BismiALLAH

Monday, November 16, 2009

Berimaginasi seperti ' Kungfu Panda'


16 November 2009

Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, saya banyak membaca buku-buku berunsurkan motivasi. Tidak kira siapa pengarangnya, saya akan tetap membelinya. Sejak saya mengikuti program SPIES selama 2 kali berturut-turut, saya lebih bersemangat dan berimaginasi (bukan angan2 kosong) hehe untuk 'membina' consultant saya sendiri insyaAllah.


Teringat saya akan cerita-cerita kartun yang saya tonton ketika kecil dulu. Doraemon, Power Rangers, Spiderman dan sekarang mungkin Kungfu Panda. Apa yang saya ingin huraikan setiap animasi yang dipertontonkan sedikit sebanyak menyumbang kepada proses imaginasi saya. Saya ingin menjadi 'DORAEMON' kerana dapat mengeluarkan 'alat-alat' elektronik yang canggih2 dari poket ajaib. Imaginasi ini mendorong saya mencapai matlamat suatu hari nanti. Ya, insyaAllah ingin menjadi seorang pakar motivasi!.


Setiap kali saya melihat filem Kungfu Panda, tidak kering gusi dibuatnya. Bayangkan dengan telatah panda yang 'chubby' yang menyeronokkan membuatkan saya menonton filem itu berkali2 tanpa rasa jemu. Mesej dan themes yang disampaikan dalam filem tersebut turut menarik hati saya dan apa yang saya dapat lihat, ia berkisarkan tentang kasih sayang, imaginasi (matlamat), kreativiti dan motivasi.


Panda yang berimaginasi ingin menjadi seorang 'master', bermotivasi tinggi dan tidak pernah putus asa walaupun terdapat cabaran dari pihak keluarga untuk meraih gelaran 'MASTER' dalam kungfu. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai manusia, kita percaya bahawa setiap dari kita mempunyai mehnah dan tribulasi sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Seandainya anda diberi tekanan negatif dari pihak keluarga (jika ada) dimana mereka tidak percaya akan kemampuan anda, buktikan pada mereka bahawa tekanan yang mereka berikan tidak sesekali meruntuhkan semangat anda. (berfalsafah la pulak).


Situasi tersebut pernah terjadi kepada rakan saya semasa sekolah rendah dulu. Dia ketika itu seorang yang jika dikategorikan seorang yang agak lemah dalam semua mata pelajaran. Keluarga yang agak sederhana, mempunyai ramai adik-beradik dan masalah kewangan kadangkala membuatkan dia hampir berputus asa (bukan menyalahkan takdir) dan dia hampir2 berhenti sekolah dan berhasrat untuk bekerja memandangkan dia anak yang sulung. Tetapi, mempunyai imaginasi dan matlamat yang tinggi dan ingin menjadi seorang yang 'versatile' dalam semua bidang dan dikagumi. Kawan2 yang rapat dengan beliau hanya menggelengkan kepala dan ketawa mendengar angan2 yang mereka pasti tidak akan tercapai.

10 tahun kemudian, saya dikejutkan berita bahawa rakan saya tersebut kini menjadi 'orang penting' dalam organisasi di kolej. Bukan itu sahaja, malah berjaya mengekalkan anugerah dekan setiap tahun dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.SubhanaAllah, saya tertanya-tanya apa rahsia yang menyebabkan beliau berjaya sampai ke tahap itu. Saya sempat bertemu dengannya awal tahun lalu dan bertanya mengenai rahsianya.Rahsianya cuma satu iaitu ' IMAGINASI + DOA + TAWAKKAL'. Berbekalkan imaginasi beliau selama 10 tahun, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dan dikagumi.

Ya, saya ingin menjadi seperti dia. Saya ingin mengambil semangat yang dia. Dan Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami dan menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi, saya pasti Allah akan menguji setiap hamba-Nya dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan hamba tersebut. Yang pasti saya akan terus berimaginasi +doa+tawakkal seperti sahabat saya dan insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008