BismiALLAH

Wednesday, September 30, 2009

Permulaan Hari Baru..


1 Oktober 2009

Permulaan baru bagi diri saya..Sudah agak lama saya tidak meng'update' blog kerana terdapat masalah2 teknikal yang dihadapi. Dan, sekarang saya diberi peluang untuk menulis dan menyambung kembali tinta yang belum dihabisi.

Tertarik ana untuk mengupas tentang persaudaraan sesama Islam. Apakah kita sudah kenal erti persaudaraan sesama Islam? Di zaman ini, kita bagaikan manusia yang hanya mengenal orang dengan berdasarkan wangnya, pangkat dan kehormatan serta keturunannya. Hilang sudah rasa persaudaraan apabila terdapat sedikit khilaf, benci dan dendam menumpuk di dalam hati bila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Apatah lagi, harta yang banyak telah menenggelamkan mata hati untuk membantu jiran yang susah di kanan kiri.

Persaudaraan sesama teman dan sahabat kian menjurang kerana kita tidak cuba hendak mengenali. Kita tidak ingin merasakan kesukaran yang dihadapi oleh saudara kita, tetapi sambil mengerling (tahu rasa bersalah) terus melangkah kaki pergi dari kesukaran itu. Dan di dalam minda berkata "Mengapa aku perlu bersusah payah memikir kesusahan orang lain dengan diri aku yang sudah sedia susah". ALlahu ALlah.... beginilah keadaan umat Islam.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bersatu teguh bercerai roboh, "Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama diratah".

Entah, siapa lagi yang ingin memerhatikan ibarat di atas?

Saya ingin memberi sedikit kisah Rasulullah tentang persaudaraan sesama Muslim.

Gambaran kerja kaum Muslimin dalam usaha menggali kubu, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Al Barra' r.a dengan katanya : "Di hari pakatan barisan musyrik dalam peperangan Khandaq, aku telah melihat baginda rasuluLLah s.a.w memunggah pasir dari kubu-kubu hingga tertutup kulit perut baginda RasuluLLah s.a.w. Aku lihat perut baginda penuh dengan debu-debu dan diriwayatkan dari Anas r.a bahawa kaum Ansar dan Muhajirin bertaruh dengan masa mereka menggali kubu dengan memikul tanah-tanahnya dengan kata mereka. "Kami dengan Muhammad bersumpah setia kekal dengan Islam sepanjang usia. RasuluLLah s.a.w menjawab pertaruhan mereka dengan katanya :

"Ya ALlah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat. Oleh itu, berkatilah kaum Ansar dan Muhajirin"

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam hadith sahihnya dari Jabir r.a telah berkata di hari menggali kubu: :

"Kamu telah direntangi oleh seketul batu pejal, sahabat-sahabat bertemu RasuluLLah s.a.w lalu menceritakan: "Ada batu pejal ya RasuluLLah yang merintangi penggali kubu". Jawab RasuluLlah s.a.w : Nanti aku pecahkannya", kemudian baginda terus bangun sedangkan perut baginda diikat dengan batu (untuk menahan lapar). "Tiga hari berturut-turut kami tidak menjamah makanan". RasuluLLah s.a.w mengambil pemecah batu (Al Ma'ul sejenis cangkul) lalu dicangkulnya batu hingga menjadi hancur, Kemudian aku berkata :

"Ya RasuluLLah 'alaihi wasssalam, izinkanlah kepadaku untuk pulang ke rumah, lepas itu aku berkata kepada isteriku: "Aku lihat RasuluLLah S.a.w sudah tidak boleh sabar lagi. Apakah engkau ada sesuatu untuk dimasak? Jawabnya: "Aku ada biji-biji bali dan seekor kambing betina". "Aku pun menyembelih kambing dan mengisar biji-biji bali kemudian aku masakkan kambing di dalam periuk. Setelah itu aku datang menemui RasuluLLah s.a.w sedangkan tepung yang diuli sudah merekah manakala periuk di atas tungku lagi tadi hampir-hampir masak.

Aku berkata kepada RasuluLLah s.a.w : Saya ada sedikit makanan, ayuh RasuluLLah s.a.w dengan seorang dua lagi. Kemudian RasuluLlah s.a.w bertanya: "Banyak mana makanan itu?" Aku pun menceritakan kepada RasuluLLah s.a.w. Kata RasuluLLah s.a.w : Itu banyak, lagi baik. Katakan kepada isterimu jangan angkat turun periuk dan juga roti, biarkan di atas dapur hingga aku tiba.

