Saturday, July 4, 2009
Suatu Kebetulan...
Saturday, June 27, 2009
Kejadian yang Mencemaskan II
Tuesday, June 23, 2009
Kejadian yang mencemaskan...
" Mak, mak nampak tak fail warna hitam kat sini?"
" Mak x nampaklah, kamu letak katne?" Aku menggaru2 kepala.Fail hitam kesayangan aku tu penuh dengan sijil2 penting.." Habislah aku"aku menggumam. Sudahlah dalam fail2 tu banyak sijil2 yang aku perlu fotostat untuk persediaan masuk IPT, tiba2 ghaib pulak.Setahu aku, fail ni tidak ada siapa yang mengalihkannya.
Aku dengan rasa confident nya mengatakan kat mak dengan abah memang aku bawak balik ke rumah..Tapi memang betul pun..Abang ipar aku pun mengatakan yang dia nampak fail juga aku yang diletakkan di sudut kerusi.
Habis seluruh pelusuk rumah aku geledah. Bawah kerusi, atas meja, dalam bakul..Semuanya digeledah.Yang paling risau sekali mak akulah, die yang bersungguh2 mencari fail aku. Timbul rasa kasihan pada mak." Mak mintak maafla ye, nyusahkan mak"
" Ya Allah, mana pulak fail ni, aku ingat letak kat sini ari tu. Dahla xsiap ape benda lagi ni, xmasuk U la aku pasni"..Siang malam aku dan mak mencari fail, kalau tak jumpa juga, aku berkira2 nak keje je dengan abah.
Keesokkannya aku pergi ke DQ untuk mencari semula fail yang hilang, mane lah tau aku terbawa sementara tu aku juga perlu menguruskan perkara yang tak selesai lagi di DQ. Puas juga mencari, tapi tak jumpa.Abes semua aku selongkar. " Mak ai, mane pulak ni, xkan terbuang dah kot"
Aku telefon abah. " Abah, xdelah fail kat DQ, dah cari, xjumpa juga, macam mane ni"Suara abah seakan2 gelisah. Mane taknya kalau dokumen2 dalam fail tu tidak ade, alamatnya kena ambil yang baru kat putrajaya." kita cari lagi kat rumah, mane tau terselit kat mane2"
Balik dari DQ, aku mencari lagi." kalau tak jumpa juga, aku redha xmasuk u"Tiba malam tu, dengan tidak semena-mena aku bermimpi yang ada seseorang menghulurkan fail itu pada aku. Tersedar sahaja, aku terus bgitau pada mak yang aku nak pergi ke DQ mencari semula fail yang hilang. Mimpi tersebut amat meyakinkan aku bahawa hari ni InsyaAllah aku jumpa semula fail tu.
Setiba di DQ, tempat pertama yang dituju semestinya bilik SMUTEM. Cari punya cari, tiba2 mata aku terpandang rak fail2 SMUTEM. Aku pun cari satu-persatu dan....
Sambungan...
Thursday, June 18, 2009
Keluhan Atau Luahan??
Penatnya..
Lenguh betul badan2 ni...
Kadang2 kita tidak sedar adakah ini adalah suatu keluhan atau luahan. Tidak dinafikan kadangkala dalam sedar tak sedar aku sering mengeluarkan perkataan ini. Begitulah semenjak aku pulang ke rumah untuk membantu mak dan abah membeli barang2 untuk berniaga keesokkan hari.
Bukan merungut bukan mengeluh bukan juga luahan. Sekadar terkeluar dari mulut. Betul ke?(apa yang aku merepek ni).Melihat minat ayah aku yang suka berniaga kedai makan sedikit sebanyak aku mengagumi kesabaran mak dengan abah yang tidak pernah merungut walaupun sekali.
Rasanya aku yang hampir balik seminggu setengah di rumah ni sudah tak tahan penat, apatah lagi abah dan mak yang sudah berbulan2 berniaga membeli barang2 niaga pada waktu yang sama, dimana hampir setiap hari balik pukul 10 malam. Dan keesokkan pula bangun seawal 5 pagi.
