Friday, June 25, 2010
aLeeSya GalLeRy......: HyeLoooOO......
aLeeSya GalLeRy......: HyeLoooOO......: "Assalamualaikum..... Hye everyone...... Aleesya Gallery online store sells variety of items. Thank you for your support...and orders... Enjo..."
Sunday, May 23, 2010
Penantian 10 tahun saya dimakbulkan..
23 Mei 2010
Syukur alhamdulillah, penantian dan harapan saya selama hampir 10 tahun dimakbulkan oleh Allah. Satu jangka masa yang memerlukan kesabaran dan doa dari semua.
Baru-baru ini kehilangan handphone kesayangan memberi impak kepada saya lebih2 lagi kehilangannya seminggu saya akan menghadiri program di Shah Alam, sudah tentulah saya amat memerlukannya. Lebih terkilan, handphone tersebut baru sahaja menyambut hari kelahirannya selama setahun.
Kehilangan handphone saya amat2 menyentuh hati saya. Hikmah disebaliknya, selama hampir 10 tahun saya menanti untuk bertemu kembali dengan rakan2 lama saya dari sekolah rendah. Sudah banyak usaha yang saya buat termasuklah melalui Facebook, tetapi masih lagi gagal mencari (ada yg guna nama lain), saya juga ade meminta tolong siapa2 yang pergi ke Mekkah tolong untuk mendoakan untuk saya. Akhirnya penantian saya dimakbulkan oleh Allah, salah seorang dari rakan lama saya 'add friend' di FB. Ya Allah, sungguh xsangka.Penantian selama hampir sepuluh tahun akhirnya berhasil.
Kelukaan akibat kehilangan handphone saya terubat sedikit demi sedikit dengan kemunculan semula sahabat2 lama yang masih kenal diri saya walaupun masing2 membuat haluan masing2 selepas mendapat keputusan UPSR. Ada yang sudah bekerja, masih belajar dan ade juga yang sudah berkahwin dan mempuyai anak. Paling tak sangka seorang sahabat lama saya baru sahaja meraikan konvo beliau di IIUM, Gombak tahun ini memandangkan beliau belajar di kolej IIC (International Islamic Collegue) di bawah UIA dan saya xsempat untuk berjumpanya memandangkan saya terlambat untuk add beliau di fb. Alhamdulillah, mungkin wasilah melalui FB ini banyak membantu saya mencari semula rakan2 lama yang amat saya rindui selama ini. Macam jejak kasihla plak ye..=)
Alhamdulillah, mugkin doa dan kesabaran membawa kepada penantian ini. Cepat atau lambat bergantung kepadaNya. Mungkin tempoh selama 10tahun itu mengajar saya ape itu ikhlas dan sabar. Bagi sape2 yang ingin mencari sahabat2 lama, gunakanlah wasilah teknologi yg digunakan sekarang selain terus berdoa dan usaha.InsyaAllah Allah akan makbulkan.
Wednesday, April 28, 2010
Saya masih "HIDUP"
29 April 2009
Terlalu lama saya membiarkan blog saya bersawang tanpa pamitan. Kini, semangat saya yang saya tinggalkan sebulan dahulu kian pulih disebabkan semester baru bermula. Banyak perkara yang ingin saya luahkan disini tetapi sukar untuk saya terjemahkan melalui penulisan. Hanya hati yang dapat berbicara..( jiwa-jiwa la plk)
Alhamdulillah sepanjang saya bercuti semester sebulan yang lalu, Allah telah permudahkan segala urusan saya untuk membantu ibu bapa saya di rumah. Ujian kesakitan yang Allah berikan kepada ayah saya 8 april yang lalu memberi semangat luar biasa kepada saya untuk bekerja dan membantu apa yang patut di kedai makan milik ibu bapa saya.
Hikmahnya, Pilihanraya kecil di Hulu Selangor begitu meriah dengan pelbagai2 bendera serta "board" yang memaparkan calon masing2. kebanyakkan orang ramai yang menjadi penyokong di antara kedua-dua parti datang singgah di kedai ibu bapa saya datang daripada jauh dan sanggup turun memberi sokongan padu kepada calon masing2. Lebih memeranjatkan Dato' Zaid Ibrahim (calon PKR) juga turut datang ke kedai untuk berkempen. Tidak terkecuali juga Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak memberi ucapan di depan kedai ibu bapa saya pada malam tersebut.
Sedikit sebanyak, orang ramai yang datang untuk makan, dapat membantu saya dan keluarga menambah rezeki yang ada. Saya bersyukur kerana ada hikmah disebalik saya bercuti sebulan yang lalu. Selain dapat membantu, saya dapat merasa pengalaman pilihanraya di tempat sendiri yang saya duduki selama 14 tahun lamanya. Banyak perubahan yang dapat saya nikmati sepanjang yang tinggal di Rawang. Bermula dari sekecil2 bangunan sehinggalah sebesar2 bangunan.
Kini, saya masih "HIDUP" untuk mencari lagi pengalaman2 baru. Mungkin pernah anda dengar ungkapan ini " Umur tidak semestinya mematangkan kita, tetapi pengalaman hidup itulah yang mematangkan kita " Wallahualam.
Friday, March 19, 2010
Paku di Dinding..Hati Kamu dan Saya
20 Mac 2010
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapat merasakan, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan rasa gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita" Pemuda itu lantas menunduk dan menangis. Rasa menyesal dan bersalah mencengkam hatinya. Baru kini dia ketahui bahawa sahabat juga mempunyai perasaan sepertinya.
Akhiran, maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Saya tidak mampu untuk menghilangkan kesan tersebut, hanya tanda 'terima kemaafan' dari anda dapat menghilangkan rasa kegusaran saya. Maafkan saya sekali lagi.
Cerita ini mungkin anda pernah dengar, tapi saya teringin untuk cerita sekali lagi sebagai ingatan bukan sahaja pada saya tetapi kita semua. InsyaAllah..Kisah ini saya dengar ketika saya menghadiri program SPIES tidak lama dulu. Ikuti kisahnya..
