BismiALLAH

Sunday, January 31, 2010

Kisah 'Baru' Saya...


1 Februari 2010

Menyepi tidak bermakna menghilang. Permulaan bulan baik ini saya gagahkan juga untuk terus meng'update' blog yang hampir2 sahaja 'usang'. Banyak yang ingin diceritakan, tetapi minda terus beku dari mengeluarkan idea. Malihat sahabat2 lain yang terus bersemangat, membuatkan saya juga turut merasa 'cemburu' melihat perkembangan mereka yang tidak putus2 mengeluarkan bicara maya.

Minggu yang lalu, saya dan pelajar UIA yang lain diberikan cuti selama seminggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya juga tidak ketinggalan dan mendapat peluang untuk menyertai satu program lagi anjuran JASA di Melaka. Program yang berunsurkan pengurusan (Management Course) sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan diri dalam pengurusan serta dapat mengawal serta mengurangkan stress yang dihadapi selama ini.

Seminggu sebelum saya menyertai Management Course di Melaka, saya turut berpeluang untuk menyertai program Aurah Awareness Campaign yang 'memaksa' saya dan beberapa orang rakan membuat survey kepada beberapa orang luar sekitar KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni.Tujuan program ini adalah untuk membuat sedikit bancian pandangan orang ramai mengenai aurat. Tidak dinafikan, berjalan sekitar Kuala Lumpur memang amat memenatkan lebih2 lagi berjumpa dengan pelbagai kerenah masyarakat yang rata2 mereka hidup dalam "budaya" mereka.

Saya berpeluang menemuramah seorang wanita warga Pakistan dan Kuwait mengenai aurat. Ternyata mereka ada yang kurang memahami apa maksud aurat itu sebenarnya.Setelah diterangkan dan diberi beberapa artikel, barulah mereka faham apa yang dimaksudkan. Banyak juga pengalaman pahit, manis dan lucu  yang dapat dikutip sepanjang program tersebut. Yang penting, komunikasi, kesabaran dan kemahiran amat penting apabila kita berada dalam kelompok masyarakat. Tidak semua orang dapat menerima kita, paling penting cara kita menyesuaikan diri bersama mereka.

Wallahu'alam...



Wednesday, January 13, 2010

Saya di 'Tarbiyyah' lagi...


12 Januari 2010

Sepi bukan beerti menghilang. Saya tetap ada disini dan masih diberi peluang untuk hidup oleh Allah. Hujung minggu yang lalu, saya diberi peluang untuk mengikuti satu program 'Training' yang dikelolakan oleh JASA yang bertempat di Resort Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat (teringat juga kenangan di sana) selama 3 hari 2 malam dimana ia merupakan satu program menguatkan fizikal dan mental bagi mengajar saya dan sahabat2 yang terlibat lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan berlaku.

Pada bulan depan ( cuti sem, kalau tak salah) insyaAllah pihak JASA akan mengadakan lawatan ke Tohor, Negeri Sembilan untuk berdakwah kepada orang2 asli disana. Disebabkan itu, kami  "wajib" mengikuti training tersebut untuk memudahkan dan lebih bersedia menghadapi cabaran ketika disana nanti.

Pada mulanya, tanggapan saya program ini adalah berdasarkan fizikal semata2, tetapi apabila saya lihat tentatif, rupa2nya banyak juga LDK yang perlu kami buat. Barang amanah pastilah 'WAJIB' dibawa. Tipulah kalau saya cakap, tidak letih. Bukan hanya kami perlu tahan dengan kekuatan fizikal, bahkan turut bermain dengan emosi. (seperti mafatih mahabbah..hehe). Paling melucukan pada hari pertama disana, kami juga diberikan tugasan untuk mengenali sahabat2 lain dengan membuat cabutan nama. Setelah dapat nama sahabat masing2, kami dikehendaki menjadi 'observer' setiap masa. Apa yang dia buat selama 2 hari berprogram dan dikehendaki juga menulis surat kepadanya. Nasib juga siapa yang terpaksa menjadi observer kepada peserta lelaki. Setelah itu, masing2 'wajib' memberitahu isi surat yang ditulis observer kepada kita. Agak malu dan kelakar juga bila diingatkan.

Program klimaks pada malam terakhir kami disana, kami dikehendaki untuk 'night walk'  (pukul 12 malam) di hutan beramai2 mengikut kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana saya berada dikumpulan yang terakhir dan paling mencabar menjadi peserta yang terakhir berada di belakang. Nasib baik juga committee brother dan sister ada dibelakang saya. Sementara menunggu giliran kami naik ke hutan, sempat lagi kami melihat penggambaran filem cina (kalau tak salah, sbb pelakon semua cina) yang dibuat berdekatan hutan tersebut.

Hampir sejam lebih kami naik turun bukit dengan pelbagai mehnah dan tribulasi (pinjam ayat DQ jap).Keadaan tanah yang licin, dan juga hampir tergelincir. Nasib baik ada rakan yang menolong, kalau tidak entah apalah yang akan terjadi. Dan, alhamdulillah setelah penat mendaki, terus pulang ke tempat kami untuk sesi 'pengecaman'. Bukan apa, takut terlebih orang dan terkurang orang. Saya rasa mungkin anda semua boleh faham kot. Alhamdulillah jumlah perserta dan committee semasa pergi dan balik tidak berubah, dan akhirnya kami diberi peluang untuk merehatkan diri.

Kami pulang ke kampus semula selepas zohor selepas mendengar serba sedikit ucapan dari Abang Din (S-DEV) yang merupakan orang yang paling banyak membantu JASA. Seperti biasa majlis tidak akan meriah tanpa penyampaian hadiah kepada ahli kumpulan yang terbaik dan peserta terbaik. Setelah berkemas dan memasukkan barang2 program dan beg2 peserta di dalam bas, apalagi masing2 seperti tidak sabar2 untuk memejamkan mata (almaklumlah terlampau penat berprogram).Saya juga tidak terkecuali.. : )

Bersambung...( perkongsian ilmu sepanjang disana)

Thursday, January 7, 2010

Beli..Beli..


7 Januari 2010

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sahabat2 sekalian walaupun sudah terlewat beberapa hari. Semoga dengan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu. Ini bermakna usia saya juga semakin meningkat walupun baru memasuki 22 tahun. Rasa tidak percaya pon ada kerana baru semalam saya rasakan saya baru saja berumur 18 tahun.hehe. Alhamdulillah saya diberi peluang hidup hingga hari untuk menambah baik kehidupan yang lalu.

Kali ini post saya bukan berkenaan diri saya, tetapi cerita tentang 9 nyawa. lihat gambar dibawah :





Buat peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya sengaja meletakkan gambar novel terbaru beliau untuk tatapan kalian semua. Bukan hanya sekadar promote semata-mata, tapi saya mahu anda hayati dan baca buku tersebut dengan sebaik mungkin. Walaupun hanya sekadar buku dan rekaan semata2, akan tetapi saya yakin setiap pengarang sesebuah buku pasti akan menghantar mesej dalam setiap buku yang dikarangya. Terpulang pada anda untuk menilai. Dan, saya seperti biasa tidak memaksa kalian untuk bersetuju dengan saya.

P/S: Maaf andai saya terlalu 'obses' dengan novel Ramlee Awang Murshid ni. Tapi memang xdinafikan saya memang minat novel berunsurkan thriller dan saspen.

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008