BismiALLAH

Thursday, November 12, 2009

Kuasa Imaginasi dan Kreativiti


13 November 2009

Imaginasi adalah alat menjana kreativiti seseorang individu. Seseorang yang kreatif menggunakan imaginasi mereka dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Kita akan menggunakan otak kanan untuk merealisasikan imaginasi yang kita impikan.

Imaginasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional ( kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang bukan-bukan dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Contohnya, mereka akan berlagak seperti pemandu F1, superman, spiderman atau doraemon. Secara logiknya, orang dewasa akan ketawa apabila melihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil tersebut menolak logik. Tetapi ramai yang lupa bahawa si dewasa dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.

Dalam prinsip Brainstorming, perkara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Ini kerana logik akan membunuh kreativiti dan akan menghalang lahirnya idea yang unik dan luar biasa. Oleh itu, ibu bapa, jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil kerana ia secara tidak langsung menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.

Imaginasi bukan hanya kepada kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga perlu berimaginsi.Kuasa imaginasi ini sangat penting untuk merealisasikan setiap perbuatan kita. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al-Fateh secara tidak langsung telah menggunakan imaginasi (minda separa sedar) untuk menawan Kota Konstantinople. Pelbagai cara dan langkah dilakukan bagi memastikan Kota Konstantinople tersebut jatuh ke tangan orang Islam. Menurut sejarah, Al-Fateh juga telah mengalami 27 kali kegagalan ( kalau salah, tolong betulkan) dalam menawan kota tersebut. Itu sudah fitrah manusia mengalami kesusahan dahulu sebelum kesenangan. Dalam firman Allah dalam surah " 'Alam Nasyrah"  ayat 5 dan 6 mafhumnya " Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan". Jika kita baca dan lihat bahawa Allah telah mentakqidkan 2 kali berturut-turut dalam ayat 5 dan 6 bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Berbalik kepada imaginasi Al-Fateh, beliau sentiasa menanamkan azam dan cita-cita untuk "berjaya'" menawan kota Konstantinople. Apabila sentiasa consistent berfikir tentang "kejayaan" secara tidak langsung minda separa sedar akan menerima lalu merealisasikan imaginasi yang kadang-kala tidak logik pada orang sekeliling. Contohnya, membawa 70 buah kapal melalui daratan yang berbukit-bukau selama 1 malam sahaja. Akhirnya selepas berjuang habis-habisan selama 53 hari, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya juga menawan kota tersebut. Mungkin pada kita agak mustahil untuk dilakukan, tetapi percayalah bahawa jika kita selalu menanamkan azam, insyaAllah akan dipermudahkan.

Perlu kita tahu bahawa akal kita agak terbatas untuk menjangkaui perkara-perkara yang lebih besar kerana akal kita sangat kompleks. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkata ghaib di luar jangkaun pemikiran kita. Dan, kita perlu sedari bahawa setiap hari kita mencipta pelbagai program dalam minda separa sedar. Dan, Lebih baik kita berfikir kepada perkara baik dan positif. Wallahua'alam

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008