Teringat aku dimana aku mengikut abah dan mak ke NSK, Rawang untuk membeli barang. Aku melihat wajah kepenatan mak dan abah. terdetik hati kecilku " Ya Allah, tahan betul mak ayah aku ni, dahlah siang tadi bertungkus lumus amik order kat PERODUA, lepas tu pasang khemah orang tempah kanopi".
Pernah aku tujukan soalan kepada abah " abah, xpenat ke abah berniaga.amik order sane, amik order sini".Abah cuma tersenyum " biasalah berniaga, kena kerja kuat sikit nak bagi kamu dengan adik belajar, abah dah pencen, cari rezeki lebih xpe, bila abah dah tak larat nanti , nyanyuk ke,kamu la ganti abah pulak" Aku terdiam.
Air mata cuba ku tahan dari jatuh. Sebak dirasakan kerana abah tidak mengeluh apatah lagi merungut. Apatah lagi abah sering mengatakan kalimah2 yang mengusik hati.Setiap saat hati aku terdetik " Terima Kasih Ya Allah, kau berikan aku ibu bapa yang terbaik buatku"
Tuesday, June 16, 2009
Penawar Hatiku...
Kepada sahabat2 yang pernah mengalami gangguan makhluk halus atau sebagainya...ana ingin memberi sedikit pendinding dirivyang ana baca dan tanyakan pada ustaz2..InsyaAllah dengan izinNya mujarab.
Pertama : Al-Fatihah 3 kali. Sesudah dibaca, hembuskan ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.
Kedua : Sebelum tidur, bacalah ayat kursi sebaik-baiknya di baca sebanyak 3 atau 7 kali
Ketiga : Baca doa sebelum tidur dan selawat serta mengucap dua kalimah syahadah.
Keempat : Beristiqomahlah berwuduk sebelum tidur kerana syaitan dan iblis tidak berani mendekati orang yang ada air wuduk.
Kelima : Baca surah Al-Ikhlas 3 kali, surh Al-Falaq dan surah Al-Nas sekali.
Ketika kalian terkejut dari tidur disebabkan mimpi2 pelik atau terjaga secara tiba2 pada waktu dinihari. Cara2 nya adalah
Pertama : Ambil wuduk
Kedua : sembahyang sunat atau hajat sekiranya berkemampuan
Ketiga : Baca yassin atau surah2 lain mengikut tertib
Wallahu'alam...Selamat Mencuba
Sunday, June 14, 2009
Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan
Definisi :
SAKA adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.
SAKA ini wujud apabila nenek terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membakitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Semasa mereka hidup,mereka telah bersahabat2 dan membela jin2 tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama2 seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain2 memang terkenal dengan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.
Firman Allah dalam surah Jin ayat 6 yang bermaksud..
" Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin2 itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..."
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Oleh itu, wahai sahabat2, sebagai seorang manusia kita mestilah hidup berlandaskan Al-Quran Wal Sunnah...DAN, beringatlah sentiasa walaupun sebilangan dari kita ada yang telah memiliki saka keturunan @ tiada saka sekalipun, kita mestilah ada pendinding diri.
" Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu denga kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, insyaAllah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah menurunkan penyakit dan disamping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikan penawar yang dideritai"
Wednesday, June 10, 2009
Maafkan Aku..
Tiada ungkapan yang lahir dari hati ini melainkan ingin memohon jutaan kemaafan serta terima kasih kepada ahli jawatankuasa Sekretariat Menyambung Pelajaran ke Timur Tengah (SMUTEM) kerana bertungkus-lumus dalam membantu kerja-kerja pengurusan.
Jika ditakdirkan ana dapat rezeki menyambung pengajian di dalam negara (ipt),ana memohon maaf tidak dapat bersama menghabiskan kerja-kerja yang masih belum selesai. Jika tidak, ana akan cuba membantu sedaya yang mungkin.
