BismiALLAH

Friday, February 27, 2009

Imbas Kembali...


Setiap kali balik ke kampung (sejak umur dah masuk 20-an ni), pasti soalan yang ditanya; “bila nak kahwin?dengan orang mane?, soalan cepumas yang perlu aku jawab. Aku hanya tersenyum. Soalan yang sama membuatkan aku dah lali. Sambil tu mata aku memandang mak yang juga turut tersenyum. Kadang2 turut juga mengusikku.

Dulu soalan lazim yang sering ditanya ketika umur 17 tahun “ lepas ni nak sambung belajar kat mane?universiti mane?”dan sekarang bila meningkat umur di awal 20-an, mak lang, mak long, mak teh semuanya masing-masing secara tak lansung menjadi agen pencari jodoh tak rasmi.

Dulu jika ditanya soalan tu pada tahun 50-an,60-an mungkin anak gadis terus menjawab lepas ni kahwinlah mak Teh”,( yeke? Maaflah. Ana tak de pengalaman jadi orang dulu2). Tapi dengan zaman sekarang ni, masing2 anak gadis berlumba2 untuk mencari pengalaman dan ilmu dengan memasuki pusat pengajian tinggi. Lihatlah dunia sekarang, perempuan lebih ramai daripada lelaki yang masuk ke pusat pengajian tinggi sama ada IPTA/IPTS. Untuk kaum adam, yang lebih ramainya ke IPTS (Institut Pusat Tinggi Serenti)-opss maafkan ana kaum adam jika keterlaluan bicara, dan mungkin benar dan inilah realiti sebenarnya.

Bagi pandangan ana, tidaklah salah jika anak muda berkahwin awal pada usia muda (awal 20-an), tetapi, dinasihatkan kepada anak-anak muda yang ingin berkahwin awal ini supaya berfikir semasak-masaknya (sampai rentung pun takpe) kerana perkahwinan ini bukanlah hanya sehari dua ( bukan macam main kahwin-kahwin-masa kecik2 dulu). Berfikirlah pada untuk jangka masa panjang.

Bagi kita memang seronok dapat kahwin. Tapi, ingatlah amanah yang dipetanggungjawabkan kepada kita. Jika terlepas amanah tersebut, kita menanggung dosa yang maha berat. Bagi kaum Adam adalah Ar-Rijal yang memimpim kaum hawa. Jika diri sendiri tidak dapat dipimpin apatah lagi kita yang ingin memimpin. Bagi kaum hawa pula, kita adalah ketua bagi rumahtangga.

Lihatlah pengalaman2 dari generasi emas yang sehingga kini yang masih kekal sampai ke hari ini. Setiap kali ana balik ke rumah, ana sering mendengar cerita dari mak ana yang menceritakan pengalaman2 sepanjang usia perkahwinan yang hampir 35 tahun. Alhamdulillah. Mungkin sesetengah orang akan mengatakan “ ala, orang zaman dulu lain, tak banyak dugaan”.

Ya Benar, Cuma perlu kita diingatkan bahawa ujian Allah itu berlainan pada setiap hambaNya. Dan Dia tidak akan membebankan kita melainkan mengikut apa yang termampu.Bukankah dalam surah Al-Baqarah telah menyatakan demikian. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2 “ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ kami telah beriman,” dan mereka tidak di uji?

Mak kata, orang yang nak kahwin ni lebih2 lagi orang yang baru je lepas dapat Degree kalau berhasrat nak kahwin, berfikirlah panjang dulu. Lagi2 untuk lelaki. Kalau takde duit yang cukup, nak bagi anak orang makan ape?pasiq? (bak kata orang kedah). Sekurang2nya kerja dulu, tetapkan pendapatan. Zaman dulu lain sebab orang dulu2 ni dah matured, rajin bekerja bukan macam zaman anak muda sekarang ni(nak gosok baju sendiri pun suruh mak lagi).

Memang bercinta tu semua indah. Pada awal perkahwinan, semua sayang sampai makwe terlanggar batu pun, dimarahnya batu. Bila dah kahwin, dimarahnya pulak isteri, “awak ni letak mata kat mane ha? Lutut?”, em, sampai macam tu sekali.

