Thursday, March 19, 2009

Ustazah...Ustazah...


Em, kini secara x langsung gelaran tu dapat kat ana ( em,rasa macam xlayak je).Tapi, itulah pandangan orang luar pada orang2 yang belajar agama macam kita ni. Kadang2  terselit jugak kat hati nakal ana ni nak jadi orang biasa je, tapi tulah ape2 masalah berkaitan hukum agama, makcik2 kat kampung datang cari (kononnyalah).

Suatu hari ana berfikir, orang muda macam kita nilah yang jadi perintis kepada perjuangan Nabi Allah Muhammad.Tapi kenapa ramai dikalangan orang2 muda(orang yang belajar agama khususnya) terlebih over dari orang biasa...Pelik2..Bukan ana mengatakan salah menonton kartun, dan kadang2 diri kita juga perlukan hiburan, tapi berpada2 itu lebih baik.. :) 

Ha, xpercaya??ana cakap ni pun berdasarkan apa yang ana tengok sendiri depan mata. Bila tengok tv, mengalahkan adik2.Yang menghairankan citer kartun je lagipun tapi tengok dari pagi sampai petang, tergelak2 mengalahkan ponti anak remaja ( eh betul ke grammer tu). Kadang2 malu pada mak ayah yang penat lelah nak tengok anak2 berjaya dalam bidang agama supaya satu hari nanti anak2 dapat mengajar mereka tapi lain pula jadinya mak ayah pula yang tegur anak. Malu pada non muslim pun ada. So, xboleh jugak salahkan non muslim 100% kalau mereka salah anggap pada agama Islam kalau orang Islam sendiri bersikap macam tadi.

Em, ni baru citer pasal tengok tv, belum lagi masuk bab rukun Islam yang kedua. SOLAT! ana PASTI dan PASTI kalau ana cakap solat subuhlah yang paling liat nak bangun, sedangkan subuh tu hanya 2 rakaat je bukan 20 rakaat. Kalau boleh waktu tulah time nak tarik selimut sampai kepala, dan jangan lupa sarjan2 serta prebet syaitan juga bertungkus lumus melakukan kerja mereka supaya kita termasuk menjadi rakan2 mereka di neraka nanti. Kalau yang belajar agama tahap tinggi, bukan setakat sarjan dan prebet malah dibawanya raja dan bendahara sekali agaknya. Dalam firman Allah SWT :

 

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

                                                                                                                                        (Al-Ankabut : 2)

 Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad bersusah payah untuk meringankan beban umatnya supaya solat diringankan daripada 50 waktu kepada beberapa 5 waktu sahaja ( betul ke ayat aku ni).Sampai Rasul  turun naik turun naik jumpa Allah untuk meringankan jumlah waktu mengikut kemampuan umatnya sehinggakan Rasulullah dah malu nak jumpa Allah. Kalaulah Rasulullah masih hidup dan melihat umatnya malas mengerjakan solat, pasti baginda tersangat sedih :(  .Dan kita sebagai umatnya sepatutnya bersyukur kerana hanya solat 5 waktu je kena buat. Bersyukur dan bersyukurlah.

Seharusnya kita sebagai golongan yang belajar agama ni, berusaha menjadi contoh ikutan kepada ibu ayah, adik-beradik. Mungkin dengan hidayah dari Allah, adik-beradik kita yang dulunya sosial@xmenutup aurat, akan berubah berkat perubahan serta anjakan paradigma kita sendiri. Secara xlangsung kita mendapat saham pahala daripada perubahan yang kita salurkan dan inikan salah satu metod dakwah juga J..Lagi satu, kalau boleh, kita lah yang jadi penggerak subuh tanpa gaji di rumah bukan mak atau ayah yang kejutkan...

Kepada sahabat2 serta diri yang menulis ini, marilah kita sama2 berusaha melakukan anjakan paradigma kepada diri kita  menjadi seorang MUSLIM SEJATI dan MUSLIMAH SEJATI. Perjuangkan sunnah serta Ad-Din yang Rasul tinggalkan untuk kita. Impaknya akan lahir generasi2 perintis Rasulullah SAW yang memperjuangkan agama Allah.Ya Allah, Alangkah bahagianya jika Rasulullah masih hidup. Kami rindu padamu Ya Rasulullah!!!

 

 

Monday, March 16, 2009

Hati Wanita...Hati Muslimah...


Wanita??perempuan??

Aku tertarik bila cerita tentang wanita..sebab ape?mungkin aku juga seorang wanita juga seorang muslimah...

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan daku, yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, jantungku untuk berdegup, kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.

Entah mengapa jiwaku meronta.
Aku wanita inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku. Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. Janganlah kerana diri ini yang lemah kau anggap daku tidak punya perasaan. Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu layak di hormati? Mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar lelaki? Bukan niatku sebagai wanita untuk di sanjung.Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah kalian. Tapi aku ingin berada di samping kalian supaya kalian bisa memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada wanita sepertiku.

Ya benar.
Wanita sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang wanita yang solehah. Tapi, aku ingin menjaga maruahku! Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh manusia seperti kalian. Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. Mengapakah kalian tidak memahami hati ini? Mengapakah kalian tidak bisa membantu diri ini? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan kalian untuk mempergunakan kami? Bagaimanakah agaknya bila ibu kalian, kakak kalian atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti kalian??? Sanggupkah kalian?? Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. Bilamana di bandingkan antara kalian, kalian tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain. Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar..