Kemudian RasuluLlah s.a.w berseru kepada sekalian Muhajirin dan sekalian Ansar: "Ayuh bangun dari tempat kamu". Di tengah jalan pula RasuluLLah melaung: "Wahai penggali-penggali kubu, ini dia Jabir telah menghidang makanan! Ayuh kesemua kamu, Bila Jabir masuk ke dalam rumah lalu berkata : Apa kata kamu, RasuluLlah telah datang bersama-sama Muhajirin dan Ansar dan orang lain." Berkata isterinya :"Adakah RasuluLLah s.a.w telah bertanyakan tentang makanan itu?. Jawab Jabir :"Ya!". Jawab isteri Jabir : "ALlah dan RasulNya lebih mengetahui".

Kemudian datanglah RasuluLLah dan baginda berkata: "Ayuh masuk dan jangan teragak-agak." RasuluLLah s.a.w mematah-matahkan roti dan meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti masih bertambah bila diambil sehingga sekalian yang datang kenyang dan banyak bakinya lagi. RasuluLLah s.a.w berkata kepada isteri Jabir: "Engkau makanlah hidangan yang baki kerana manusia ditimpa kelaparan."

Dalam riwayat yang lain pula kata Jabir : Aku bersumpah demi ALlah, mereka telah memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar tetapi periuk kami masih penuh seperti mula lagi dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi."

SubhanaLlah, RasuluLlah tidak tega melihat dirinya sahaja di dalam kekenyangan sedangkan sahabat-sahabatnya yang lain menekan perut di dalam kelaparan. Bahkan RasuluLLah sendiri terlibat dengan penggalian parit. Jika difikirkan tentu sahaja orang yang semulia RasuluLLah tidak perlu membuat kerja, berehat dan memerhatikan sahaja sambil bersenang lenang di pembaringan.

Berbeza sungguh sifat kepimpinan baginda yang sanggup turun membantu orang Islam. Memecah batu, memberi makanan sendiri kepada sahabatnya.

Dan begitulah, sejarah selalu menjadi panduan kepada orang yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran agar dapat bermuhasabah diri.

Jika seorang susah, kami turut merasakan kesusahannya

Menurut riwayat lain (diceritakan oleh Dr Yusof al Qardhawy dalam kitabnya Iman dan Kehidupan), pernah terjadi dalam suatu peperangan, antara Muslimin dan musuhnya terbentang sebuah sungai. Mereka diperintahkan oleh panglimanya, supaya menyeberangi sungai. Semua patuh kepada perintah dan terjun ke dalam sungai. Sedang musuh melihat mereka dari jauh dengan penuh kegentaran.

Sampai di pertengahan sungai, melihat mereka semua hilang dalam air, seolah-olah tenggelam dan serentak terapung kembali di permukaan air. Musuh mengetahui apa sebabnya kejadian serupa itu. Diketahuinya bahawa salah seorang di antara mereka (tentera Muslimin) jatuh piringnya ke dalam air, lantas berteriak mengatakan : "piringku...piringku...!" Lalu mereka menyelam semuanya mencari piring yang jatuh itu sampai dapat.

Musuh yang memerhatikan hal itu merasa :"Kalau mereka berbuat serupa ini mengenai satu piring yang jatuh kepunyaan salah seorang di antara mereka, apa gerangannya yang akan mereka perlakukan, kalau kita membunuh salah seorang dari mereka!". Akibatnya musuh menyerah kalah kepada tentera kaum Muslimin.

ALlahu..ALlah.. inilah dia persaudaraan Islam yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu.. Bagaimanakah persaudaraan Islam yang kita tunjukkan sekarang ini? ..

Tuesday, September 29, 2009

11 September...Hari Ini


12 September 2009

SIRI KEDUA

" Mak Ngah, Zul dah takde. Selama ni Zul jaga Jue baik sangat Mak Ngah. Tak sangka dia pergi dulu. Dia baru je bercadang, sebelum balik kampung, singgah dulu rumah Mak Ngah," K.Jue memeluk erat mak saya. Kedua-duanya menangis. Saya ketika itu tidak mengikuti rombongan menziarah keluarga abang Zul kerana menjaga anak-anak saudara, hanya mendengar mak saya bercerita kembali. Entah beberapa kali airmata saya mengalir.

Pada malam hari raya pertama, K.Jue mengunjungi rumah nenek saya di Felda Kemelah, Segamat. Kunjungan K.Jue serta anak-anaknya mengundang sayu dihati apatah lagi dia terus saja menagis ketika menyalami tangan nenek saya ( Atok Mak

Ayah saya terus memberi perangsang dan nasihat kepada K.Jue agar terus tabah dan paling menggembirakan saya, wasiat arwah adalah ingin melihat anaknya yang sulung ke sekolah tahfiz seperti saya dan adik.

