Sunday, May 23, 2010

Penantian 10 tahun saya dimakbulkan..


23 Mei 2010

Syukur alhamdulillah, penantian dan harapan saya selama hampir 10 tahun dimakbulkan oleh Allah. Satu jangka masa yang memerlukan kesabaran dan doa dari semua.

Baru-baru ini kehilangan handphone kesayangan memberi impak kepada saya lebih2 lagi kehilangannya seminggu saya akan menghadiri program di Shah Alam, sudah tentulah saya amat memerlukannya. Lebih terkilan, handphone tersebut baru sahaja menyambut hari kelahirannya selama setahun.

Kehilangan handphone saya amat2 menyentuh hati saya. Hikmah disebaliknya, selama hampir 10 tahun saya menanti untuk bertemu kembali dengan rakan2 lama saya dari sekolah rendah. Sudah banyak usaha yang saya buat termasuklah melalui Facebook, tetapi masih lagi gagal mencari (ada yg guna nama lain), saya juga ade meminta tolong siapa2 yang pergi ke Mekkah tolong untuk mendoakan untuk saya. Akhirnya penantian saya dimakbulkan oleh Allah, salah seorang dari rakan lama saya 'add friend' di FB. Ya Allah, sungguh xsangka.Penantian selama hampir sepuluh tahun akhirnya berhasil.

Kelukaan akibat kehilangan handphone saya terubat sedikit demi sedikit dengan kemunculan semula sahabat2 lama yang masih kenal diri saya walaupun masing2 membuat haluan masing2 selepas mendapat keputusan UPSR. Ada yang sudah bekerja, masih belajar dan ade juga yang sudah berkahwin dan mempuyai anak. Paling tak sangka seorang sahabat lama saya baru sahaja meraikan konvo beliau di IIUM, Gombak tahun ini memandangkan beliau belajar di kolej IIC (International Islamic Collegue) di bawah UIA dan saya xsempat untuk berjumpanya memandangkan saya terlambat untuk add beliau di fb. Alhamdulillah, mungkin wasilah melalui FB ini banyak membantu saya mencari semula rakan2 lama yang amat saya rindui selama ini. Macam jejak kasihla plak ye..=)

Alhamdulillah, mugkin doa dan kesabaran membawa kepada penantian ini. Cepat atau lambat bergantung kepadaNya. Mungkin tempoh selama 10tahun itu mengajar saya ape itu ikhlas dan sabar. Bagi sape2 yang ingin mencari sahabat2 lama, gunakanlah wasilah teknologi yg digunakan sekarang selain terus berdoa dan usaha.InsyaAllah Allah akan makbulkan.

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008