Friday, February 27, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa...


ربنا ما خلقت هذا بطلا


" nti nak tau tak ana suka baca ayat ni" ungkapku pada suatu pagi kepada sahabat.

"Kenapa?", balasnya sambil mengerutkan dahi. Sememangnya mungkin agak pelik dengan ungkapan ku yang lain dari biasa. Aku hanya tersenyum. Sengaja kubiarkan sahabat memikirkan jawapan sendiri.

" Sebenarnya ayat ni banyak mengajar ana erti kehidupan. Membuatkan diri ana ini sentiasa lebih bersyukur atas nikmatNya", akhirnya aku jelaskan jua bagi merungkai jawapan.

Ya benar. ayat 191 surah Ali-‘Imran ini banyak mengajarku apa itu erti bersyukur. Selama aku berada di bumi barakah Darul Quran ini, banyak yang ku pelajari erti kehidupan.pahit manis (mungkin masin pun ade), entahla, sebak bila memikirkan tidak lama lagi aku akan meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kenangan. Ah, rindu pada mujahidah yang sentiasa memberi semangat pada diri ini.

“ ana pasti ayat ni mesti membuatkan nti teringat kisah silam kan?betul tak?”ungkap sahabat yang terus memecahkan lamunanku. Aku hanya mengangguk setuju, tetapi hati masih tegar lagi untuk terus bercerita.

“ nti nak tau sesuatu tak, ayat inilah yang membuatkan ana semakin yakin dan tabah apabila mengalami sesuatu perkara yang menguji keimanan ana. Masa umur ana 11 tahun, ana kehilangan seorang abang yang ana sayang.Di saat itu, nti cuba bayangkan perasaan ana jika nti berada di tempat ana. Mungkin pada waktu itu, ada yang masih beranggapan pada umur tu masih lagi tak memahami, agaknya nak keluar air mata pun susah agaknya.

Tapi, ana paling sedih bila teringat kat abah ana, yang mana ketika tu dialah yang menjadi saksi kematian anak yang dia sayangi.DEPAN MATA SENDIRI!!.Belum pernah ana melihat abah ana mengalirkan air mata, tetapi di saat tu…….setiap kali bercerita tentang peristiwa (kemalangan) ni, pasti dan pasti abah ana akan mengalirkan air mata. Paling menyayat hati bila abang ana meninggal pada hari lahir abah ana sendiri.” Ku cuba kesat air mata yang mengalir dari merembes keluar.

Sahabat ana hanya mendiamkan diri, dan terus mendengar dan mendengar.

“Mak pada ketika tu langsung tak boleh nak simpan barang-barang arwah apatah lagi nak tengok semula. Masih terngiang-ngiang lagi ucapan arwah abang pada mak sebelum dia meninggalkan kami selama-lamanya.

“ Mak, kita rasa kita tak hidup lama la”, dengan nada bergurau abang berseloroh. Mak hanya diam kemudian mak jawab dengan nada bergurau juga, “ kalau macam tu, bertaubatlah”.

Mak sentiasa menangis sepanjang ketiadaan arwah, dan ana pada waktu tu belum mengerti lagi untuk pujuk mak. “Mak, maafkan adik ye mak, tak dapat nak pujuk mak nangis” hanya itu yang dapat ana luahkan. Dan, melihat keadaan mak, ana turut menangis kerana sememangnya kehilangan abang yang di sayangi amat perit, lebih-lebih lagi abang yang sentiasa memberi ana semangat, bergurau. “ uda, maafkan adik,” ku luah dalam hati.

Sahabat disebelah cuba menenangkan aku yang terlalu beremosi ketika itu. Mungkin menyingkap semula kenangan silam telah membuatkan aku tidak setabah dahulu.

“ Tapi, semenjak ana masuk DQ, ana baru tersedar bahawa segala kejadian yang Allah jadikan itu, mempunyai hikmah tersendiri yang mungkin kita tak sedar. Semenjak kehilangan arwah abang, abah yang dahulunya terlalu tegas pada anak-anak, sekarang ni Alhamdulillah, kemesraan di antara kami cukup erat. Dan, rezeki yang Allah kurniakan bertambah-tambah dengan izinNya. Syukur Alhamdulillah.”, Ucapku sambil mengesat air mata yang sudahpun kering dan aku tidak lagi beremosi seperti pada mula-mula tadi.

