BismiALLAH

Wednesday, January 13, 2010

Saya di 'Tarbiyyah' lagi...


12 Januari 2010

Sepi bukan beerti menghilang. Saya tetap ada disini dan masih diberi peluang untuk hidup oleh Allah. Hujung minggu yang lalu, saya diberi peluang untuk mengikuti satu program 'Training' yang dikelolakan oleh JASA yang bertempat di Resort Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat (teringat juga kenangan di sana) selama 3 hari 2 malam dimana ia merupakan satu program menguatkan fizikal dan mental bagi mengajar saya dan sahabat2 yang terlibat lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan berlaku.

Pada bulan depan ( cuti sem, kalau tak salah) insyaAllah pihak JASA akan mengadakan lawatan ke Tohor, Negeri Sembilan untuk berdakwah kepada orang2 asli disana. Disebabkan itu, kami  "wajib" mengikuti training tersebut untuk memudahkan dan lebih bersedia menghadapi cabaran ketika disana nanti.

Pada mulanya, tanggapan saya program ini adalah berdasarkan fizikal semata2, tetapi apabila saya lihat tentatif, rupa2nya banyak juga LDK yang perlu kami buat. Barang amanah pastilah 'WAJIB' dibawa. Tipulah kalau saya cakap, tidak letih. Bukan hanya kami perlu tahan dengan kekuatan fizikal, bahkan turut bermain dengan emosi. (seperti mafatih mahabbah..hehe). Paling melucukan pada hari pertama disana, kami juga diberikan tugasan untuk mengenali sahabat2 lain dengan membuat cabutan nama. Setelah dapat nama sahabat masing2, kami dikehendaki menjadi 'observer' setiap masa. Apa yang dia buat selama 2 hari berprogram dan dikehendaki juga menulis surat kepadanya. Nasib juga siapa yang terpaksa menjadi observer kepada peserta lelaki. Setelah itu, masing2 'wajib' memberitahu isi surat yang ditulis observer kepada kita. Agak malu dan kelakar juga bila diingatkan.

Program klimaks pada malam terakhir kami disana, kami dikehendaki untuk 'night walk'  (pukul 12 malam) di hutan beramai2 mengikut kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana saya berada dikumpulan yang terakhir dan paling mencabar menjadi peserta yang terakhir berada di belakang. Nasib baik juga committee brother dan sister ada dibelakang saya. Sementara menunggu giliran kami naik ke hutan, sempat lagi kami melihat penggambaran filem cina (kalau tak salah, sbb pelakon semua cina) yang dibuat berdekatan hutan tersebut.

Hampir sejam lebih kami naik turun bukit dengan pelbagai mehnah dan tribulasi (pinjam ayat DQ jap).Keadaan tanah yang licin, dan juga hampir tergelincir. Nasib baik ada rakan yang menolong, kalau tidak entah apalah yang akan terjadi. Dan, alhamdulillah setelah penat mendaki, terus pulang ke tempat kami untuk sesi 'pengecaman'. Bukan apa, takut terlebih orang dan terkurang orang. Saya rasa mungkin anda semua boleh faham kot. Alhamdulillah jumlah perserta dan committee semasa pergi dan balik tidak berubah, dan akhirnya kami diberi peluang untuk merehatkan diri.

Kami pulang ke kampus semula selepas zohor selepas mendengar serba sedikit ucapan dari Abang Din (S-DEV) yang merupakan orang yang paling banyak membantu JASA. Seperti biasa majlis tidak akan meriah tanpa penyampaian hadiah kepada ahli kumpulan yang terbaik dan peserta terbaik. Setelah berkemas dan memasukkan barang2 program dan beg2 peserta di dalam bas, apalagi masing2 seperti tidak sabar2 untuk memejamkan mata (almaklumlah terlampau penat berprogram).Saya juga tidak terkecuali.. : )

Bersambung...( perkongsian ilmu sepanjang disana)

0 comments:

Post a Comment

 

Kalam Nurani Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008