BismiALLAH

Monday, February 22, 2010

Kenangan Itu...


22 Februari 2010

Saya kemabali menulis setelah sekian lamanya setelah tangan saya telah 'dikakukan' buat sementara waktu dan minda saya terbejat dengan sebarang idea.. Hari ini saya memulakan misi yang telah sekian lama saya tangguhkan. Pada 19 hingga 21 Februari 2010 yang lalu, saya telah mengikut satu program (Dakwah Training) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Morib, Selangor dimana MAIS telah menjemput pelajar-pelajar daripada Institusi Pengajian awam dan Swasta untuk menyertai progran tersebut.


Hampir 60 orang yang hadir ke Dakwah Training tersebut yang terdiri daripada pelajar2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Darul Al-Hikmah, UIAM dan Persatuan Pelajar Islam (PEPIAS). Program dakwah selama 3 hari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar kepada situasi sebenar masyarakat yang beragama Islam dan bukan beragama Islam (non Muslim)


Sebanyak 6 slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah2 yang mantap antaranya Ustaz Fitri Abdullah “Memahami Masyarakat Orang India untuk Berdakwah”, Us. Fauzi Ahmad Shahar “ Dakwah satu Kewajipan”, Ustaz Syafie Patt “Memahami Masyarakat Cina untuk Berdakwah”, Cikgu Kamarulzaman “Teknik2 Berdakwah”dan “Soalan2 lazim non Muslim”, serta Ustazah Saloni Abdullah “Memahami Masyarakat Orang Asli untuk Berdakwah”.


Banyak juga perkara baru yang saya dapat melalui slot2 yang telah dibentangkan. Perkara mudah yang kita ambil remeh adalah perkara paling penting buat kita. Kadangkala, kita tidak sedar bahawa kita mengambil mudah sesuatu perkara tanpa memikirkan akibatnya.Saya beri satu perumpamaan mungkin lebih mudah difahami, “sekecil2 perkara biarlah menjadi sebesar2 perkara bagi kita”. Sebagai Daie, pengawalan INTELLECTUAL QUOTIENT(IQ) dan EMOTION QUOTIENT (EQ) amatlah penting bagi menyempurnakan lagi tugasan dakwah. Jika tiada persediaan dan teknik berdakwah, kita rasa adakah akan berjaya dakwah kita?


Teringat saya juga kepada slot Ustaz Fauzi yang mengatakan bahawa seorang pendakwah itu wajib seorang yang TIDAK pernah meninggalkan solat, pendakwah juga WAJIB membaca Al-Quran. Kesan dakwah kita kepada seseorang bergantung kepada amalan kita. Mungkin kita tidak mengambil berat hal ini, tetapi sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kita dan HIDAYAH itu jua milik Allah.


Hari terakhir kami di Morib, kami diberikan tugasan praktikal untuk berdakwah kepada masyarakat orang Asli di Banting, Selangor. Kami diagihkan kepada 6 kumpulan dimana 3 kumpulan untuk berziarah ke rumah2 orang Asli dan 3 kumpulan lagi untuk menjadi faci untuk sukaneka. Saya agak teruja memandangkan grup saya menjadi faci untuk sukaneka. Apalagi yang difikirkan saya selain untuk menikmati permainan dan beramah mesra dengan penduduk disana...


BERSAMBUNG...

Thursday, February 4, 2010

Alkisah Si 'Promoter'


4 Februari 2010

Minggu ini secara tidak rasminya saya telah dilantik sebagai ‘promoter’ yang menjual barang2 buatan Indonesia kepunyaan sahabat saya yang meminta tolong saya untuk mem’promote’ barang sahabatnya yang tinggal nun jaun di Indonesia.


Seperti gambar rajah di sebelah (macam blaja geografi la pulak), merupakan Al-Quran tafsir sebesar buku teks yang mengandungi tafsir ayat (setiap satu2  kalimah diberikan makna), Asbabunnuzul serta diberikan mathurat, beg Quran (Beg Sandang- mudah untuk dibawa) berwarna hitam dan bookmark.
                            
Harga yang diberikan insyaAllah berpatutan iaitu RM95 setiap sebuah.

APA KATA ULAMA’ DAN AHLI TAFSIR MENGENAI AL-QURAN INI??

     1) Sebuah tafsir Al-Quran yang ringkas namun menyeluruh dengan memerhatikan aspek2 penafsiran. Semoga karya ini membuat pemahaman umat Islam terhadap Al-Quran semakin ‘baik dan benar’

-          Dr.Atabik Luthfi,MA Alumnus Fakultas, Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia. Doktor dalam bidang Tafsir dari Universiti Malaya, Malaysia.

      2 )  Tafsir Al-Quran Per Kata merupakan kontribusi Ilmiah terhadap Al-Quran  
            dengan merujuk kepada referensi yang diakui. Sebuah tafsir yang wajib dimiliki  
            oleh setipa Muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca Al-Quran.

-          Ustaz Ahmad Kusyairi Suhail, MA, Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Usuluddin ‘Darul
      Hikmah’


Bagi sahabat2 yang berminat, bolehlah terus menghubungi melalui ‘hanphone’ atau email kepada saya. InsyaAllah tidak rugi jika anda membelinya!!

Tel             : 013-2911676 (Norlina Safian)
Email         : asrar_2822@yahoo.com

P/S: Untuk sahabat di UIA (SISTERS), boleh terus tengok contoh Quran di bilik saya di BLOK C, 1.3
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008