Terdapat seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Dia akan marah pada sesiapa sahaja tanpa mengira waktu dan melepaskan kemarahan kepada orang lain termasuklah sahabat2 nya.

Monday, March 15, 2010
Jihad dan Aku
16 Mac 2010
Dengan nama Allah, saya memulakan bicara. Setelah menyepi beberapa lama, saya kini kembali membawa semula idea yang mungkin sudah ‘berlapuk’ dalam simpanan saya.
Terima kepada sahabat2 yang menegur saya bila ingin menulis semula post yang terbaru. Saya hampir2 terlupa bahawa saya mempunyai blog yang perlu diberi perhatian. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyambung semula sambungan dari post yang terdahulu kerana terdapat beberapa masalah.
Sengaja saya menulis kalimah JIHAD dihadapan perkataan ‘aku’ kerana saya pasti dengan cara tersebut dapat merangsang saya untuk bermotivasi kembali. Hampir2 bersawang juga blog saya tanpa diberi perhatian. Semakin hari tekanan semakin menghimpit saya dan sukar untuk saya untuk memerah idea bagi meluahkan isi hati melalui post ini.
Minggu ini saya akan melalui fasa yang agak sukar kerana pada hari jumaat ini saya akan menghadapi exam besar yang menentukan segalanya. Jika tidak diberi perhatian, alamatnya lama juga saya akan tinggal di UIA ni.
Maaf kepada sahabat2 yang menunggu kehadiran post baru dari saya selama ini. Idea dan tangan saya semakin ‘membeku’ untuk mencoretkan sesuatu disini. InsyaAllah jika saya diberi kekuatan dan ‘merdeka’ dari JIHAD exam, tunggulah post terbaru dari saya.

Monday, February 22, 2010
Kenangan Itu...
22 Februari 2010
Saya kemabali menulis setelah sekian lamanya setelah tangan saya telah 'dikakukan' buat sementara waktu dan minda saya terbejat dengan sebarang idea.. Hari ini saya memulakan misi yang telah sekian lama saya tangguhkan. Pada 19 hingga 21 Februari 2010 yang lalu, saya telah mengikut satu program (Dakwah Training) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Morib, Selangor dimana MAIS telah menjemput pelajar-pelajar daripada Institusi Pengajian awam dan Swasta untuk menyertai progran tersebut.
Hampir 60 orang yang hadir ke Dakwah Training tersebut yang terdiri daripada pelajar2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Darul Al-Hikmah, UIAM dan Persatuan Pelajar Islam (PEPIAS). Program dakwah selama 3 hari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar kepada situasi sebenar masyarakat yang beragama Islam dan bukan beragama Islam (non Muslim)
Sebanyak 6 slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah2 yang mantap antaranya Ustaz Fitri Abdullah “Memahami Masyarakat Orang India untuk Berdakwah”, Us. Fauzi Ahmad Shahar “ Dakwah satu Kewajipan”, Ustaz Syafie Patt “Memahami Masyarakat Cina untuk Berdakwah”, Cikgu Kamarulzaman “Teknik2 Berdakwah”dan “Soalan2 lazim non Muslim”, serta Ustazah Saloni Abdullah “Memahami Masyarakat Orang Asli untuk Berdakwah”.
Banyak juga perkara baru yang saya dapat melalui slot2 yang telah dibentangkan. Perkara mudah yang kita ambil remeh adalah perkara paling penting buat kita. Kadangkala, kita tidak sedar bahawa kita mengambil mudah sesuatu perkara tanpa memikirkan akibatnya.Saya beri satu perumpamaan mungkin lebih mudah difahami, “sekecil2 perkara biarlah menjadi sebesar2 perkara bagi kita”. Sebagai Daie, pengawalan INTELLECTUAL QUOTIENT(IQ) dan EMOTION QUOTIENT (EQ) amatlah penting bagi menyempurnakan lagi tugasan dakwah. Jika tiada persediaan dan teknik berdakwah, kita rasa adakah akan berjaya dakwah kita?
Teringat saya juga kepada slot Ustaz Fauzi yang mengatakan bahawa seorang pendakwah itu wajib seorang yang TIDAK pernah meninggalkan solat, pendakwah juga WAJIB membaca Al-Quran. Kesan dakwah kita kepada seseorang bergantung kepada amalan kita. Mungkin kita tidak mengambil berat hal ini, tetapi sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kita dan HIDAYAH itu jua milik Allah.
Hari terakhir kami di Morib, kami diberikan tugasan praktikal untuk berdakwah kepada masyarakat orang Asli di Banting, Selangor. Kami diagihkan kepada 6 kumpulan dimana 3 kumpulan untuk berziarah ke rumah2 orang Asli dan 3 kumpulan lagi untuk menjadi faci untuk sukaneka. Saya agak teruja memandangkan grup saya menjadi faci untuk sukaneka. Apalagi yang difikirkan saya selain untuk menikmati permainan dan beramah mesra dengan penduduk disana...
BERSAMBUNG...

Thursday, February 4, 2010
Alkisah Si 'Promoter'
4 Februari 2010
Minggu ini secara tidak rasminya saya telah dilantik sebagai ‘promoter’ yang menjual barang2 buatan Indonesia kepunyaan sahabat saya yang meminta tolong saya untuk mem’promote’ barang sahabatnya yang tinggal nun jaun di Indonesia.
Harga yang diberikan insyaAllah berpatutan iaitu RM95 setiap sebuah.
APA KATA ULAMA’ DAN AHLI TAFSIR MENGENAI AL-QURAN INI??
1) Sebuah tafsir Al-Quran yang ringkas namun menyeluruh dengan memerhatikan aspek2 penafsiran. Semoga karya ini membuat pemahaman umat Islam terhadap Al-Quran semakin ‘baik dan benar’
- Dr.Atabik Luthfi ,MA Alumnus Fakultas, Universiti Islam Madinah , Saudi Arabia . Doktor dalam bidang Tafsir dari Universiti Malaya , Malaysia .