Apa yang saya lihat, walaupun anak sulung K.Jue, yang kami gelar Muhammad baru berusia 11 tahun, dia kelihatan matang ketika berbicara. Tidak mudah menangis dan tenang ketika ditanya mengenai bapanya." Ya A;llah, mudah-mudahan dia dapat menjadi anak yang baik kepada ibu serta abang yang penyayang kepada adik-adiknya"

Apa yang saya lihat walaupun anak sulung K.Ju, Muhammad Adua Ehsad baru berusia 11 tahun, dia kelihatan matang ketika berbicara. Tidak mudah menangis dan tenang ketika ditanya mengenai bapanya.” Ya Allah, mudah-mudahan dia dapat menjadi anak yang baik kepada ibu serta abang yang penyayang kepada adik-adiknya

InsyaAllah saya dan keluarga akan mengadakan kenduri tahlil di Alor Setar, Kedah pada hari sabtu (3 Oktober ’09) di atas permintaan K.Ju sendiri.Doakan kami selamat sampai disana

Monday, September 14, 2009

11 September Dulu dan Hari Ini


15 September 2009

SIRI PERTAMA

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ni semenjak pulang dari bercuti. Saya tiba2 tertarik untuk menulis kerana tarikh 11 september ini telah memberi memori duka yang akan kami kenang sampai bila-bila.

Al-kisahnya…

11 September 2001

Dahulu, dunia digemparkan dengan keruntuhan bangunan WTC (World Trade Centre) di Amerika syarikat. Keruntuhan tersebut disebabkan oleh pesawat yang ‘membalun’ bangunan tersebut. Dan…

11 September 2009 (Jumaat)

11.54 pagi

Sebuah pesawat jenis Pilatus P-C 7 MKII generasi kedua keluaran syarikat Switzerland berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas untuk membuat membuat sesi latihan lencong.

12.20 Tengahari

Pesawat tersebut terhempas kira2 90 meter dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum terbakar. 2 juruterbang maut yang dikenali sebagai Mejar Mohd. Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd. Roszaini Mohd. Mustafa, 37.

2.00 Petang..di rumah saya

Tritt..tritt..

Panggilan telefon berdering diminta untuk diangkat. Saya mengangkat malas kerana ketika itu saya sibuk memasukkan kuah kari di dalam plastik untuk dijual di bazar nanti.

“ Assalammualaikum,” Saya memulakan salam.

“ Waalaikumussalam. Lina, ni mak long ni, Boleh tak tolong panggil mak lina sekejap, mak long nak cakap,”

“ Oh Mak Long, ok. Jap eh,” saya memanggil mak yang ketika itu berada didapur sedang mamasak. “ Mak Long?xpenah2 mak long telefon waktu tengahari ni, selalunya waktu malam.Mesti ade ape2 yang xbaik ni”, Wajah mak kelihatan gelisah. Sambil saya menghulurkan ganggang kepada mak, mak sedaya upaya untuk kelihatan tenang.

“ Ye Long, ade ape ni? Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni, nak dekat raya dah ni?bila?Astaghfirullah,” saya lihat mak sudah mengalirkan air mata sambil meletakkan ganggang. Mak saya terus terduduk ditangga. Saya ketika itu sudah memikirkan perkara yang tidak baik. “ kenapa mak?,”saya bertanya. “ Abang zul dah meninggal, pesawat dia terhempas kat Langkawi,”.

“ Innalillahiwainnailaihiraji’un…saya meraup muka kerana terkejut. Bukan sekadar terkejut tapi airmata aku menitik tanpa sedar. Mana tidaknya saya mula terbayang raut wajah arwah abang Zul yang juga boleh dikatakan rapat dengan keluarga kami. Dia adalah suami kepada kakak sepupu saya sebelah mak.

" Ya Allah, besar dugaan Kau berikan kepada keluarga kami,kami redha Ya Allah,” Saya mula terbayang raut wajah kakak sepupu saya, K.Suzi atau panggilan yang diberikan keluarga K.Ju@K.Long serta anak-anak saudara saya yang masih kecil, yang belum mengenal lagi erti kehidupan.

8 Malam ( Jumaat)

Berita Utama di TV3 memaparkan berita mengenai pesawat yang dinaiki Abang Zul serta rakan sejawatnya terhempas di lapangan terbang Antarabangsa Langkawi ketika mana mereka ingin membuat latihan lencong.

