BismiALLAH

Saturday, June 27, 2009

Kejadian yang Mencemaskan II


28 JUN 2009

Dan...

" Ya Allah" hanya itu yang mampu aku luahkan. Aku menarik sebuah fail hitam yang terselit dan terselindung disebalik fail2 SMUTEM yang lain. " Alhamdulillah, disini rupanya kau ye fail, puas aku cari" aku mengucap kalimah syukur berulangkali.

Setelah itu, aku mula terfikir bahawa segala kejadian yang berlaku pasti tarbiyyah dari Allah..Fikiran aku mula teringat lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan " ujian adalah..tarbiyyah dari Allah"

"Ya aku perlu bermuhasabah kembali, dan syukur kerana Allah memberi peluang kedua kepada aku"

Buat sahabat2, bukan semata2 ana ingin mencari publisiti dengan mem'publishkan' blog ana dengan cerita saspen, tapi apa yang ana ingin kongsikan adalah setiap perkara yang menguji keimanan kita, setiap kali tu mestilah kita berhusnuzhon dengan Pencipta kita.

Mungkin apa yang berlaku itu, ada hikmah dan menandakan kita sepatutnya bersyukur dan bermuhasabah. Mungkin itu adalah sebahagian dosa2 kita yang Allah tunjukkan untuk memberi peringatan kepada kita.

hmmm, buat diri aku...lepas ni jangan confident cakap yang letak kat sini, tapi sebenarnya letak kat tempat lain...so, kepada anda semua, letak barang2 anda ditempat yang selamat dan mudah diingati..ke gane?hehe

Tuesday, June 23, 2009

Kejadian yang mencemaskan...


23 Jun 2009

" Mak, mak nampak tak fail warna hitam kat sini?"

" Mak x nampaklah, kamu letak katne?" Aku menggaru2 kepala.Fail hitam kesayangan aku tu penuh dengan sijil2 penting.." Habislah aku"aku menggumam. Sudahlah dalam fail2 tu banyak sijil2 yang aku perlu fotostat untuk persediaan masuk IPT, tiba2 ghaib pulak.Setahu aku, fail ni tidak ada siapa yang mengalihkannya.

Aku dengan rasa confident nya mengatakan kat mak dengan abah memang aku bawak balik ke rumah..Tapi memang betul pun..Abang ipar aku pun mengatakan yang dia nampak fail juga aku yang diletakkan di sudut kerusi.

Habis seluruh pelusuk rumah aku geledah. Bawah kerusi, atas meja, dalam bakul..Semuanya digeledah.Yang paling risau sekali mak akulah, die yang bersungguh2 mencari fail aku. Timbul rasa kasihan pada mak." Mak mintak maafla ye, nyusahkan mak"

" Ya Allah, mana pulak fail ni, aku ingat letak kat sini ari tu. Dahla xsiap ape benda lagi ni, xmasuk U la aku pasni"..Siang malam aku dan mak mencari fail, kalau tak jumpa juga, aku berkira2 nak keje je dengan abah.

Keesokkannya aku pergi ke DQ untuk mencari semula fail yang hilang, mane lah tau aku terbawa sementara tu aku juga perlu menguruskan perkara yang tak selesai lagi di DQ. Puas juga mencari, tapi tak jumpa.Abes semua aku selongkar. " Mak ai, mane pulak ni, xkan terbuang dah kot"

Aku telefon abah. " Abah, xdelah fail kat DQ, dah cari, xjumpa juga, macam mane ni"Suara abah seakan2 gelisah. Mane taknya kalau dokumen2 dalam fail tu tidak ade, alamatnya kena ambil yang baru kat putrajaya." kita cari lagi kat rumah, mane tau terselit kat mane2"

Balik dari DQ, aku mencari lagi." kalau tak jumpa juga, aku redha xmasuk u"Tiba malam tu, dengan tidak semena-mena aku bermimpi yang ada seseorang menghulurkan fail itu pada aku. Tersedar sahaja, aku terus bgitau pada mak yang aku nak pergi ke DQ mencari semula fail yang hilang. Mimpi tersebut amat meyakinkan aku bahawa hari ni InsyaAllah aku jumpa semula fail tu.