2 ) Tafsir Al-Quran Per Kata merupakan kontribusi Ilmiah terhadap Al-Quran
dengan merujuk kepada referensi yang diakui. Sebuah tafsir yang wajib dimiliki
oleh setipa Muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca Al-Quran.
- Ustaz Ahmad Kusyairi Suhail, MA, Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Usuluddin ‘Darul
Hikmah’
Bagi sahabat2 yang berminat, bolehlah terus menghubungi melalui ‘hanphone’ atau email kepada saya. InsyaAllah tidak rugi jika anda membelinya!!
Tel : 013-2911676 (Norlina Safian)
Email : asrar_2822@yahoo.com
P/S: Untuk sahabat di UIA (SISTERS), boleh terus tengok contoh Quran di bilik saya di BLOK C, 1.3
Sunday, January 31, 2010
Kisah 'Baru' Saya...
1 Februari 2010
Menyepi tidak bermakna menghilang. Permulaan bulan baik ini saya gagahkan juga untuk terus meng'update' blog yang hampir2 sahaja 'usang'. Banyak yang ingin diceritakan, tetapi minda terus beku dari mengeluarkan idea. Malihat sahabat2 lain yang terus bersemangat, membuatkan saya juga turut merasa 'cemburu' melihat perkembangan mereka yang tidak putus2 mengeluarkan bicara maya.
Minggu yang lalu, saya dan pelajar UIA yang lain diberikan cuti selama seminggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya juga tidak ketinggalan dan mendapat peluang untuk menyertai satu program lagi anjuran JASA di Melaka. Program yang berunsurkan pengurusan (Management Course) sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan diri dalam pengurusan serta dapat mengawal serta mengurangkan stress yang dihadapi selama ini.
Seminggu sebelum saya menyertai Management Course di Melaka, saya turut berpeluang untuk menyertai program Aurah Awareness Campaign yang 'memaksa' saya dan beberapa orang rakan membuat survey kepada beberapa orang luar sekitar KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni.Tujuan program ini adalah untuk membuat sedikit bancian pandangan orang ramai mengenai aurat. Tidak dinafikan, berjalan sekitar Kuala Lumpur memang amat memenatkan lebih2 lagi berjumpa dengan pelbagai kerenah masyarakat yang rata2 mereka hidup dalam "budaya" mereka.
Saya berpeluang menemuramah seorang wanita warga Pakistan dan Kuwait mengenai aurat. Ternyata mereka ada yang kurang memahami apa maksud aurat itu sebenarnya.Setelah diterangkan dan diberi beberapa artikel, barulah mereka faham apa yang dimaksudkan. Banyak juga pengalaman pahit, manis dan lucu yang dapat dikutip sepanjang program tersebut. Yang penting, komunikasi, kesabaran dan kemahiran amat penting apabila kita berada dalam kelompok masyarakat. Tidak semua orang dapat menerima kita, paling penting cara kita menyesuaikan diri bersama mereka.
Wallahu'alam...
Wednesday, January 13, 2010
Saya di 'Tarbiyyah' lagi...
12 Januari 2010
Sepi bukan beerti menghilang. Saya tetap ada disini dan masih diberi peluang untuk hidup oleh Allah. Hujung minggu yang lalu, saya diberi peluang untuk mengikuti satu program 'Training' yang dikelolakan oleh JASA yang bertempat di Resort Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat (teringat juga kenangan di sana) selama 3 hari 2 malam dimana ia merupakan satu program menguatkan fizikal dan mental bagi mengajar saya dan sahabat2 yang terlibat lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan berlaku.
Pada bulan depan ( cuti sem, kalau tak salah) insyaAllah pihak JASA akan mengadakan lawatan ke Tohor, Negeri Sembilan untuk berdakwah kepada orang2 asli disana. Disebabkan itu, kami "wajib" mengikuti training tersebut untuk memudahkan dan lebih bersedia menghadapi cabaran ketika disana nanti.
Pada mulanya, tanggapan saya program ini adalah berdasarkan fizikal semata2, tetapi apabila saya lihat tentatif, rupa2nya banyak juga LDK yang perlu kami buat. Barang amanah pastilah 'WAJIB' dibawa. Tipulah kalau saya cakap, tidak letih. Bukan hanya kami perlu tahan dengan kekuatan fizikal, bahkan turut bermain dengan emosi. (seperti mafatih mahabbah..hehe). Paling melucukan pada hari pertama disana, kami juga diberikan tugasan untuk mengenali sahabat2 lain dengan membuat cabutan nama. Setelah dapat nama sahabat masing2, kami dikehendaki menjadi 'observer' setiap masa. Apa yang dia buat selama 2 hari berprogram dan dikehendaki juga menulis surat kepadanya. Nasib juga siapa yang terpaksa menjadi observer kepada peserta lelaki. Setelah itu, masing2 'wajib' memberitahu isi surat yang ditulis observer kepada kita. Agak malu dan kelakar juga bila diingatkan.
Program klimaks pada malam terakhir kami disana, kami dikehendaki untuk 'night walk' (pukul 12 malam) di hutan beramai2 mengikut kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana saya berada dikumpulan yang terakhir dan paling mencabar menjadi peserta yang terakhir berada di belakang. Nasib baik juga committee brother dan sister ada dibelakang saya. Sementara menunggu giliran kami naik ke hutan, sempat lagi kami melihat penggambaran filem cina (kalau tak salah, sbb pelakon semua cina) yang dibuat berdekatan hutan tersebut.
Hampir sejam lebih kami naik turun bukit dengan pelbagai mehnah dan tribulasi (pinjam ayat DQ jap).Keadaan tanah yang licin, dan juga hampir tergelincir. Nasib baik ada rakan yang menolong, kalau tidak entah apalah yang akan terjadi. Dan, alhamdulillah setelah penat mendaki, terus pulang ke tempat kami untuk sesi 'pengecaman'. Bukan apa, takut terlebih orang dan terkurang orang. Saya rasa mungkin anda semua boleh faham kot. Alhamdulillah jumlah perserta dan committee semasa pergi dan balik tidak berubah, dan akhirnya kami diberi peluang untuk merehatkan diri.