Tapi mak ana kata, (mungkin ana pun akan kata jugak atau mungkin anda akan kata), kalau dah selalu sangat pasangan yang belum kahwin ni keluar datinglah, bersms sampai 2,3 pagi tak tidur2, bersayang2 lah, em, baik dikahwinkan terus daripada berbuat maksiat. Anda bersetuju??

Pembaca yang membaca kemungkinan besar akan ada yang kurang bersetuju dan ada yang bersetuju. Tapi, sebagai manusia biasa (yang masih belum berumahtangga), Ramai sahabat yang datang kepada ana menceritakan masalah2 mereka tentang pakwe masing2 (yang ketika mana mereka baru je 17 tahun), cerita tentang pakwe mereka ada main mata dengan awek kelas sebelah la, depan rumahlah, kampung seberanglah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang hampir tiap-tiap hari cerita benda yang sama. Agaknya apabila anda berada di tempat ana, agaknya apa respon anda?-mungkin tutup telinga?buat dek je?atau ape?.

Last2 ana jawab…

“ Kita sebagai manusia telah di anugerahkan akal dan fikiran untuk membezakan di antara dan baik dan buruk. CINTA sesama insan tu sememangnya fatrah kehidupan yang Allah anugerahkan untuk manusia saling berkasih sayang. Seperti sabda Nabi s.a.w telah mengatakan “ Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi seseorang itu sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri” Tetapi, jika kita cemari cinta itu pada tempat dan waktu yang salah, maka kita akan menjadi BUTA pada cinta (bukan buta huruf ye)

“ Sahabat, ana tak nafikan pada umur kita ni, ada perasaan ingin dikasihi, cinta-mencintai, tetapi adakah cinta kita itu kerana nafsu atau cinta kerana Allah?Mungkin kita kita nampak pada waktu sekarang dimana pada waktu ini kita hanya didedahkan dengan keadaan sekeliling kita hanyakah budak sekolah menengah (form 5) hanyalah sekitar 100 orang. Di suatu keadaan nanti bila kita semua ini akan membawa haluan masing2 ke IPTA/IPTS, kita akan turut berjumpa dengan pelbagai kerenah dan mahasiswa yang sememangnya lebih bergaya,cantik, kaya, macho, comel dan sebagainya”

“ Maka disitu, hati yang sememangnya dahulu setia pada budak sekolah yang kita cinta (yang dahulunya sama2 berjanji setia dan menyambung pengajian sama2) tidak mustahil akan berubah hati dan mencari seseorang yang lain. Anda setuju jika ana menyatakan bahawa ini hanyalah sekadar CINTA MONYET??. DAN, ana tidak menafikan DAN tidak semestinya setuju bahawa ada juga sebilangan mahasiswa yang menguruskan cinta dengan baik dan menjadikan hubungan mereka itu suatu yang serius dan menjadikan kedua2nya sebagai pembakar semangat ketika belajar dan berhasrat untuk memeterai janji sehingga ke jinjang pelamin.

DAN, bagi mahasiswa, perlu diingatkan bahawa selepas ini anda jangan ingat anda akan terlepas. Selepas ini anda akan melalui fasa yang terakhir iaitu fasa kerjaya. Di tempat kerja pula, anda akan bertemu dengan ramai klien,rakan-rakan baru dan pelbagai bangsa lagi. Disitu bermulalah ujian-ujian HATI. Tidak mustahil juga akan berubah hati pada fasa ini. “Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya hati ini milik Allah”.DAN, kita sebagai manusia seharusnya bijak mengurus hati dengan baik.

DAN, Mungkin kita akan berkahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal DAN, tak mustahil kita akan sentiasa dibelenggu dengan kisah silam (waktu bercinta-zaman sekolah menengah, universiti, tempat kerja)

Konklusinya, jika ingin menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang, uruskan dengan bijaksana dan mengikut syariat agama. Sebagai seseorang yang beragama Islam,tunjukkanlah konsep CINTA manusia berlandaskan CINTA kita kepada yang Maha Esa. Jagalah hati daripada sekarang kerana dari hati ini akan membentuk jiwa dan sikap anak-anak kita pada masa akan datang. Wallau’alam.

P/S : Maaf sekiranya artikel ini ada yang membuatkan para pembaca terasa hati atau tersingung perasaan.

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008