Setiba di DQ, tempat pertama yang dituju semestinya bilik SMUTEM. Cari punya cari, tiba2 mata aku terpandang rak fail2 SMUTEM. Aku pun cari satu-persatu dan....



Sambungan...

Thursday, June 18, 2009

Keluhan Atau Luahan??


18 Jun 2009

Penatnya..

Lenguh betul badan2 ni...

Kadang2 kita tidak sedar adakah ini adalah suatu keluhan atau luahan. Tidak dinafikan kadangkala dalam sedar tak sedar aku sering mengeluarkan perkataan ini. Begitulah semenjak aku pulang ke rumah untuk membantu mak dan abah membeli barang2 untuk berniaga keesokkan hari.

Bukan merungut bukan mengeluh bukan juga luahan. Sekadar terkeluar dari mulut. Betul ke?(apa yang aku merepek ni).Melihat minat ayah aku yang suka berniaga kedai makan sedikit sebanyak aku mengagumi kesabaran mak dengan abah yang tidak pernah merungut walaupun sekali.

Rasanya aku yang hampir balik seminggu setengah di rumah ni sudah tak tahan penat, apatah lagi abah dan mak yang sudah berbulan2 berniaga membeli barang2 niaga pada waktu yang sama, dimana hampir setiap hari balik pukul 10 malam. Dan keesokkan pula bangun seawal 5 pagi.

Teringat aku dimana aku mengikut abah dan mak ke NSK, Rawang untuk membeli barang. Aku melihat wajah kepenatan mak dan abah. terdetik hati kecilku " Ya Allah, tahan betul mak ayah aku ni, dahlah siang tadi bertungkus lumus amik order kat PERODUA, lepas tu pasang khemah orang tempah kanopi".

Pernah aku tujukan soalan kepada abah " abah, xpenat ke abah berniaga.amik order sane, amik order sini".Abah cuma tersenyum " biasalah berniaga, kena kerja kuat sikit nak bagi kamu dengan adik belajar, abah dah pencen, cari rezeki lebih xpe, bila abah dah tak larat nanti , nyanyuk ke,kamu la ganti abah pulak" Aku terdiam.

Air mata cuba ku tahan dari jatuh. Sebak dirasakan kerana abah tidak mengeluh apatah lagi merungut. Apatah lagi abah sering mengatakan kalimah2 yang mengusik hati.Setiap saat hati aku terdetik " Terima Kasih Ya Allah, kau berikan aku ibu bapa yang terbaik buatku"

" Abah, Selamat Hari Bapa"

Tuesday, June 16, 2009

Penawar Hatiku...


16 Jun 2009

Kepada sahabat2 yang pernah mengalami gangguan makhluk halus atau sebagainya...ana ingin memberi sedikit pendinding dirivyang ana baca dan tanyakan pada ustaz2..InsyaAllah dengan izinNya mujarab.

Pertama : Al-Fatihah 3 kali. Sesudah dibaca, hembuskan ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.

Kedua : Sebelum tidur, bacalah ayat kursi sebaik-baiknya di baca sebanyak 3 atau 7 kali

Ketiga : Baca doa sebelum tidur dan selawat serta mengucap dua kalimah syahadah.

Keempat : Beristiqomahlah berwuduk sebelum tidur kerana syaitan dan iblis tidak berani mendekati orang yang ada air wuduk.

Kelima : Baca surah Al-Ikhlas 3 kali, surh Al-Falaq dan surah Al-Nas sekali.