“ Bersyukurlah nti, segala kejadian dan ujian yang Allah timpakan pada kita tu,sebenarnya nak menguji tahap keimanan kita padaNya. Mungkin bukan pada hari ini kita diuji, mana tau esok lusa. Bukan Allah tidak sayang pada kita, bahkan Allah ingin melihat adakah benar-benar hambaNya ini sentiasa bersyukur kepadaNya. Ingatlah wahai sahabatku, benarlah janji Allah dalam kalamNya yang mulia bahawa setiap kejadian yang Allah jadikan itu,pasti ada hikmah yang tersembunyi.

P/S : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas uda…(Arwah Zamri bin Safian)..Ameen…

Imbas Kembali...


Setiap kali balik ke kampung (sejak umur dah masuk 20-an ni), pasti soalan yang ditanya; “bila nak kahwin?dengan orang mane?, soalan cepumas yang perlu aku jawab. Aku hanya tersenyum. Soalan yang sama membuatkan aku dah lali. Sambil tu mata aku memandang mak yang juga turut tersenyum. Kadang2 turut juga mengusikku.

Dulu soalan lazim yang sering ditanya ketika umur 17 tahun “ lepas ni nak sambung belajar kat mane?universiti mane?”dan sekarang bila meningkat umur di awal 20-an, mak lang, mak long, mak teh semuanya masing-masing secara tak lansung menjadi agen pencari jodoh tak rasmi.

Dulu jika ditanya soalan tu pada tahun 50-an,60-an mungkin anak gadis terus menjawab lepas ni kahwinlah mak Teh”,( yeke? Maaflah. Ana tak de pengalaman jadi orang dulu2). Tapi dengan zaman sekarang ni, masing2 anak gadis berlumba2 untuk mencari pengalaman dan ilmu dengan memasuki pusat pengajian tinggi. Lihatlah dunia sekarang, perempuan lebih ramai daripada lelaki yang masuk ke pusat pengajian tinggi sama ada IPTA/IPTS. Untuk kaum adam, yang lebih ramainya ke IPTS (Institut Pusat Tinggi Serenti)-opss maafkan ana kaum adam jika keterlaluan bicara, dan mungkin benar dan inilah realiti sebenarnya.

Bagi pandangan ana, tidaklah salah jika anak muda berkahwin awal pada usia muda (awal 20-an), tetapi, dinasihatkan kepada anak-anak muda yang ingin berkahwin awal ini supaya berfikir semasak-masaknya (sampai rentung pun takpe) kerana perkahwinan ini bukanlah hanya sehari dua ( bukan macam main kahwin-kahwin-masa kecik2 dulu). Berfikirlah pada untuk jangka masa panjang.

Bagi kita memang seronok dapat kahwin. Tapi, ingatlah amanah yang dipetanggungjawabkan kepada kita. Jika terlepas amanah tersebut, kita menanggung dosa yang maha berat. Bagi kaum Adam adalah Ar-Rijal yang memimpim kaum hawa. Jika diri sendiri tidak dapat dipimpin apatah lagi kita yang ingin memimpin. Bagi kaum hawa pula, kita adalah ketua bagi rumahtangga.

Lihatlah pengalaman2 dari generasi emas yang sehingga kini yang masih kekal sampai ke hari ini. Setiap kali ana balik ke rumah, ana sering mendengar cerita dari mak ana yang menceritakan pengalaman2 sepanjang usia perkahwinan yang hampir 35 tahun. Alhamdulillah. Mungkin sesetengah orang akan mengatakan “ ala, orang zaman dulu lain, tak banyak dugaan”.

Ya Benar, Cuma perlu kita diingatkan bahawa ujian Allah itu berlainan pada setiap hambaNya. Dan Dia tidak akan membebankan kita melainkan mengikut apa yang termampu.Bukankah dalam surah Al-Baqarah telah menyatakan demikian. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2 “ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ kami telah beriman,” dan mereka tidak di uji?

Mak kata, orang yang nak kahwin ni lebih2 lagi orang yang baru je lepas dapat Degree kalau berhasrat nak kahwin, berfikirlah panjang dulu. Lagi2 untuk lelaki. Kalau takde duit yang cukup, nak bagi anak orang makan ape?pasiq? (bak kata orang kedah). Sekurang2nya kerja dulu, tetapkan pendapatan. Zaman dulu lain sebab orang dulu2 ni dah matured, rajin bekerja bukan macam zaman anak muda sekarang ni(nak gosok baju sendiri pun suruh mak lagi).

Memang bercinta tu semua indah. Pada awal perkahwinan, semua sayang sampai makwe terlanggar batu pun, dimarahnya batu. Bila dah kahwin, dimarahnya pulak isteri, “awak ni letak mata kat mane ha? Lutut?”, em, sampai macam tu sekali.