Kami pulang ke kampus semula selepas zohor selepas mendengar serba sedikit ucapan dari Abang Din (S-DEV) yang merupakan orang yang paling banyak membantu JASA. Seperti biasa majlis tidak akan meriah tanpa penyampaian hadiah kepada ahli kumpulan yang terbaik dan peserta terbaik. Setelah berkemas dan memasukkan barang2 program dan beg2 peserta di dalam bas, apalagi masing2 seperti tidak sabar2 untuk memejamkan mata (almaklumlah terlampau penat berprogram).Saya juga tidak terkecuali.. : )
Bersambung...( perkongsian ilmu sepanjang disana)
Thursday, January 7, 2010
Beli..Beli..
7 Januari 2010
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sahabat2 sekalian walaupun sudah terlewat beberapa hari. Semoga dengan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu. Ini bermakna usia saya juga semakin meningkat walupun baru memasuki 22 tahun. Rasa tidak percaya pon ada kerana baru semalam saya rasakan saya baru saja berumur 18 tahun.hehe. Alhamdulillah saya diberi peluang hidup hingga hari untuk menambah baik kehidupan yang lalu.
Kali ini post saya bukan berkenaan diri saya, tetapi cerita tentang 9 nyawa. lihat gambar dibawah :
Buat peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya sengaja meletakkan gambar novel terbaru beliau untuk tatapan kalian semua. Bukan hanya sekadar promote semata-mata, tapi saya mahu anda hayati dan baca buku tersebut dengan sebaik mungkin. Walaupun hanya sekadar buku dan rekaan semata2, akan tetapi saya yakin setiap pengarang sesebuah buku pasti akan menghantar mesej dalam setiap buku yang dikarangya. Terpulang pada anda untuk menilai. Dan, saya seperti biasa tidak memaksa kalian untuk bersetuju dengan saya.
P/S: Maaf andai saya terlalu 'obses' dengan novel Ramlee Awang Murshid ni. Tapi memang xdinafikan saya memang minat novel berunsurkan thriller dan saspen.
Tuesday, December 29, 2009
Saya Masih Berfikir..
30 Disember 2009
Sehari lagi kita akan menyambut tahun baru masihi. Bertambahnya usia, adakah bertambahnya amal kita?tepuk dada tanya iman. Seiring dengan tahun baru hijri saya masih lagi berfikir..
Kelas bahasa Melayu saya seperti biasa dengan kehadiran Cikgu Faridah yang tegas tetapi kelakar. Isnin yang lalu kami diajar mengenai tajuk Asas Komunikasi. Selepas beberapa minit belajar, secara tidak langsung Cikgu saya bercerita tentang pengalaman beliau ketika masih belajar.
Cikgu saya berpesan pada kami bahawa niat datang ke sekolah/kolej/IPTA/IPTA/luar negara niat cuma hanya SATU iaitu datang belajar adalah kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan "A" semata-mata. Apabila kita mendahulukan Allah dalam setiap perkara insyaAllah "A" itu akan mengikut seiring dengan niat kita. ALLAH is the ONE!!
Saya tidak nafikan, mungkin pada mulanya kita memang berniat datang belajar kerana Allah dan mendapat ilmu, akan tetapi kadang2 kita tidak sedar niat kita adakalanya tersasar. Contohnya kita belajar disitu kerana tempat yang cantik, dapat elaun, dapat pergi melancong atau sebagainya. Dalam tidak sedar, disebabkan perkara kecil sebegitu, kemungkinan Allah akan menguji kita lambat untuk dapat pekerjaan, berbulan2 'tanam anggur' atau kita susah nak dapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Dari sudut lain, mungkin Allah ingin menguji hamba-Nya sentiasa bersabar.
Ya, perbuatan kita pada hari ini adalah masa depan kita. Saya pasti niat ibu bapa kita menghantar kita belajar dalam negara atau luar negara adalah untuk melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat. Paling penting adalah redha ibu bapa dan Allah. Seiring itu, bertawakkallah kepada Allah kerana DIA lah yang menentukan segalanya. Dan, sekali lagi saya tidak memaksa kalian untuk bersetuju dengan saya. Saya mengikut kata hati saya yang berbisik ingin berubah kepada perkara yang baik. Wallahua'alam
P/S: Sorry for the simple posting from me.
P/S: Sorry for the simple posting from me.
Tuesday, December 22, 2009
Kenapa Harry Potter??
24 Disember 2009
Saya akhirnya diberi peluang untuk menulis selepas beberapa hari ini kesihatan saya agak terganggu menyebabkan saya terpaksa 'ponteng' kelas. Hmm, agak memalukan juga. Tapi itulah fitrah manusia, Allah menguji saya dengan kesakitan dan memberi 'qisas' kafarah dosa pada saya.
Hari ini saya berminat untuk menceritakan tentang 'Harry Potter'. Sekarang ini saya hampir mengumpul kesemua buku Harry Potter karangan oleh J.K Rowling. Ini adalah satu cerita yang menarik perhatian saya selama mana saya menelaah buku beliau. Mungkin pada pandangan anda, kenapa saya tidak membaca buku ilmiah sebagai panduan dan baca pula buku yang dikarang oleh orang barat lebih2 lagi buka bersifat ilusi semata2??
Mungkin ada dikalangan anda ada yang berminat untuk membaca buku2 seperti ini dan ada juga mengatakan hanya membuang masa membaca buku berkisarkan tentang ahli sihir dan mungkin bagi anda ia 'mengarut'. Tapi bagi saya, terdapat tema di dalam cerita tersebut sedikit sebanyak boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita.Ops, saya bukan mengajar anda untuk menjadi ahli sihir, tapi sentiasalah beringat " yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'
Pertamanya, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita Harry Potter, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter_(watak). Sesaat saya terfikir bahawa J.K Rowling mempunyai imaginasi yang tinggi ketika mereka cerita sebegini. Dengan plot yang menarik dan tersusun memudahkan pembaca membacanya. Akhirnya saya berjaya dapat mengumpulkan beberapa tema yang dapat kongsikan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Kasih sayang
* Kekurangan kasih sayang disebabkan kematian kedua ibunya bapanya ketika berumur setahun, menjadikan dia seorang berani, cekal dan tabah. Tetapi kadangkala tidak dapat mengawal emosi. Dia tidak dibesarkan dengan kasih sayang oleh keluarga Dursley disebabkan mereka menganggap Harry seorang yang pelik dan anak yatim dan dia juga sering diejek dan dihina. Tetapi, kehadiran keluarga sahabatnya Ron, menjadikan dia gembira kerana keluarga Ron sentiasa menganggapnya seperti ahli keluarga dan paling mengagumkan adik-beradik Ron juga turut menyenangi kehadirannya. Mereka sentiasa menerima Harry walaupun Harry seorang anak yatim dan tidak pernah memperlakukan seperti orang luar jauh sekali menghina.