Luluh dan sebak hati kami ketika itu.Hati mana yang tidak sedih, kematian abg Zul adalah kematian tragis dimana seminggu lagi kami akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tiada makna hari raya sekiranya hati ini dirundung sebak yang menggunung. Hanya mampu pasrah dan redha.

Teringat aku pada tahun sebelum2 ini, kita dikejutkan juga dengan kejadian yang serupa oleh juruterbang2 dari TUDM yang terbunuh. Dikala itu, kita hanya mampu berdoa semoga keluarga mereka terus tabah dalam mengharungi kehidupan. Dan hari ini…kami sendiri yang mengalaminya, ternyata ia amat sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bersambung…

Thursday, September 3, 2009

Disiplinkan Hati


4 September 2009

Disiplin dalam atau batin atau spritual ini terbahagi kepada 3 bahagian juga iaitu:
Disiplin Hati, Disiplin Akal dan Disiplin Nafsu.

1.DISIPLIN HATI

Hati adalah tempat untuk rasa bertuhan, rasa kasih sayang, rasa pemurah, rasa takut, rasa gerun, rasa cemas dan ribuan lagi rasa.terlalu banyak rasa. Hati sangat sensitif, sangat seni dan di situ jugalah kita sebut “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Hatilah yang mencorakkan kehidupan manusia.

Rasulullah SAW ada menyebut, “Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati”. Kalau seorang itu, lahirnya jahat maka jahatlah hatinya. Mengapa seorang itu jadi jahat, mestilah ada sebabnya.

Bagaimana nak mendisiplinkan hati?

1.
Cara yang pertama ialah kita kenalah menajamkan Rasa Bertuhan. Apabila manusia ada rasa bertuhan, ia tidak mudah putus asa atau kecewa walaupun orang kafir, cuma lebih elok kalau dia beriman. Untuk ada rasa bertuhan kita mesti kenal Tuhan. Kalau kita tak kenal Tuhan tetapi lebih kenal kuman, batu, kayu katak dll, ini dah kira parah. Macam mana nak kenal dan percaya Tuhan? Kena belajarlah. Kita kena percaya Rukun Iman yang 6 tanpa dicelah oleh jahil, syak, zan dan waham. Orang yang digelar beriman ialah orang yang percaya dan yakin 100%.

Jahil maksudnya golongan tak tahu atau tak berilmu tentang hal-hal iman.

Syak pula golongan yang percaya dan yakin 50%, tak yakin 50%. Akhirat ini ada ke tidak? Kalau tak ada macam mana? Kita bahas ikut logik akal, bukankah elok kita buat baik di tengah manusia dan tak rugi juga sekiranya Akhirat itu tak ada. Kita mesti yakin Akhirat itu ada, dan kita juga selalu berdoa minta kebaikan untuk dunia dan akhirat. Kalau betul-betul Akhirat itu ada kita tak rugi sebab kita dah berbuat. Kita tak buat baik sebab kita rasa Akhirat itu tak ada, kemudian Akhirat itu betul-betul ada, kan kita dah rugi dan tak boleh balik ke dunia untuk buat baik lagi!

Zan pula golongan yang percaya 75%, tak yakin 25%.. dia percaya semua rukun Iman cuma dia tak yakin tentang qadak dan qadar, dia tak yakin tentang rezeki, takut masa depan yang susah, takut sakit hingga kena beli insuran dan sebagainya.

Waham pula golongan percaya 25%, tak yakin 75%. upacara nikah kahwin, kematian, naik haji, sembahyang sunat hari raya itu semua dia percaya. Tetapi dia berpendapat orang sembahyang ke tak sembahyang semua sama sahaja, tak sembahyang pun tak apa, entah Tuhan ada ke tidak!

Rukun Iman ada 6:

  1. Percaya kepada Allah. kita kena belajar ilmu ketuhanan, ilmu rasa namanya.
  2. Percaya adanya Malaikat, tentera-tentera Allah yang kita tak nampak tetapi ada. Musnah iman kita kalau kita tak percaya.
  3. Percaya kpd Kitab-kitab Allah
  4. Percaya kpd Nabi dan Rasul-Rasul dan menjadikan mereka idola dan suri tauladan kita. Kalau kita nak berjuang menegakkan kalimah Allah kenalah kita ikut mereka.
  5. Percaya kpd hari Kiamat. Kalau tak adalah hari Kiamat seperti yang disebutkan Tuhan sudah tentu beruntunglah orang-orang yang buat jahat di dunia ini.
  6. Percaya kpd Qadak dan qadar Allah.