Terima kasih atas segalanya, segala pengorbanan kalian selama hampir 5 bulan serta tunjuk ajar kalian pada ana Mungkin di HEP,unit akademik dan unit rekod dah kenal budak2 smutem ni (hehe)..Kadang2 lucu juga bila ditegur En. Ramlee di maktabah " Lor..ingatkan dah balik dah, upenya ade lagi kat sini". Ana dengan selamba hanya buat muka seposen jelah.
Hmm..Banyak yang ana pelajari sepanjang menguruskan SMUTEM selama hampir 5 bulan ni dan sedikit sebanyak pengalaman dari kerja2 ni akan ana praktikkan selepas ini insyaAllah.
DAN, Ana doakan kalian sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah hendaknya.
Sekalung Tahniah Buat Kalian...
Tahniah
Tahniah
Kepada pasangan Rokhaizat & Amir serta Ku Rohana & Fadhlullah, ana mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" walaupun majlis kalian sudah beberapa hari dilangsungkan. Kepada kak Ku Rohana, ana memohon maaf di atas ketidakhadiran ana pada majlis akak.
Dan, Semoga diri kalian semua sentiasa dirahmati dan moga bahagia hingga akhir hayat hendaknya insyaAllah...
Tuesday, June 2, 2009
Lucu ya...!!!
"Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke tabung Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket
" Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan TV.
"Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton tv di rumah.
" Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu munajat atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan2.
" Lucu ya, sebagai seorang pejuang, susah sangat baca Al-Quran 1 juz, tapi majalah hiburan, surat khabar nyamuk pun habis dilahap.
" Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu, mesyuarat dan program, tapi untuk acara lain seperti menonton, annual dinner atau high tea kita boleh diubah sekelip mata.
" Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebarkan gossip atau khabar angin.
" Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di internet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
" Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.
" Lucu ya, kita boleh mengirimkan beberapa jokes dan surat berantai lewat emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering kita berfikir dua tiga kali. kenapa ya???
Thursday, May 28, 2009
BERITA TERBARU!!!
MASA : 11 PAGI
SASARAN : TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN
DQ DAN MTQN
Tuesday, May 19, 2009
Sedang Aku...III
Wednesday, May 13, 2009
Coretan Buatmu...
Sedih...
Terharu...
Itulah yang dapat aku ungkapkan. Sedih kerana aku tidak dapat bersama2 teman seperjuangan banat smutem minggu ini kerana terdapat masyaqqah di rumah.Terharu serta kagum dengan pengorbanan mereka.Terima kasih k.pida and azma.Maaf sebab xdapat bersama2 kalian minggu ni.
Terbaca post terbaru azma, membuatkan diri aku serba salah. Sebagai salah seorang yang menguruskan smutem, sedikit sebanyak kesusahan dan masalah teknikal yang berlaku aku yang harus bersama2 mereka, walaupun besar atau tidak masalah tersebut..
Kepada sahabat2 smutem (K.Afrida, Azma dan Hana'), terima kasih atas segalanya.Hanya Allah yang dapat membalasnya..'Alakullihal syukran
Tuesday, May 12, 2009
Permata untuk isteri Fitnah untuk suami...
Pada suatu ketika, Khalifah Uthman bin Affan telah mengutus seorang utusan ke negara jiran untuk menjalinkan hubungan dua hala.Mengambil kesempatan daripada pemergian utusan itu, isteri khalifah Uthman bin Affan iaitu Ummu Kalthum meminta utusan tersebut membawakan sekali bingkisan hadiah darinya berupa minyak wangi sebagai cenderamata untuk isteri raja berkenaan.
Tidak lama kemudian, utusan itu pun kembali ke Madinah. Selain membawa pesanan dari raja negara jiran tadi, utusan tersebut turut membawa bingkisan hadiah balasan daripada isteri raja negara jiran itu untuk Ummu Kalthum. Apabila dibuka, didapati bingkisan itu berisi intan dan permata.