Setia berkawan
* Sepanjang saya membaca ketujuh2 buku Harry Potter, saya tak nafikan kesetiaan kedua sahabatnya Ron dan Hermione sepanjang mereka bersekolah Hogwart ( Sekolah Sihir) selama 6 tahun. Sanggup meniti susah dan senang, walaupun bahaya didepan mata. Salah satu sikap Harry yang saya kagumi, dia sanggup berkorban terhadap sahabatnya ketika bahaya mendatang. Andai kita ditempatnya, adakah kita akan setia untuk berkorban menyelamatkan sahabat2 ketika dalam bahaya? dan mungkin dalam tidak sedar andai kita berada dalam situasi bahaya kita akan menjadi salah seorang sahabat yang mementingkan diri. Siapa tahu?
Kawalan emosi
* Dalam satu slot dalam filem kelima Harry Potter ( The Order of Phoenix), ketika mana Harry Potter mangalami mimpi ngeri tentang Kuasa Jahat ( Lord Voldemort) yang sentiasa menguasai mindanya, guru posyennya, Severus Snape telah menyuruhnya untuk mengawal emosi kerana Harry sentiasa dikawal dengan emosi marah. Apabila kita marah, control your mind/yourself . Bagi seorang muslim pastilah kita tahu apabila kita marah, syaitan akan sentiasa mengambil peluang 'mencucuk' hati kita supaya lebih marah dan marah.Api lawannya air.Maka berwuduklah atau basuhlah muka kita andai marah mencengkam jiwa kita.
Saya pasti ada dikalangan mempunyai pendapat masing2 berkenaan cerita Harry Potter ni. Saya tidak memaksa untuk bersetuju dengan pandangan saya. Ini sekadar pemerhatian saya dimana saya telah membaca ketujuh2 buah buku karangan J.K Rowling dan ia menambat hati saya.Bukan buku melayu tidak hebat, tapi saya membuka pemikiran saya supaya sebagai mahasiswa kita seharusnya lebih teliti dan terbuka minda membaca buku2 berkaitan imaginasi dan ilusi (jangan jadi gila sudahlaa) supaya kita lebih banyak berfikir dan mengkaji. Wallahu'alam
Nantikan post terbaru saya akan datang tentang pandangan " 9 Nyawa"-Ramlee Awang Mursyid
Tuesday, December 15, 2009
" Merawat Hatiku "
16 November 2009
HATI saya perlu dirawat..begitulah luahan hati saya setiap kali saya membuat kesilapan. Andai bukan hari ini, kenapa perlu esok?Esok mana mungkin saya dapat menentukan jangka hayat adakah saya akan hidup untuk hari esok..Ya, saya mesti merawat HATI saya sebelum ia menjadi lebih parah..
Merawat hati ( ROHANI) memerlukan kesungguhan bukan hanya sekadar 'angan2 mat jenin'. Merawat penyakit hati telah banyak dihurai dan diperjelaskan oleh para ulama' dalam karya2 mereka.Sabda Rasulullah " Hati itu akan berkarat sepertimana berkaratnya hati. Maka apakah cara menggilapnya?
Ulama’ mengatakan bahawa hati yang keras dapat dirawat dengan:
1) Membaca Al-Qur’an dan zikrullah
Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca al-qur’an. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur’an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.
2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah
Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat al-qur’an yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu selayaknya seorang yang sangat memerlukan diri-NYA.
3) Menghadiri majlis ilmu
Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.
4) Mengingati mati
Para ulama berkata, ”Zikrul maut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya.”
Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.Menyaksikan sakaratul maut
Para ulama juga berkata, ”Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah.
Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.
6) Menziarahi kubur
Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.
Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata.
Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.
Teliti dan perhatikanlah. Yakinlah bahawa apa yang telah dia alami akan engkau alami. Setelah itu, singkirkan tipu daya dunia dari dirimu dan rajinlah beramal untuk akhiratmu.
Al;hamdulillah.HATI saya semakin sembuh..Bagaimana pula dengan HATI anda??
Merujuk kepada buku:
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Karangan:
Dr A’idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya’qub dan Dr Muhammad A.R.Al-Uraifi
Terbitan:
Darul Nu’man.
Sunday, December 13, 2009
Membawa Seribu Harapan...
14 November 2009
Pertemuan kembali setelah hampir seminggu saya 'membiarkan' blog saya disapa angin lalu. Permulaan semester baru benar2 telah menguji saya supaya terus cekal dengan suasana disini. Yes, there are no accident!. Permulaan semester ini saya telah mengambil kelas bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk Kerjaya. Saya agak cemburu melihat sahabat2 saya yang telah menyambung pelajaran di luar negara yang sudah pastinya dapat menguasai bahasa Arab dengan mudah.
Seminggu yang lalu, saya mengikuti kelas bahasa Arab dan ternyata lidah saya agak janggal bila berbicara dengan lecturer.Mana tidaknya semester yang lepas saya hanya mengambil kelas bahasa Inggeris dan ternyata setiap kali bercakap bahasa Arab, pasti juga akan terkeluar bahasa Inggeris tidak pun bahasa Melayu.hehe.
