BismiALLAH

Sunday, January 31, 2010

Kisah 'Baru' Saya...


1 Februari 2010

Menyepi tidak bermakna menghilang. Permulaan bulan baik ini saya gagahkan juga untuk terus meng'update' blog yang hampir2 sahaja 'usang'. Banyak yang ingin diceritakan, tetapi minda terus beku dari mengeluarkan idea. Malihat sahabat2 lain yang terus bersemangat, membuatkan saya juga turut merasa 'cemburu' melihat perkembangan mereka yang tidak putus2 mengeluarkan bicara maya.

Minggu yang lalu, saya dan pelajar UIA yang lain diberikan cuti selama seminggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya juga tidak ketinggalan dan mendapat peluang untuk menyertai satu program lagi anjuran JASA di Melaka. Program yang berunsurkan pengurusan (Management Course) sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan diri dalam pengurusan serta dapat mengawal serta mengurangkan stress yang dihadapi selama ini.

Seminggu sebelum saya menyertai Management Course di Melaka, saya turut berpeluang untuk menyertai program Aurah Awareness Campaign yang 'memaksa' saya dan beberapa orang rakan membuat survey kepada beberapa orang luar sekitar KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni.Tujuan program ini adalah untuk membuat sedikit bancian pandangan orang ramai mengenai aurat. Tidak dinafikan, berjalan sekitar Kuala Lumpur memang amat memenatkan lebih2 lagi berjumpa dengan pelbagai kerenah masyarakat yang rata2 mereka hidup dalam "budaya" mereka.

Saya berpeluang menemuramah seorang wanita warga Pakistan dan Kuwait mengenai aurat. Ternyata mereka ada yang kurang memahami apa maksud aurat itu sebenarnya.Setelah diterangkan dan diberi beberapa artikel, barulah mereka faham apa yang dimaksudkan. Banyak juga pengalaman pahit, manis dan lucu  yang dapat dikutip sepanjang program tersebut. Yang penting, komunikasi, kesabaran dan kemahiran amat penting apabila kita berada dalam kelompok masyarakat. Tidak semua orang dapat menerima kita, paling penting cara kita menyesuaikan diri bersama mereka.

Wallahu'alam...



0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008