BismiALLAH

Wednesday, April 28, 2010

Saya masih "HIDUP"


29 April 2009

Terlalu lama saya membiarkan blog saya bersawang tanpa pamitan. Kini, semangat saya yang saya tinggalkan sebulan dahulu kian pulih disebabkan semester baru bermula. Banyak perkara yang ingin saya luahkan disini tetapi sukar untuk saya terjemahkan melalui penulisan. Hanya hati yang dapat berbicara..( jiwa-jiwa la plk)

Alhamdulillah sepanjang saya bercuti semester sebulan yang lalu, Allah telah permudahkan segala urusan saya untuk membantu ibu bapa saya di rumah. Ujian kesakitan yang Allah berikan kepada ayah saya 8 april yang lalu memberi semangat luar biasa kepada saya untuk bekerja dan membantu apa yang patut di kedai makan milik ibu bapa saya.

Hikmahnya, Pilihanraya kecil di Hulu Selangor begitu meriah dengan pelbagai2 bendera serta "board" yang memaparkan calon masing2. kebanyakkan orang ramai yang menjadi penyokong di antara kedua-dua parti datang singgah di kedai ibu bapa saya datang daripada jauh dan sanggup turun memberi sokongan padu kepada calon masing2. Lebih memeranjatkan Dato' Zaid Ibrahim (calon PKR) juga turut datang ke kedai untuk berkempen. Tidak terkecuali juga Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak memberi ucapan di depan kedai ibu bapa saya pada malam tersebut.

Sedikit sebanyak, orang ramai yang datang untuk makan, dapat membantu saya dan keluarga menambah rezeki yang ada. Saya bersyukur kerana ada hikmah disebalik saya bercuti sebulan yang lalu. Selain dapat membantu, saya dapat merasa pengalaman pilihanraya di tempat sendiri yang saya duduki selama 14 tahun lamanya. Banyak perubahan yang dapat saya nikmati sepanjang yang tinggal di Rawang. Bermula dari sekecil2 bangunan sehinggalah sebesar2 bangunan.

Kini, saya masih "HIDUP" untuk mencari lagi pengalaman2 baru. Mungkin pernah anda dengar ungkapan ini " Umur tidak semestinya mematangkan kita, tetapi pengalaman hidup itulah yang mematangkan kita " Wallahualam.
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008