BismiALLAH

Tuesday, December 22, 2009

Kenapa Harry Potter??


24 Disember 2009

Saya akhirnya diberi peluang untuk menulis selepas beberapa hari ini kesihatan saya agak terganggu menyebabkan saya terpaksa 'ponteng' kelas. Hmm, agak memalukan juga. Tapi itulah fitrah manusia, Allah menguji saya dengan kesakitan dan memberi 'qisas' kafarah dosa pada saya.

Hari ini saya berminat untuk menceritakan tentang  'Harry Potter'. Sekarang ini saya hampir mengumpul kesemua buku Harry Potter karangan oleh J.K Rowling. Ini adalah satu cerita yang menarik perhatian saya selama mana saya menelaah buku beliau. Mungkin pada pandangan anda, kenapa saya tidak membaca buku ilmiah sebagai panduan dan baca pula buku yang dikarang oleh orang barat lebih2 lagi buka bersifat ilusi semata2??

Mungkin ada dikalangan anda ada yang berminat untuk membaca buku2 seperti ini dan ada juga mengatakan hanya membuang masa membaca buku berkisarkan tentang ahli sihir dan mungkin bagi anda ia 'mengarut'. Tapi bagi saya, terdapat tema di dalam cerita tersebut sedikit sebanyak boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita.Ops, saya bukan mengajar anda untuk menjadi ahli sihir, tapi sentiasalah beringat " yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'

Pertamanya, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita Harry Potter, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter_(watak).  Sesaat saya terfikir bahawa J.K Rowling mempunyai imaginasi yang tinggi ketika mereka cerita sebegini. Dengan plot yang menarik dan tersusun memudahkan pembaca membacanya. Akhirnya saya berjaya dapat mengumpulkan beberapa tema yang dapat kongsikan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Kasih sayang
* Kekurangan kasih sayang disebabkan kematian kedua ibunya bapanya ketika berumur setahun, menjadikan dia seorang berani, cekal dan tabah. Tetapi kadangkala tidak dapat mengawal emosi. Dia tidak dibesarkan dengan kasih sayang oleh keluarga Dursley disebabkan mereka menganggap Harry seorang yang pelik dan anak yatim dan dia juga sering diejek dan dihina. Tetapi, kehadiran keluarga sahabatnya Ron, menjadikan dia gembira kerana keluarga Ron sentiasa menganggapnya seperti ahli keluarga dan paling mengagumkan adik-beradik Ron juga turut menyenangi kehadirannya. Mereka sentiasa menerima Harry walaupun Harry seorang anak yatim dan tidak pernah memperlakukan seperti orang luar jauh sekali menghina.

Setia berkawan
* Sepanjang saya membaca ketujuh2 buku Harry Potter, saya tak nafikan kesetiaan kedua sahabatnya Ron dan Hermione sepanjang mereka bersekolah Hogwart ( Sekolah Sihir) selama 6 tahun. Sanggup meniti susah dan senang, walaupun bahaya didepan mata. Salah satu sikap Harry yang saya kagumi, dia sanggup berkorban terhadap sahabatnya ketika bahaya mendatang. Andai kita ditempatnya, adakah kita akan setia untuk berkorban menyelamatkan sahabat2 ketika dalam bahaya? dan mungkin dalam tidak sedar andai kita berada dalam situasi bahaya kita akan menjadi salah seorang sahabat yang mementingkan diri. Siapa tahu?

Kawalan emosi
* Dalam satu slot dalam filem kelima Harry Potter ( The Order of Phoenix), ketika mana Harry Potter mangalami mimpi ngeri tentang Kuasa Jahat ( Lord Voldemort) yang sentiasa menguasai mindanya, guru posyennya, Severus Snape telah menyuruhnya untuk mengawal emosi kerana Harry sentiasa dikawal dengan emosi marah. Apabila kita marah, control your mind/yourself . Bagi seorang muslim pastilah kita tahu apabila kita marah, syaitan akan sentiasa mengambil peluang 'mencucuk' hati kita supaya lebih marah dan marah.Api lawannya air.Maka berwuduklah atau basuhlah muka kita andai marah mencengkam jiwa kita.

Saya pasti ada dikalangan mempunyai pendapat masing2 berkenaan cerita Harry Potter ni. Saya tidak memaksa untuk bersetuju dengan pandangan saya. Ini sekadar pemerhatian saya dimana saya telah membaca ketujuh2 buah buku karangan J.K Rowling dan ia menambat hati saya.Bukan buku melayu tidak hebat, tapi saya membuka pemikiran saya supaya sebagai mahasiswa kita seharusnya lebih teliti dan terbuka minda membaca buku2 berkaitan imaginasi dan ilusi (jangan jadi gila sudahlaa) supaya kita lebih banyak berfikir dan mengkaji. Wallahu'alam

Nantikan post terbaru saya akan datang tentang pandangan " 9 Nyawa"-Ramlee Awang Mursyid

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008