Semasa saya di DQ dulu, tidak dinafikan hampir semua subjek saya belajar dalam bahasa Arab. Tetapi, saya masih tidak dapat mem'praktikkan' apa yang di belajar lebih2 lagi bab2 speaking arab ni. Ternyata saya begitu lemah dalam penguasaan bahasa tersebut. Masih ada 3 bulan lagi untuk saya cuba mengusai bahasa Arab.InsyaAllah dalam bulan 4 nanti saya akan menghadapi exam semester kedua, jika ditakdirkan saya examted, saya akan memulakan kehidupan baru (alam kuliah) yang sebenar.
Sekadar selingan...
Buat semua sahabat2, jika ada kelapangan pada 16 Disember 2009 ini akan diadakan " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert" di IIUM, Gombak bertempat di Cultural Activity Centre ( CAC ). Bayaran hanya RM5 ( IIUM Student), RM 7 ( Others) dan kanak2 dibawah umur 12 tahun RM 2.50 sahaja.Duit tersebut insyaAllah akan didermakan untuk membina sebuah madrasah. Artis nasyid yang akan hadir In-Team, Nice dan Algebra.
Bagi yang berminat, datanglah beramai2 untuk memeriahkan " Nazrey Johani tour Tahfiz Charity Concert" tersebut..
Sunday, December 6, 2009
Kembali Menulis...
7 November 2009
Hari ini saya berkesempatan untuk menulis kembali blog yang sudah lama tidak di’update’. Jangka masa 2 minggu di rumah membuatkan saya seakan-akan terlupa untuk memberi sedikit pengisian lebih-lebih lagi seminggu yang lalu saya terlibat dengan program yang dianjurkan oleh UIA dibawah Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli (JASA) di Sungai Berua, Hulu Terengganu.
Saya bersama 72 peserta berpeluang mengikuti program tersebut dan saya ditaklifkan sebagai sub-committee catering dan ia membuatkan saya seakan ‘melupakan’ dunia blog. Tarikh kelahiran saya juga kebetulan jatuh pula pada hari kedua hari raya haji yang lalu dan pada hari itu juga saya perlu bersiap sedia untuk pulang ke UIA untuk mengemas apa yang perlu memandangkan barang2 catering lah yang paling banyak antara semua.
Pada mulanya saya agak ragu juga adakah program ini akan berjalan seperti biasa @ dibatalkan memandangkan keadaan negeri di pantai Timur mengalami musim tengkujuh. Selepas diberitahu bahawa cuaca disana tidaklah seteruk yang diisangka, akhirnya program ini diteruskan selepas kami membuat solat hajat berjemaah.
Kami bertolak dari UIA pada 30 November pada jam 10.15 malam dengan dua buah bas dan lori (barang2 unit)dan sampai di Sg. Berua lebih kurang pada pukul 8 pagi selepas kami berhenti solat subuh di Masjid dan makan di rumah salah seorang peserta di sana. Walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meredah hujan yang kadangkala renyai2 dan lebat. Nasib baik juga setiap peserta diperingatkan agar membawa payung dari UIA.
Saya tidak dapat mengikuti secara keseluruhan program yang dianjurkan kerana ‘terpaksa’ menghadap kuali, pisau, bawang, periuk dan sebagainya di dapur.hehe.Desakan masa yang menuntut untuk memasak makanan mengikut jadual membantutkan keinginan unit catering untuk terus leka dari masa yang ditetapkan. Naseb baik juga unit catering mempunyai ramai sub-committee maka tidaklah terlalu penat kerana masing2 memberikan kerjasama dan komited dengan tugas masing2.
Selama 5 hari disana, keadaan masih tetap sama. Hujan kadangkala berhenti dan dengan tiba2 pula hujan dengan lebatnya. Unit sport pula bertungkus lumus untuk ‘melancarkan’ suka hari keluarga bersama orang asli. Nasib mereka baik apabila pada pagi Hari Keluarga, tiada hujan dan Alhamdulillah melancarkan gerak kerja mereka. Akan tetapi sedang mereka berseronok bermain sukan bersama orang2 asli, hujan turun dengan lebatnya membuatkan semua para peserta yang berada di padang berlari2 mencari tempat berteduh memandangkan mereka tidak membawa payung kerana mereka menyangka hujan takkan turun.
Lebih memeranjatkan kami, anak2 orang asli dengan selamba bermain hujan tanpa menghiraukan hujan yang semakin lama semakin lebat. Mujur juga tiada guruh dan kilat, kalau tidak kami tak tahulah apa yang akan terjadi. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda dan aktiviti berjalan dengan lancar.
Sehari sebelum kami pulang ke UIA, kami mengadakan kenduri bagi menjamu orang2 kampung. Alhamdulillah keadaan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya kami agak sukar mengawal keadaan anak2 orang asli. Majlis berakhir hampir pukul 12 malam dan seperti biasa unit saya terpaksa mengemas dan menyimpan barang2 yang tidak digunakan untuk dibawa pulang ke UIA. Kami bertolak dari Sungai Berua pada hari sabtu lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di UIA tepat jam 7 malam. Bas yang saya naiki sempat singgah di kemaman untuk makan tengahari dan membeli sedikit sebanyak kepok lekor untuk dibawa pulang.
Tuesday, November 17, 2009
Saya dan Matematik
18 November 2009
Matematik..penting ke dalam hidup saya? Ketika di sekolah tadika, saya hanya tahu mengira dari nombor 1 hingga 20 dan seterusnya. Bila menginjak umur, saya semakin mahir menulis nombor yang lebih besar. Seiringan itu, minda saya berkembang memikirkan perkara-perkara berkaitan nombor lebih-lebih lagi melibatkan duit.hehe. Di sekolah rendah, mak selalu memberikan saya RM2 untuk sekolah kebangsaan dan agama pagi dan petang. Waktu itu, RM2 wang yang cukup besar bagi saya.
Minat pada matematik bermula ketika saya dipaksa oleh abah untuk menghafal sifir1 hingga 12. Teringat saya ketika mana saya malas untuk menghafal sifir yang saya rasakan ketika itu amat membosankan. Abah hampir merotan saya jika tidak dapat hafal sifir sehingga sempurna. Ketika itu, abah menyuruh saya menghafal sambil menghadap sifir yang ditampal di dinding. Sambil menghafal, air mata saya berjurai-juraian. Kelakar juga bila diingatkan kembali. Atas berkat di'paksa' oleh abah, saya jadi minat matematik sehingga kini. Terima kasih abah!
