dua kalimah syahadah kerana ku fikir mungkin inilah masanya hari terakhirku di bumi tuhan ini..

Wednesday, May 13, 2009

Coretan Buatmu...


14 Mei 2009

Sedih...

Terharu...

Itulah yang dapat aku ungkapkan. Sedih kerana aku tidak dapat bersama2 teman seperjuangan banat smutem minggu ini kerana terdapat masyaqqah di rumah.Terharu serta kagum dengan pengorbanan mereka.Terima kasih k.pida and azma.Maaf sebab xdapat bersama2 kalian minggu ni.

Terbaca post terbaru azma, membuatkan diri aku serba salah. Sebagai salah seorang yang menguruskan smutem, sedikit sebanyak kesusahan dan masalah teknikal yang berlaku aku yang harus bersama2 mereka, walaupun besar atau tidak masalah tersebut..

Kepada sahabat2 smutem (K.Afrida, Azma dan Hana'), terima kasih atas segalanya.Hanya Allah yang dapat membalasnya..'Alakullihal syukran

Tuesday, May 12, 2009

Permata untuk isteri Fitnah untuk suami...


12 Mei 2009

Pada suatu ketika, Khalifah Uthman bin Affan telah mengutus seorang utusan ke negara jiran untuk menjalinkan hubungan dua hala.Mengambil kesempatan daripada pemergian utusan itu, isteri khalifah Uthman bin Affan iaitu Ummu Kalthum meminta utusan tersebut membawakan sekali bingkisan hadiah darinya berupa minyak wangi sebagai cenderamata untuk isteri raja berkenaan.

Tidak lama kemudian, utusan itu pun kembali ke Madinah. Selain membawa pesanan dari raja negara jiran tadi, utusan tersebut turut membawa bingkisan hadiah balasan daripada isteri raja negara jiran itu untuk Ummu Kalthum. Apabila dibuka, didapati bingkisan itu berisi intan dan permata.

Khalifah Utman terkejut melihat hadiah tersebut. Lantas Khalifah Uthman menahan hadiah itu dan memasukkan ke dalam baitulmal untuk menjadi milik negara. " Kalau engkau bukan isteri khalifah, tidak mungkin engkau akan menerima hadiah ini,"kata khalifah Uthman kepada isterinya. Ummu Kalthum tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya" Yang kuterima ini adalah balasan daripada isteri raja"."Aku menghadiahkan minyak wangi, dan dia membalasnya dengan bingkisan ini"

Khalifah Uthman tetap tidak bersetuju. Beliau tetap bertegas dengan keputusannya dengan memasukkan hadiah tersebut ke dalam baitulmal. Kata Khalifah " Benar kata-katamu tadi, tapi engkau telah menggunakan kemudahan milik negara!"

Ummu Kalthum membantah, hadiah itu terlalu kecil untuk dikatakan sebagai membebankan dan menggunakan kemudahan negara. Lagipun ia bertujuan mengeratkan lagi persahabatan serta kemesraan antara kedua-dua negara.

Akhirnya bagi menghindari fitnah dan konflik, khalifah Uthman dan Ummu Kalthum sepakat untuk menyelesaikan pertikian itu melalui mahkamah. Maka bingkisan dan hadiah itu diserahkan kepada hakim. Setelah melalui persidangan yang agak panjang, maka hakim telah mengesahkan bingkisan itu sah menjadi milik peribadi Ummu Kalthum.

Khalifah Uthman menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Amirul Mukminin itu menyerahkan hadiah berkenaan kepada isterinya dan memberitahunya sejak awal-awal lagi dia menjangkakan akan kalah dalam pertikaian tersebut.


Ummu Kalthum terkejut. " Kalau begitu, mengapa engkau mahu membawa masalah ini dihadapan hakim?"tanya Ummu Kalthum semula.

"Sebab, jika tidak diselesaikan dengan hukum Al-Quran, aku khuatir ia akan menjadi fitmah".kata Amirul Mukiminin tersebut."Fitnah yang bagaimana" Ummu Kalthum bertanya.

"Nanti orang akan berkata, lihat itu isteri khalifah menggunakan peluang dan kemudahan negara untuk kepentingan peribadi. Selain itu, aku khuatir kalau tindakanmu itu diikuti olah isteri pembesar yang lain," jawab khalifah Uthman.

Ummu Kalthum terdiam. Dia menyedari kebenaran kata-kata suaminya itu. Setelah diteliti sedalam-dalamnya, Ummu Kalthum mendapat kekhuatiran Khalifah Uthman memang berasas. Atas kesedarannya sendiri, malam itu juga Ummu Kalthum menyerahkan kembali bingkisan tadi ke baitulmal untuk menjadi milik negara.

Pembaca sekalian, alangkah indahnya jika kita mempunyai pemimpin yang mulia akhlaknya seperti khalifah Uthman dan isterinya pula tau menjaga nama baik suami seperti Ummu Kalthum.Fikir2 kanlah...

Sunday, May 10, 2009

Sedang Aku....II


10 Mei 2009

Tingkap bilik terbuka..Angin kuat menderu masuk dan secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..

Aku tersentak..

Hairan...(kerana tingkap sebelum ni memang aku dah tutup rapat)

Meremang bulu roma...

"Kuatnya angin ni" Dengan rasa terkejut + berani2 takut, aku sedaya upaya cuba menutup kembali tingkap.

Sahabat2 smutem masing2 sudah lama dibuai mimpi. Jam pula dah menunjukkan arah 2 pagi."Budak2 ni langsung sedar ke?"

Prangggg......

Kus semangat!Bunyi kaca jatuh tiba menerjah telinga.Sudahlah masih lagi terkejut dengan tingkap yg tiba2 terbuka ditambah pula dengan kaca pecah...Betul2 menguji keimanan...Aku beristighfar dan cuba menjengah ke luar tingkap.Mane lah tau mungkin kaca dari tingkap bilikku. Dan sedetik cuma tiada ape di luar,mungkin suasana yang gelap,menggagalkan pandangan aku untuk melihat dengan lebih jelas.

Dengan adanya sisa2 keberanian yang ada, aku cuba melelapkan mata yang sudah sedia minta dipejam." Kenapa xboleh tidur pulak ni?Ni mesti kesan air kopi yg aku minum tadi ni". Aku memejam mata...

"Lina...Lina.."

Terdengar satu suara di telinga aku.Makin lama makin dekat.Sayup2 kedengaran. Sedang aku cuba membuka mata, lampu bilik dengan sendirinya tiba-tiba berkelip2...

Dan.......
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008