BismiALLAH

Friday, March 19, 2010

Paku di Dinding..Hati Kamu dan Saya


20 Mac 2010

Cerita ini mungkin anda pernah dengar, tapi saya teringin untuk cerita sekali lagi sebagai ingatan bukan sahaja pada saya tetapi kita semua. InsyaAllah..Kisah ini saya dengar ketika saya menghadiri program SPIES tidak lama dulu. Ikuti kisahnya..

Terdapat seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Dia akan marah pada sesiapa sahaja tanpa mengira waktu dan melepaskan kemarahan kepada orang lain termasuklah sahabat2 nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapat merasakan, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan rasa gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita" Pemuda itu lantas menunduk dan menangis. Rasa menyesal dan bersalah mencengkam hatinya. Baru kini dia ketahui bahawa sahabat juga mempunyai perasaan sepertinya.

Akhiran, maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Saya tidak mampu untuk menghilangkan kesan tersebut, hanya tanda 'terima kemaafan' dari anda dapat menghilangkan rasa kegusaran saya. Maafkan saya sekali lagi.

Monday, March 15, 2010

Jihad dan Aku


16 Mac 2010

Dengan nama Allah, saya memulakan bicara. Setelah menyepi beberapa lama, saya kini kembali membawa semula idea yang mungkin sudah ‘berlapuk’ dalam simpanan saya.


Terima kepada sahabat2 yang menegur saya bila ingin menulis semula post yang terbaru. Saya hampir2 terlupa bahawa saya mempunyai blog yang perlu diberi perhatian. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyambung semula sambungan dari post yang terdahulu kerana terdapat beberapa masalah.


Sengaja saya menulis kalimah JIHAD dihadapan perkataan ‘aku’ kerana saya pasti dengan cara tersebut dapat merangsang saya untuk bermotivasi kembali. Hampir2 bersawang juga blog saya tanpa diberi perhatian. Semakin hari tekanan semakin menghimpit saya dan sukar untuk saya untuk memerah idea bagi meluahkan isi hati melalui post ini.


Minggu ini saya akan melalui fasa yang agak sukar kerana pada hari jumaat ini saya akan menghadapi exam besar yang menentukan segalanya. Jika tidak diberi perhatian, alamatnya lama juga saya akan tinggal di UIA ni.


Maaf kepada sahabat2 yang menunggu kehadiran post baru dari saya selama ini. Idea dan tangan saya semakin ‘membeku’ untuk mencoretkan sesuatu disini. InsyaAllah jika saya diberi kekuatan dan ‘merdeka’ dari JIHAD exam, tunggulah post terbaru dari saya.
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008