Ketika kalian terkejut dari tidur disebabkan mimpi2 pelik atau terjaga secara tiba2 pada waktu dinihari. Cara2 nya adalah

Pertama : Ambil wuduk
Kedua : sembahyang sunat atau hajat sekiranya berkemampuan
Ketiga : Baca yassin atau surah2 lain mengikut tertib

Wallahu'alam...Selamat Mencuba




Sunday, June 14, 2009

Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan


14 Jun 2009


Definisi :

SAKA adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

SAKA ini wujud apabila nenek terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membakitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Semasa mereka hidup,mereka telah bersahabat2 dan membela jin2 tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama2 seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain2 memang terkenal dengan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Firman Allah dalam surah Jin ayat 6 yang bermaksud..

" Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin2 itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..."

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Oleh itu, wahai sahabat2, sebagai seorang manusia kita mestilah hidup berlandaskan Al-Quran Wal Sunnah...DAN, beringatlah sentiasa walaupun sebilangan dari kita ada yang telah memiliki saka keturunan @ tiada saka sekalipun, kita mestilah ada pendinding diri.

" Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu denga kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, insyaAllah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah menurunkan penyakit dan disamping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikan penawar yang dideritai"

Wednesday, June 10, 2009

Maafkan Aku..


11 JUN 2009

Tiada ungkapan yang lahir dari hati ini melainkan ingin memohon jutaan kemaafan serta terima kasih kepada ahli jawatankuasa Sekretariat Menyambung Pelajaran ke Timur Tengah (SMUTEM) kerana bertungkus-lumus dalam membantu kerja-kerja pengurusan.

Jika ditakdirkan ana dapat rezeki menyambung pengajian di dalam negara (ipt),ana memohon maaf tidak dapat bersama menghabiskan kerja-kerja yang masih belum selesai. Jika tidak, ana akan cuba membantu sedaya yang mungkin.

Terima kasih atas segalanya, segala pengorbanan kalian selama hampir 5 bulan serta tunjuk ajar kalian pada ana Mungkin di HEP,unit akademik dan unit rekod dah kenal budak2 smutem ni (hehe)..Kadang2 lucu juga bila ditegur En. Ramlee di maktabah " Lor..ingatkan dah balik dah, upenya ade lagi kat sini". Ana dengan selamba hanya buat muka seposen jelah.

Hmm..Banyak yang ana pelajari sepanjang menguruskan SMUTEM selama hampir 5 bulan ni dan sedikit sebanyak pengalaman dari kerja2 ni akan ana praktikkan selepas ini insyaAllah.

DAN, Ana doakan kalian sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah hendaknya.

Sekalung Tahniah Buat Kalian...


11 JUN 2009

Tahniah

Tahniah

Kepada pasangan Rokhaizat & Amir serta Ku Rohana & Fadhlullah, ana mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" walaupun majlis kalian sudah beberapa hari dilangsungkan. Kepada kak Ku Rohana, ana memohon maaf di atas ketidakhadiran ana pada majlis akak.

Dan, Semoga diri kalian semua sentiasa dirahmati dan moga bahagia hingga akhir hayat hendaknya insyaAllah...

Tuesday, June 2, 2009

Lucu ya...!!!


3 JUN 2009

"Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke tabung Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket


" Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan TV.

"Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton tv di rumah.

" Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu munajat atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan2.

" Lucu ya, sebagai seorang pejuang, susah sangat baca Al-Quran 1 juz, tapi majalah hiburan, surat khabar nyamuk pun habis dilahap.

" Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu, mesyuarat dan program, tapi untuk acara lain seperti menonton, annual dinner atau high tea kita boleh diubah sekelip mata.

" Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebarkan gossip atau khabar angin.

" Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di internet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

" Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.

" Lucu ya, kita boleh mengirimkan beberapa jokes dan surat berantai lewat emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering kita berfikir dua tiga kali. kenapa ya???

" Dan sampaikan berita gembira kepada orang2 mukmin bahawa sesungguhnya bagi mereka kurniaan yang besar dari Allah"
 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008