Tidak ada sesiapa pun wanita di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. Aku, seorang wanita tetap menginginkan perhatian.
Janganlah kalian terkejut bila aku katakan bahawa setiap wanita menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak.Ingin disayangi, ingin didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari. Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan wanita sepertimana diibaratkan wanita ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. Maka kalian lah yang bisa meluruskannya. Itulah yang daku maksudkan. Bukanlah daku tidak mengizinkan kalian untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin bisa menimbulkan luka dalam hati. Bila wanita sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. Tapi dengan satu pujukan sahaja bisa mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama WANITA..

Justeru aku merayu, bantulah insan-insan sepertiku. Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. Jiwaku ingin meronta. Kami tidak ada sesiapa melainkan kalian. Kalian lah pemimpin kami. Dan kepada kalian lah kami bergantung. Bantulah kami. Pimpinlah kami ke arah keredhaan-Nya. Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa kalian untuk membimbing kami untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahan kami. Sedarkan kami dari lena yang penuh dengan kelalaian. Jangan biarkan kami di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaan kami atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan kami ke jalan yang benar.
Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku.

Wednesday, March 4, 2009

Ape itu Zina Hati??


Masih ramai yang tertanya-tanya dan tidak kurang juga ingin mengetahui apa  itu zina hati. Kadang-kadang ana turut hairan (mungkin anda juga turut hairan), kebanyakkan zina hati ni berlaku pada sebilangan orang yang lebih faham tentang agama?anda setuju?mungkin ya atau tidak.Ana tidak menyatakan ya atau tidak kerana masih ada lagi perbahasan dan persoalan mengenainya.

Rasulullah bersabda: "mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia"
HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita

Sebilangan kita masih menganggap bahawa zina hati itu adalah perkara yang tidak penting. Masakan tidak, kita masih lagi melihat anak-anak muda bahkan kita sendiri tergolong dalam golongan agama ini melakukan perkara tersebut.Ada yang mengatakan pada ana apabila ditegur " kami keluar je, xbuat ape2 pon?"..Ya anda telah keluar, tapi secara tidak langsung anda telah menaikkan saham dosa anda walaupun sekadar keluar tanpa berbuat apa2. Bukankah Rasulullah pernah bersabda " apabila seorang lelaki dan perempuan duduk berdua-duan tanpa mahra, maka yang ketiganya adalah syaitan".

Mungkin pada hari ini anda tidak berani untuk keluar berpegangan tangan, DAN tidak mustahil syaitan akan membawa syaitan yang lain berpangkat sarjan untuk menggoda anda dan menyuruh anda berpegangan tangan. DAN ia akan terus berlanjutan daripada berpegangan tangan, mata melihat pada yg bukan muhrim, lidah berkata perkataan yang tidak sepatutnya kepada yang bukan muhrim.Seterusnya ia berlanjutan sehingga kepada zina.Na'uzubillah. 

Setiap perkara yang Allah larang ada sebab tujuannya sepertimana diciptakan kerusi oleh manusia kerana tujuannya adalah untuk kita duduk. Firman Allah s.w.t "Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam" ( Surah Al-Ankabut ayat 3)

Ingatlah sahabat2 serta pada diri ana khususnya, setiap manusia yang Allah ciptakan tidak terlepas daripada fatrah insani yang memerlukan antara satu sama lain. TETAPI, setiap insan juga Allah kurniakan akal untuk membezakan antara yang baik mahupun buruk. Maka kita sebgai manusia " Khaira Ummah" kita sebaiknya bersyukur di atas kurnia yang diberikan. Akan tetapi sebanyak mana yang kita bersyukur??kadangkala ana masih terfikir-fikir(sampai termimpi2), kenapa Allah jadikan hidup kita berpasang-pasangan?mata ada dua. telinga ada dua..

Rupa2nya...

Allah nak kita berfikir sebaik2nya tentang kejadian alam..Berbalik kepada zina hati tadi (dah meleret2 plk dah), em, seringkali manusia tidak menyedari bahawa syaitan akan sentiasa  menumpulkan mata hati dalam melihat kebenaran dan menutup segala perbuatan dosa dengan pelbagai  alasan untuk membuat manusia melihat seolah perbuatan dosanya itu adalah perbuatan baik. Apalagi untuk dosa-dosa yang tersembunyi semacam zina hati dan riya? Setiap perbuatan itu disertakan dengan niat, dan hadith itulah yang selalu kita baca DAN kita seringkali lupa dan alpa bahawa tujuan tidak menghalalkan cara. Mungkin ada yang merasakan mereka tidak melakukan ape2 yang menjurus kepada zina, tapi mungkin akan mengundang kepada zina hati. cthnya : seringkali berbalas mesej tazkirah, tanya khabar dan sebagainya (sekadar pendapat ana je), ana faham sebahagian kita berniat baik untuk berdakwah, akan tetapi, cukupkah syarat kita untuk berdakwah kepada rakan sebilik, rakan sebelah bilik, dan sesama jantina..?lebih2 lagi pada kaum keluarga kita??

Syaitan sentiasa akan menjadikan anak2 Adam untuk menemaninya ke neraka. Walaupun syaitan tidak dapat memujuk kita melakukan zina, jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa memujuk kita untuk melakukan zina hati. Meskipun bukan dosa besar sebagaimana zina, namun tetap dosa yang jika diremehkan malah akan menjadi dosa penentangan terhadap Allah s..w.t.
 
P/S : Jika ada tersalah kata, sila betulkan



 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008