Khalifah Utman terkejut melihat hadiah tersebut. Lantas Khalifah Uthman menahan hadiah itu dan memasukkan ke dalam baitulmal untuk menjadi milik negara. " Kalau engkau bukan isteri khalifah, tidak mungkin engkau akan menerima hadiah ini,"kata khalifah Uthman kepada isterinya. Ummu Kalthum tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya" Yang kuterima ini adalah balasan daripada isteri raja"."Aku menghadiahkan minyak wangi, dan dia membalasnya dengan bingkisan ini"
Khalifah Uthman tetap tidak bersetuju. Beliau tetap bertegas dengan keputusannya dengan memasukkan hadiah tersebut ke dalam baitulmal. Kata Khalifah " Benar kata-katamu tadi, tapi engkau telah menggunakan kemudahan milik negara!"
Ummu Kalthum membantah, hadiah itu terlalu kecil untuk dikatakan sebagai membebankan dan menggunakan kemudahan negara. Lagipun ia bertujuan mengeratkan lagi persahabatan serta kemesraan antara kedua-dua negara.
Akhirnya bagi menghindari fitnah dan konflik, khalifah Uthman dan Ummu Kalthum sepakat untuk menyelesaikan pertikian itu melalui mahkamah. Maka bingkisan dan hadiah itu diserahkan kepada hakim. Setelah melalui persidangan yang agak panjang, maka hakim telah mengesahkan bingkisan itu sah menjadi milik peribadi Ummu Kalthum.
Khalifah Uthman menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Amirul Mukminin itu menyerahkan hadiah berkenaan kepada isterinya dan memberitahunya sejak awal-awal lagi dia menjangkakan akan kalah dalam pertikaian tersebut.
Ummu Kalthum terkejut. " Kalau begitu, mengapa engkau mahu membawa masalah ini dihadapan hakim?"tanya Ummu Kalthum semula.
"Sebab, jika tidak diselesaikan dengan hukum Al-Quran, aku khuatir ia akan menjadi fitmah".kata Amirul Mukiminin tersebut."Fitnah yang bagaimana" Ummu Kalthum bertanya.
"Nanti orang akan berkata, lihat itu isteri khalifah menggunakan peluang dan kemudahan negara untuk kepentingan peribadi. Selain itu, aku khuatir kalau tindakanmu itu diikuti olah isteri pembesar yang lain," jawab khalifah Uthman.
Ummu Kalthum terdiam. Dia menyedari kebenaran kata-kata suaminya itu. Setelah diteliti sedalam-dalamnya, Ummu Kalthum mendapat kekhuatiran Khalifah Uthman memang berasas. Atas kesedarannya sendiri, malam itu juga Ummu Kalthum menyerahkan kembali bingkisan tadi ke baitulmal untuk menjadi milik negara.
Pembaca sekalian, alangkah indahnya jika kita mempunyai pemimpin yang mulia akhlaknya seperti khalifah Uthman dan isterinya pula tau menjaga nama baik suami seperti Ummu Kalthum.Fikir2 kanlah...
Sunday, May 10, 2009
Sedang Aku....II
Tingkap bilik terbuka..Angin kuat menderu masuk dan secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..
Aku tersentak..
Hairan...(kerana tingkap sebelum ni memang aku dah tutup rapat)
Meremang bulu roma...
"Kuatnya angin ni" Dengan rasa terkejut + berani2 takut, aku sedaya upaya cuba menutup kembali tingkap.
Sahabat2 smutem masing2 sudah lama dibuai mimpi. Jam pula dah menunjukkan arah 2 pagi."Budak2 ni langsung sedar ke?"
Prangggg......