Tapi mak ana kata, (mungkin ana pun akan kata jugak atau mungkin anda akan kata), kalau dah selalu sangat pasangan yang belum kahwin ni keluar datinglah, bersms sampai 2,3 pagi tak tidur2, bersayang2 lah, em, baik dikahwinkan terus daripada berbuat maksiat. Anda bersetuju??

Pembaca yang membaca kemungkinan besar akan ada yang kurang bersetuju dan ada yang bersetuju. Tapi, sebagai manusia biasa (yang masih belum berumahtangga), Ramai sahabat yang datang kepada ana menceritakan masalah2 mereka tentang pakwe masing2 (yang ketika mana mereka baru je 17 tahun), cerita tentang pakwe mereka ada main mata dengan awek kelas sebelah la, depan rumahlah, kampung seberanglah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang hampir tiap-tiap hari cerita benda yang sama. Agaknya apabila anda berada di tempat ana, agaknya apa respon anda?-mungkin tutup telinga?buat dek je?atau ape?.

Last2 ana jawab…

“ Kita sebagai manusia telah di anugerahkan akal dan fikiran untuk membezakan di antara dan baik dan buruk. CINTA sesama insan tu sememangnya fatrah kehidupan yang Allah anugerahkan untuk manusia saling berkasih sayang. Seperti sabda Nabi s.a.w telah mengatakan “ Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi seseorang itu sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri” Tetapi, jika kita cemari cinta itu pada tempat dan waktu yang salah, maka kita akan menjadi BUTA pada cinta (bukan buta huruf ye)

“ Sahabat, ana tak nafikan pada umur kita ni, ada perasaan ingin dikasihi, cinta-mencintai, tetapi adakah cinta kita itu kerana nafsu atau cinta kerana Allah?Mungkin kita kita nampak pada waktu sekarang dimana pada waktu ini kita hanya didedahkan dengan keadaan sekeliling kita hanyakah budak sekolah menengah (form 5) hanyalah sekitar 100 orang. Di suatu keadaan nanti bila kita semua ini akan membawa haluan masing2 ke IPTA/IPTS, kita akan turut berjumpa dengan pelbagai kerenah dan mahasiswa yang sememangnya lebih bergaya,cantik, kaya, macho, comel dan sebagainya”

“ Maka disitu, hati yang sememangnya dahulu setia pada budak sekolah yang kita cinta (yang dahulunya sama2 berjanji setia dan menyambung pengajian sama2) tidak mustahil akan berubah hati dan mencari seseorang yang lain. Anda setuju jika ana menyatakan bahawa ini hanyalah sekadar CINTA MONYET??. DAN, ana tidak menafikan DAN tidak semestinya setuju bahawa ada juga sebilangan mahasiswa yang menguruskan cinta dengan baik dan menjadikan hubungan mereka itu suatu yang serius dan menjadikan kedua2nya sebagai pembakar semangat ketika belajar dan berhasrat untuk memeterai janji sehingga ke jinjang pelamin.

DAN, bagi mahasiswa, perlu diingatkan bahawa selepas ini anda jangan ingat anda akan terlepas. Selepas ini anda akan melalui fasa yang terakhir iaitu fasa kerjaya. Di tempat kerja pula, anda akan bertemu dengan ramai klien,rakan-rakan baru dan pelbagai bangsa lagi. Disitu bermulalah ujian-ujian HATI. Tidak mustahil juga akan berubah hati pada fasa ini. “Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya hati ini milik Allah”.DAN, kita sebagai manusia seharusnya bijak mengurus hati dengan baik.

DAN, Mungkin kita akan berkahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal DAN, tak mustahil kita akan sentiasa dibelenggu dengan kisah silam (waktu bercinta-zaman sekolah menengah, universiti, tempat kerja)

Konklusinya, jika ingin menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang, uruskan dengan bijaksana dan mengikut syariat agama. Sebagai seseorang yang beragama Islam,tunjukkanlah konsep CINTA manusia berlandaskan CINTA kita kepada yang Maha Esa. Jagalah hati daripada sekarang kerana dari hati ini akan membentuk jiwa dan sikap anak-anak kita pada masa akan datang. Wallau’alam.

P/S : Maaf sekiranya artikel ini ada yang membuatkan para pembaca terasa hati atau tersingung perasaan.

Saturday, February 21, 2009

Renung Sejenak bersama...


CINTA ISLAMIK??

Disini ana ingin mengungkap serta mencatat kembali tulisan dari studiomuslim.com yang benarkah terdapatnya cinta Islamik?? Ntahlah...mungkin ya mungkin tidak...Mari kita sama-sama hayati artikel di bawah ni :


‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.

“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.

Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44)

Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

Dulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan


Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008