BismiALLAH

Sunday, December 6, 2009

Kembali Menulis...


7 November 2009

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis kembali blog yang sudah lama tidak di’update’. Jangka masa 2 minggu di rumah membuatkan saya seakan-akan terlupa untuk memberi sedikit pengisian lebih-lebih lagi seminggu yang lalu saya terlibat dengan program yang dianjurkan oleh UIA dibawah Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli (JASA) di Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Saya bersama 72 peserta berpeluang mengikuti program tersebut dan saya ditaklifkan sebagai sub-committee catering dan ia membuatkan saya seakan ‘melupakan’ dunia blog. Tarikh kelahiran saya juga kebetulan jatuh pula pada hari kedua hari raya haji yang lalu dan pada hari itu juga saya perlu bersiap sedia untuk pulang ke UIA untuk mengemas apa yang perlu memandangkan barang2 catering lah yang paling banyak antara semua.

Pada mulanya saya agak ragu juga adakah program ini akan berjalan seperti biasa @ dibatalkan memandangkan keadaan negeri di pantai Timur mengalami musim tengkujuh. Selepas diberitahu bahawa cuaca disana tidaklah seteruk yang diisangka, akhirnya program ini diteruskan selepas kami membuat solat hajat berjemaah.

Kami bertolak dari UIA  pada 30 November pada jam 10.15  malam dengan dua buah bas dan lori (barang2 unit)dan sampai di Sg. Berua lebih kurang pada pukul 8 pagi selepas kami berhenti solat subuh di Masjid dan makan di rumah salah seorang peserta di sana. Walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meredah hujan yang kadangkala renyai2 dan lebat. Nasib baik juga setiap peserta diperingatkan agar membawa payung  dari UIA.

Saya tidak dapat mengikuti secara keseluruhan program yang dianjurkan kerana ‘terpaksa’ menghadap kuali, pisau, bawang, periuk dan sebagainya di dapur.hehe.Desakan masa yang menuntut untuk memasak makanan mengikut jadual membantutkan keinginan unit catering untuk terus leka dari masa yang ditetapkan. Naseb baik juga unit catering mempunyai ramai sub-committee maka tidaklah terlalu penat kerana masing2 memberikan kerjasama dan komited dengan tugas masing2.


Selama 5 hari disana, keadaan masih tetap sama. Hujan kadangkala berhenti dan dengan tiba2 pula hujan dengan lebatnya. Unit sport pula bertungkus lumus untuk ‘melancarkan’ suka hari keluarga bersama orang asli. Nasib mereka baik apabila pada pagi Hari Keluarga, tiada hujan dan Alhamdulillah melancarkan gerak kerja mereka. Akan tetapi sedang mereka berseronok bermain sukan bersama orang2 asli, hujan turun dengan lebatnya membuatkan semua para peserta yang berada di padang berlari2 mencari tempat berteduh memandangkan mereka tidak membawa payung kerana mereka menyangka hujan takkan turun.

Lebih memeranjatkan kami, anak2 orang asli dengan selamba bermain hujan tanpa menghiraukan hujan yang semakin lama semakin lebat. Mujur juga tiada guruh dan kilat, kalau tidak kami tak tahulah apa yang akan terjadi. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda dan aktiviti berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum kami pulang ke UIA, kami mengadakan kenduri bagi menjamu orang2 kampung. Alhamdulillah keadaan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya kami agak sukar mengawal keadaan anak2 orang asli. Majlis berakhir hampir pukul 12 malam dan seperti biasa unit saya terpaksa mengemas dan menyimpan barang2 yang tidak digunakan untuk dibawa pulang ke UIA. Kami bertolak dari Sungai Berua pada hari sabtu lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di UIA tepat jam 7 malam. Bas yang saya naiki sempat singgah di kemaman untuk makan tengahari dan membeli sedikit sebanyak kepok lekor untuk dibawa pulang.

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008