Kus semangat!Bunyi kaca jatuh tiba menerjah telinga.Sudahlah masih lagi terkejut dengan tingkap yg tiba2 terbuka ditambah pula dengan kaca pecah...Betul2 menguji keimanan...Aku beristighfar dan cuba menjengah ke luar tingkap.Mane lah tau mungkin kaca dari tingkap bilikku. Dan sedetik cuma tiada ape di luar,mungkin suasana yang gelap,menggagalkan pandangan aku untuk melihat dengan lebih jelas.
Dengan adanya sisa2 keberanian yang ada, aku cuba melelapkan mata yang sudah sedia minta dipejam." Kenapa xboleh tidur pulak ni?Ni mesti kesan air kopi yg aku minum tadi ni". Aku memejam mata...
"Lina...Lina.."
Terdengar satu suara di telinga aku.Makin lama makin dekat.Sayup2 kedengaran. Sedang aku cuba membuka mata, lampu bilik dengan sendirinya tiba-tiba berkelip2...
Dan.......
Sunday, April 26, 2009
“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”
Saturday, April 11, 2009
Berfikir Seketika...
Thursday, March 19, 2009
Ustazah...Ustazah...
Em, kini secara x langsung gelaran tu dapat kat ana ( em,rasa macam xlayak je).Tapi, itulah pandangan orang luar pada orang2 yang belajar agama macam kita ni. Kadang2 terselit jugak kat hati nakal ana ni nak jadi orang biasa je, tapi tulah ape2 masalah berkaitan hukum agama, makcik2 kat kampung datang cari (kononnyalah).
Suatu hari ana berfikir, orang muda macam kita nilah yang jadi perintis kepada perjuangan Nabi Allah Muhammad.Tapi kenapa ramai dikalangan orang2 muda(orang yang belajar agama khususnya) terlebih over dari orang biasa...Pelik2..Bukan ana mengatakan salah menonton kartun, dan kadang2 diri kita juga perlukan hiburan, tapi berpada2 itu lebih baik.. :)
Ha, xpercaya??ana cakap ni pun berdasarkan apa yang ana tengok sendiri depan mata. Bila tengok tv, mengalahkan adik2.Yang menghairankan citer kartun je lagipun tapi tengok dari pagi sampai petang, tergelak2 mengalahkan ponti anak remaja ( eh betul ke grammer tu). Kadang2 malu pada mak ayah yang penat lelah nak tengok anak2 berjaya dalam bidang agama supaya satu hari nanti anak2 dapat mengajar mereka tapi lain pula jadinya mak ayah pula yang tegur anak. Malu pada non muslim pun ada. So, xboleh jugak salahkan non muslim 100% kalau mereka salah anggap pada agama Islam kalau orang Islam sendiri bersikap macam tadi.
Em, ni baru citer pasal tengok tv, belum lagi masuk bab rukun Islam yang kedua. SOLAT! ana PASTI dan PASTI kalau ana cakap solat subuhlah yang paling liat nak bangun, sedangkan subuh tu hanya 2 rakaat je bukan 20 rakaat. Kalau boleh waktu tulah time nak tarik selimut sampai kepala, dan jangan lupa sarjan2 serta prebet syaitan juga bertungkus lumus melakukan kerja mereka supaya kita termasuk menjadi rakan2 mereka di neraka nanti. Kalau yang belajar agama tahap tinggi, bukan setakat sarjan dan prebet malah dibawanya raja dan bendahara sekali agaknya. Dalam firman Allah SWT :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut : 2)
Seharusnya kita sebagai golongan yang belajar agama ni, berusaha menjadi contoh ikutan kepada ibu ayah, adik-beradik. Mungkin dengan hidayah dari Allah, adik-beradik kita yang dulunya sosial@xmenutup aurat, akan berubah berkat perubahan serta anjakan paradigma kita sendiri. Secara xlangsung kita mendapat saham pahala daripada perubahan yang kita salurkan dan inikan salah satu metod dakwah juga J..Lagi satu, kalau boleh, kita lah yang jadi penggerak subuh tanpa gaji di rumah bukan mak atau ayah yang kejutkan...