Menginjak dewasa, baru saya terfikir bahawa matematik merupakan asas kepada pelbagai bidang ilmu di dunia ini. Tanpa matematik, bagaimana agaknya hidup kita. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Ilmu matematik berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Saya dan matematik sangat rapat. Bagaimana pula dengan anda??
Monday, November 16, 2009
Berimaginasi seperti ' Kungfu Panda'
16 November 2009
Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, saya banyak membaca buku-buku berunsurkan motivasi. Tidak kira siapa pengarangnya, saya akan tetap membelinya. Sejak saya mengikuti program SPIES selama 2 kali berturut-turut, saya lebih bersemangat dan berimaginasi (bukan angan2 kosong) hehe untuk 'membina' consultant saya sendiri insyaAllah.
Teringat saya akan cerita-cerita kartun yang saya tonton ketika kecil dulu. Doraemon, Power Rangers, Spiderman dan sekarang mungkin Kungfu Panda. Apa yang saya ingin huraikan setiap animasi yang dipertontonkan sedikit sebanyak menyumbang kepada proses imaginasi saya. Saya ingin menjadi 'DORAEMON' kerana dapat mengeluarkan 'alat-alat' elektronik yang canggih2 dari poket ajaib. Imaginasi ini mendorong saya mencapai matlamat suatu hari nanti. Ya, insyaAllah ingin menjadi seorang pakar motivasi!.
Setiap kali saya melihat filem Kungfu Panda, tidak kering gusi dibuatnya. Bayangkan dengan telatah panda yang 'chubby' yang menyeronokkan membuatkan saya menonton filem itu berkali2 tanpa rasa jemu. Mesej dan themes yang disampaikan dalam filem tersebut turut menarik hati saya dan apa yang saya dapat lihat, ia berkisarkan tentang kasih sayang, imaginasi (matlamat), kreativiti dan motivasi.
Panda yang berimaginasi ingin menjadi seorang 'master', bermotivasi tinggi dan tidak pernah putus asa walaupun terdapat cabaran dari pihak keluarga untuk meraih gelaran 'MASTER' dalam kungfu. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai manusia, kita percaya bahawa setiap dari kita mempunyai mehnah dan tribulasi sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Seandainya anda diberi tekanan negatif dari pihak keluarga (jika ada) dimana mereka tidak percaya akan kemampuan anda, buktikan pada mereka bahawa tekanan yang mereka berikan tidak sesekali meruntuhkan semangat anda. (berfalsafah la pulak).
Situasi tersebut pernah terjadi kepada rakan saya semasa sekolah rendah dulu. Dia ketika itu seorang yang jika dikategorikan seorang yang agak lemah dalam semua mata pelajaran. Keluarga yang agak sederhana, mempunyai ramai adik-beradik dan masalah kewangan kadangkala membuatkan dia hampir berputus asa (bukan menyalahkan takdir) dan dia hampir2 berhenti sekolah dan berhasrat untuk bekerja memandangkan dia anak yang sulung. Tetapi, mempunyai imaginasi dan matlamat yang tinggi dan ingin menjadi seorang yang 'versatile' dalam semua bidang dan dikagumi. Kawan2 yang rapat dengan beliau hanya menggelengkan kepala dan ketawa mendengar angan2 yang mereka pasti tidak akan tercapai.
10 tahun kemudian, saya dikejutkan berita bahawa rakan saya tersebut kini menjadi 'orang penting' dalam organisasi di kolej. Bukan itu sahaja, malah berjaya mengekalkan anugerah dekan setiap tahun dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.SubhanaAllah, saya tertanya-tanya apa rahsia yang menyebabkan beliau berjaya sampai ke tahap itu. Saya sempat bertemu dengannya awal tahun lalu dan bertanya mengenai rahsianya.Rahsianya cuma satu iaitu ' IMAGINASI + DOA + TAWAKKAL'. Berbekalkan imaginasi beliau selama 10 tahun, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dan dikagumi.
Ya, saya ingin menjadi seperti dia. Saya ingin mengambil semangat yang dia. Dan Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami dan menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi, saya pasti Allah akan menguji setiap hamba-Nya dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan hamba tersebut. Yang pasti saya akan terus berimaginasi +doa+tawakkal seperti sahabat saya dan insyaAllah.
Thursday, November 12, 2009
Kuasa Imaginasi dan Kreativiti
13 November 2009
Imaginasi adalah alat menjana kreativiti seseorang individu. Seseorang yang kreatif menggunakan imaginasi mereka dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Kita akan menggunakan otak kanan untuk merealisasikan imaginasi yang kita impikan.
Imaginasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional ( kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang bukan-bukan dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Contohnya, mereka akan berlagak seperti pemandu F1, superman, spiderman atau doraemon. Secara logiknya, orang dewasa akan ketawa apabila melihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil tersebut menolak logik. Tetapi ramai yang lupa bahawa si dewasa dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.
Dalam prinsip Brainstorming, perkara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Ini kerana logik akan membunuh kreativiti dan akan menghalang lahirnya idea yang unik dan luar biasa. Oleh itu, ibu bapa, jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil kerana ia secara tidak langsung menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.
Imaginasi bukan hanya kepada kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga perlu berimaginsi.Kuasa imaginasi ini sangat penting untuk merealisasikan setiap perbuatan kita. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al-Fateh secara tidak langsung telah menggunakan imaginasi (minda separa sedar) untuk menawan Kota Konstantinople. Pelbagai cara dan langkah dilakukan bagi memastikan Kota Konstantinople tersebut jatuh ke tangan orang Islam. Menurut sejarah, Al-Fateh juga telah mengalami 27 kali kegagalan ( kalau salah, tolong betulkan) dalam menawan kota tersebut. Itu sudah fitrah manusia mengalami kesusahan dahulu sebelum kesenangan. Dalam firman Allah dalam surah " 'Alam Nasyrah" ayat 5 dan 6 mafhumnya " Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan". Jika kita baca dan lihat bahawa Allah telah mentakqidkan 2 kali berturut-turut dalam ayat 5 dan 6 bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan.