2. Cara yg kedua untuk mendisiplinkan hati ialah menebalkan rasa kehambaan kita.

Selagi kita tak kenal kita ini hamba Allah selagi itulah kita tak mempunyai disiplin hati. Kalau kita tak rasa yang kita ini hamba sudah tentulah kita ini rasa kita ini Tuhan. ini merbahaya. Untuk merasakan kita ini hamba kenalah selalu merintih kepada Allah, mengaku yang kita selalu buat silap. Walaupun kita tak buat silap, tetapi sebagai seorang hamba kita kena faham yang Allah suka mendengar hambanya merintih.

Sebagai manusia sememangnya kita tak lepas dengan sifat lalai dari mengingati Allah dan tak terlepas dari dosa maka cepat-cepatlah kita bertaubat dan minta ampun dari Allah. Sekiranya kita tak ada sifat hamba segala yang kita buat di dunia ini kita rasa yang kita yang punya, kita rasa kita yang memiliki. Seorang manusia yang sedar dirinya hamba, dia berasa tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah. kalau Allah tak jadikan dia manalah dia boleh hidup, oksigen yang Allah beri secara percuma untuk bernafas pun kalau Allah tarik matilah kita.

3. Cara yang ketiga untuk mendisiplinkan hati ialah dengan menyucikan atau menghilangkan rasa cinta dunia. Dunia itu banyaklah. ada yang dapat, ada yang tak dapat dan ada yang terlepas. Cinta Allah itu adalah ibu segala kebaikan. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan.

4.Cara yang keempat pula ialah dengan memindahkan rasa bertuhan, rasa kehambaan ke dalam hati kita. Macam mana caranya? Katalah semasa kita sembahyang segala perbuatan yang kita lakukan adalah yang fizikal yang kena kita jaga disiplinnya juga, tetapi yang penting adalah apa yang kita rasa di dalam hati kita.

Macam mana kita nak hubungkan hati kita dengan Tuhan sewaktu itu sebab Tuhan itu bukan berketul dan tak boleh juga kita bayangkan Tuhan itu hijau atau kuning. itu semua tak boleh. Maknanya hati sewaktu sembahyang kena berdisiplin iaitu sentiasa ingat Tuhan. Ingat Tuhan itu bermacam-macam bentuk pula. ada rasa takut, sayu, sedih, rindu, malu dan bermacam-macam rasa lagi. Rasa-rasa ini sentiasa berpindah-pindah dan berubah. Macam warna langit yang sentiasa bertukar warna. kejap biru, kejap hijau, kejap kuning. Jadi sentiasalah hati itu tidak terlalai dari mengingati Allah, itulah dikatakan disiplin. Ini memang susah nak dibuat.

Katalah kita nak masukkan rasa malu di hati kita, cuba kita bayangkan segala nikmat Tuhan dalam diri, nikmat Tuhan diluar diri kita. Dia bagi kita semua anggota yang bermacam-macam, kita tak payah bayar pun. Allah beri kita rumah, isteri dan anak-anak, kereta dan bermacam-macam lagi. cuba kita tanya ini semua siapa yang punya, siapa yang bagi? Malu tak kalau hari-hari ada orang yang beri kita $10 setiap hari tanpa kita buat apa-apa. sekali dua boleh lagi tetapi kalau lebih 10 kali tentu kita naik malu. Nikmat oksigen juga dah cukup untuk membuat kita rasa malu dengan Allah. Jadi dalam nak mendisiplinkan hati kenalah dalam bentuk rasa dan pada peringkat permulaan kenalah kita menghitung-hitung.

Macam mana pula kita nak masukkan rasa takut di dalam hati kita?. Allah boleh matikan dan hidupkan kita, Dia juga boleh sakitkan kita, Allah boleh miskinkan kita, macam-macam Allah boleh buat.

Rasa cemas macam mana pula? Sembahyang yang kita buat, segala ibadah yang kita buat banyak-banyak itu adakah betul semua itu Allah terima? Adakah Allah terima taubat kita? Dosa kita dengan Allah adakah sudah diampun? Sebagai hamba Allah yang beriman kita yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun, maka kita kena yakin Allah akan ampunkan dosa-dosa kita tetapi kita juga yakin dengan sifat Qahhar dan Jabbar Tuhan yang membuat kita rasa cemas dengan hukuman Tuhan.

Inilah ada-adab atau disiplin atau seni-seni hati yang kita perlu perolehi.

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008