Kepada sahabat2 serta diri yang menulis ini, marilah kita sama2 berusaha melakukan anjakan paradigma kepada diri kita menjadi seorang MUSLIM SEJATI dan MUSLIMAH SEJATI. Perjuangkan sunnah serta Ad-Din yang Rasul tinggalkan untuk kita. Impaknya akan lahir generasi2 perintis Rasulullah SAW yang memperjuangkan agama Allah.Ya Allah, Alangkah bahagianya jika Rasulullah masih hidup. Kami rindu padamu Ya Rasulullah!!!
Monday, March 16, 2009
Hati Wanita...Hati Muslimah...
Entah mengapa jiwaku meronta. Aku wanita inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku. Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. Janganlah kerana diri ini yang lemah kau anggap daku tidak punya perasaan. Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu layak di hormati? Mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar lelaki? Bukan niatku sebagai wanita untuk di sanjung.Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah kalian. Tapi aku ingin berada di samping kalian supaya kalian bisa memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada wanita sepertiku.
Ya benar. Wanita sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang wanita yang solehah. Tapi, aku ingin menjaga maruahku! Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh manusia seperti kalian. Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. Mengapakah kalian tidak memahami hati ini? Mengapakah kalian tidak bisa membantu diri ini? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan kalian untuk mempergunakan kami? Bagaimanakah agaknya bila ibu kalian, kakak kalian atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti kalian??? Sanggupkah kalian?? Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. Bilamana di bandingkan antara kalian, kalian tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain. Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar..
Tidak ada sesiapa pun wanita di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. Aku, seorang wanita tetap menginginkan perhatian.Janganlah kalian terkejut bila aku katakan bahawa setiap wanita menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak.Ingin disayangi, ingin didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari. Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan wanita sepertimana diibaratkan wanita ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. Maka kalian lah yang bisa meluruskannya. Itulah yang daku maksudkan. Bukanlah daku tidak mengizinkan kalian untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin bisa menimbulkan luka dalam hati. Bila wanita sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. Tapi dengan satu pujukan sahaja bisa mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama WANITA..
Justeru aku merayu, bantulah insan-insan sepertiku. Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. Jiwaku ingin meronta. Kami tidak ada sesiapa melainkan kalian. Kalian lah pemimpin kami. Dan kepada kalian lah kami bergantung. Bantulah kami. Pimpinlah kami ke arah keredhaan-Nya. Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa kalian untuk membimbing kami untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahan kami. Sedarkan kami dari lena yang penuh dengan kelalaian. Jangan biarkan kami di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaan kami atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan kami ke jalan yang benar. Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku.
Wednesday, March 4, 2009
Ape itu Zina Hati??
Friday, February 27, 2009
Kenangan Mengusik Jiwa...
ربنا ما خلقت هذا بطلا
" nti nak tau tak ana suka baca ayat ni" ungkapku pada suatu pagi kepada sahabat.
"Kenapa?", balasnya sambil mengerutkan dahi. Sememangnya mungkin agak pelik dengan ungkapan ku yang lain dari biasa. Aku hanya tersenyum. Sengaja kubiarkan sahabat memikirkan jawapan sendiri.
" Sebenarnya ayat ni banyak mengajar ana erti kehidupan. Membuatkan diri ana ini sentiasa lebih bersyukur atas nikmatNya", akhirnya aku jelaskan jua bagi merungkai jawapan.
Ya benar. ayat 191 surah Ali-‘Imran ini banyak mengajarku apa itu erti bersyukur. Selama aku berada di bumi barakah Darul Quran ini, banyak yang ku pelajari erti kehidupan.pahit manis (mungkin masin pun ade), entahla, sebak bila memikirkan tidak lama lagi aku akan meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kenangan. Ah, rindu pada mujahidah yang sentiasa memberi semangat pada diri ini.