Berbalik kepada imaginasi Al-Fateh, beliau sentiasa menanamkan azam dan cita-cita untuk "berjaya'" menawan kota Konstantinople. Apabila sentiasa consistent berfikir tentang "kejayaan" secara tidak langsung minda separa sedar akan menerima lalu merealisasikan imaginasi yang kadang-kala tidak logik pada orang sekeliling. Contohnya, membawa 70 buah kapal melalui daratan yang berbukit-bukau selama 1 malam sahaja. Akhirnya selepas berjuang habis-habisan selama 53 hari, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya juga menawan kota tersebut. Mungkin pada kita agak mustahil untuk dilakukan, tetapi percayalah bahawa jika kita selalu menanamkan azam, insyaAllah akan dipermudahkan.
Perlu kita tahu bahawa akal kita agak terbatas untuk menjangkaui perkara-perkara yang lebih besar kerana akal kita sangat kompleks. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkata ghaib di luar jangkaun pemikiran kita. Dan, kita perlu sedari bahawa setiap hari kita mencipta pelbagai program dalam minda separa sedar. Dan, Lebih baik kita berfikir kepada perkara baik dan positif. Wallahua'alam

Tuesday, November 10, 2009
Anjakan Paradigma..
11 November 2009
Semalam petang saya dan sahabat2 lain baru pulang dari DQ (tempat istimewaku) untuk berjumpa dengan adik2 serta pensyarah2 yang sudah lama kami tidak temui. Sudah lama saya tidak menjejak kaki disana, rasanya baru semalam saya berada disana sebagai pelajar semester 1 yang masih lagi bertatih mencari pengalaman serta tarbiyah.
Kebetulan, pelajar ijazah (K.Fatimah, K.Afrida dan K.Kinah) ingin datang ke UIA dan bermalam disana untuk menemani saya yang kesunyian kerana roomate saya sudah pun pulang bercuti seminggu yang lalu walaupun keesokkannya mereka akan menghadapi exam. Tajuk exam pun bg ana agak "menakutkan" dan memerlukan pengorbanan yang besar.hehe

Nampak pada luaran, tampak agak menarik.Mungkin ada dikalangan kita akan beranggapan mungkin buku tersebut berkenaan multiculture @ budaya2 di negara kita.so, don't evaluate this book by its cover. Apa yang dapat saya kaitkan, buku tersebut memberi motivasi kepada saya (promote sikit ye).
Sebaik diberi penerangan serba sedikit daripada K.Fatimah tentang buku tersebut, rupa2nya selama 51 tahun negara kita merdeka, perlembangan negara kita masih lagi terikat dengan penjajah. Alangkah 'dasyatnya' pihak penjajah dahulu menggubal perlembagaan sehinggakan diguna pakai sampai sekarang. Tidak nampakkah kalian cara dan strategi mereka?
Secara tidak langsung, buku tersebut memberi semangat dan motivasi kepada saya untuk menyelami dan mencipta strategi bagaimana cara untuk menggubal semula perlembagaan(angan2 xpasti bila akan tercapai) kerana yang pasti corner sane sini pon, tetap akan berpegang semula pada perlembagaan. Dan, perlembaan merupakan kuasa veto yang memaksa kita untuk bekerja keras untuk 'memilikinya'.
Untuk maklumat lanjut, ana syorkan sahabat2 baca buku tersebut. Bagi sape2 yang tidak memilikinya, pinjam2lah dengan ijazah DQ-USIM ke....hehe(promote lagi)..InsyaAllah ia akan membangkitkan semangat kalian semua. Terutama kepada mahasiswa dan pejuang muda seperti kita InsyaAllah .
Saturday, November 7, 2009
Detik Itu..
8 November 2009
Tepat jam 10.30 pagi saya telah selesai ber'perang' dengan subjek bahasa Melayu. Nampak agak senang, rupa-rupanya soalan tersebut benar-benar menguji jiwa saya. Selama 3 hari saya diberi peluang untuk mengkhatamkan buku BM yang agak merumitkan dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.hehe..
3 hari sebelum peperiksaan BM menjelang, saya dikejutkan dengan berita datuk saya terjatuh dan dimasukkan ke hospital. Ya Allah, nasib baik kebetulan saya baru balik, bolehlah juga untuk saya pulang ke kampung, walaupun saya akan menghadapi exam terakhir 3 hari lagi. Saya berdoa dalam hati, moga apa yang saya lakukan ini, dipermudahkan segala urusan.
Saya, abah dan mak bertolak ke kampung selepas asar dan Selama 5 jam perjalanan dari Rawang- Johor, saya dan abah bergilir-gilir memandu memandangkan abah penat menguruskan kedai makan pada sebelah pagi hingga tengah hari. Kami selamat tiba di Segamat, Johor lebih kurang pada jam 10 malam.
Keadaan datuk yang sakit, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya. Keadaan bilik hospital yang diduduki kebanyakkan dari mereka dari kalangan golongan orang tua, memberi keinsafan pada saya. Mana tidaknya masing2 memakai tiub pernafasan kerana sukar untuk bernafas secara normal. "Ya Allah, andainya aku yang masih sihat ini ditarik nyawa secara tiba2, cukupkah segala amalan aku?"
Pulang dari Johor, saya teringat kata2 datuk sebelum kami pulang melawat dia di hospital. " Atuk doakan semoga lulus dalam peperiksaan dan berjaya di dunia dan akhirat" Ya Allah, ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Dalam keadaan datuk saya yang sakit, masih lagi mendoakan kejayaan saya. Terima kasih Atuk!
Sekembali dari kampung, barulah saya membelek buku BM yang sudah agak lama tidak disentuh. Agaknya buku ni pun dah merajuk dengan saya. Apa-apapun saya mendoakan yang terbaik buat sahabat2 yang masih lagi dalam fatrah exam. Percayalah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Ingatlah janji Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)