“ ana pasti ayat ni mesti membuatkan nti teringat kisah silam kan?betul tak?”ungkap sahabat yang terus memecahkan lamunanku. Aku hanya mengangguk setuju, tetapi hati masih tegar lagi untuk terus bercerita.
“ nti nak tau sesuatu tak, ayat inilah yang membuatkan ana semakin yakin dan tabah apabila mengalami sesuatu perkara yang menguji keimanan ana. Masa umur ana 11 tahun, ana kehilangan seorang abang yang ana sayang.Di saat itu, nti cuba bayangkan perasaan ana jika nti berada di tempat ana. Mungkin pada waktu itu, ada yang masih beranggapan pada umur tu masih lagi tak memahami, agaknya nak keluar air mata pun susah agaknya.
Tapi, ana paling sedih bila teringat kat abah ana, yang mana ketika tu dialah yang menjadi saksi kematian anak yang dia sayangi.DEPAN MATA SENDIRI!!.Belum pernah ana melihat abah ana mengalirkan air mata, tetapi di saat tu…….setiap kali bercerita tentang peristiwa (kemalangan) ni, pasti dan pasti abah ana akan mengalirkan air mata. Paling menyayat hati bila abang ana meninggal pada hari lahir abah ana sendiri.” Ku cuba kesat air mata yang mengalir dari merembes keluar.
Sahabat ana hanya mendiamkan diri, dan terus mendengar dan mendengar.
“Mak pada ketika tu langsung tak boleh nak simpan barang-barang arwah apatah lagi nak tengok semula. Masih terngiang-ngiang lagi ucapan arwah abang pada mak sebelum dia meninggalkan kami selama-lamanya.
“ Mak, kita rasa kita tak hidup lama la”, dengan nada bergurau abang berseloroh. Mak hanya diam kemudian mak jawab dengan nada bergurau juga, “ kalau macam tu, bertaubatlah”.
Mak sentiasa menangis sepanjang ketiadaan arwah, dan ana pada waktu tu belum mengerti lagi untuk pujuk mak. “Mak, maafkan adik ye mak, tak dapat nak pujuk mak nangis” hanya itu yang dapat ana luahkan. Dan, melihat keadaan mak, ana turut menangis kerana sememangnya kehilangan abang yang di sayangi amat perit, lebih-lebih lagi abang yang sentiasa memberi ana semangat, bergurau. “ uda, maafkan adik,” ku luah dalam hati.
Sahabat disebelah cuba menenangkan aku yang terlalu beremosi ketika itu. Mungkin menyingkap semula kenangan silam telah membuatkan aku tidak setabah dahulu.
“ Tapi, semenjak ana masuk DQ, ana baru tersedar bahawa segala kejadian yang Allah jadikan itu, mempunyai hikmah tersendiri yang mungkin kita tak sedar. Semenjak kehilangan arwah abang, abah yang dahulunya terlalu tegas pada anak-anak, sekarang ni Alhamdulillah, kemesraan di antara kami cukup erat. Dan, rezeki yang Allah kurniakan bertambah-tambah dengan izinNya. Syukur Alhamdulillah.”, Ucapku sambil mengesat air mata yang sudahpun kering dan aku tidak lagi beremosi seperti pada mula-mula tadi.
“ Bersyukurlah nti, segala kejadian dan ujian yang Allah timpakan pada kita tu,sebenarnya nak menguji tahap keimanan kita padaNya. Mungkin bukan pada hari ini kita diuji, mana tau esok lusa. Bukan Allah tidak sayang pada kita, bahkan Allah ingin melihat adakah benar-benar hambaNya ini sentiasa bersyukur kepadaNya. Ingatlah wahai sahabatku, benarlah janji Allah dalam kalamNya yang mulia bahawa setiap kejadian yang Allah jadikan itu,pasti ada hikmah yang tersembunyi.
P/S : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas uda…(Arwah Zamri bin Safian)..Ameen…

